Pages

Friday, May 2, 2014

Guna tangga baik untuk kesihatan badan

Ni lah tangga yang N guna tiap-tiap hari. Pendekkan tangga dia.. Haaa ini baru separuh tau. Lagi separuh menuju ke atas. Memang suka sangatlah N naik tangga ni sebab elok untuk badan.. Ngeh ngehhhh

Asal sampai atas je mesti N rasa tak puas. Obses betul N dengan tangga ni.. Buwekkk.. Ayat biasa yang boleh dengar dari mulut N:

"Kenapa tak tinggi lagi office nih??" berpeluh kecil sambil tercungap-cungap.. huhu

Guna tangga baik untuk kesihatan badan

Boleh kata semua orang memang tak suka guna tangga. Kalau kat shopping mall, rela lagi naik escalator takpun lif. Tak mahu naik tangga sebab nanti penat atau sakit kaki. Walaupun ramai yang tahu kebaikan guna tangga ke atas kesihatan tapi ramai yang taknak amalkan sebab masing-masing ada penyakit M.. stand for MALAS.. hehe

N je rajin guna tangga sebab N bukan Superwoman yang boleh terbang-terbang mahupun Batwoman. N memang suka terpaksa guna tangga untuk sampai ke office atas, sebab tulah N sentiasa cergas :D

Sebenarnya tangga merupakan satu medium senaman untuk :

mengurangkan berat badan - patut la rasa macam ramping. Tengok dari belakang kalah anak dara, tapi bila tengok depan macam pregnant 2 bulan.. ngeh ngeh takleh buat apa. sebab lepas pregnant malas nak jaga.. padan muka kan.. hehe

mencergaskan diri - bila sampai kat office badan jadi cergas kerana dah berpeluh kecil naik tangga dan  panaskan badan sebelum buat kerja. Taklah rasa mengantuk sebab jantung berdegup laju bila dah sampai atas. Macam lari 100 meter ko..

menegapkan dan menguatkan kaki, perut dan juga buntut - bila naik tangga kita akan gunakan otot yang berada di kaki dan bersambung ke peha pinggang buntut dan perut. Tapi kalau naik tangga guna tangan, jadi otot yang terlibat adahalah tangan, lengan dan bahu. Jadi bahagian yang terlibat ni akan kelihatan tegap dan kuat. Urmm tapi ada ke guna tangga pakai tangan??

2 comments:

  1. masa iolss kerja SYABAS dulu, hari2 dok memanjat tangga tingkat 3...tangga tu jenis yang curam... mengah N...bha ha ha...

    ReplyDelete
  2. hehe.. bagus tu.. rahsia pinggang ramping

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D