About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Saturday, May 10, 2014

Hujan dan Astro.. Serasi bersama??

Best kan sekarang ni bila cuaca sejuk je. Feeling macam kat Cameron or Genting gitu. Boleh kata tiap-tiap hari hujan sekarang ni. Semalam nak balik kerja pun hujan lebat juga macam Hari Isnin lepas. Yang bezanya guruh dan kilat semalam tak seteruk hari Isnin.

Tapi yang paling tak best kalau masa hujan line Astro out terus. Tengah-tengah syok layan cerita English Venglish boleh pula skrin TV jadi gelap. Alo lo.. Dahlah scene tu scene hangat dan menarik. Pastu dah 15 minit baru okay balik. Tengok kejap dan pastu tutup terus sebab takut sejarah mungkin berulang.

Takmolah nanti bila dah layan panjang dah nak dekat habis cerita sekali Astro buat hal balik...Tak pasal-pasal je, bertambah sakit hati. N tak salahkan hujan sebab N memang suka hujan. Cumanya Astro kene perbaiki la service dia. Diaorang kene fikir cara untuk elakkan perkara macam ni berlaku..

You all macam mana. Ada experience macam N?? Sakit hati kan

1 comment:

  1. Hihi astro jangan kata n
    Memang tak boleh harap kalau hari hujan.
    Kena gak tukar channel biasa tu

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D