About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Friday, May 9, 2014

Hujan diselang guruh dan petir

Krisis catuan air dah kembali pulih.. Syukur banyak-banyak. Kalau tak, sakit lagi pinggang ni nak pikul air tadahan kat depan rumah. Tapi sejak-sejak krisis catuan nak berakhir cuaca agak tak menentu. Kerap hujan, boleh kata setiap hari.. Tapi empangan masih tak penuh sebab hujan bukan di kawasan tadahan :P

Kekerapan hujan masih bersambung sehingga krisis catuan berakhir. Isnin baru-baru ni, masa balik kerja hujan turun sangat lebat.. Selebat-lebatnya sampaikan N kena setkan viper ke tahap yang paling laju.

Hujan kali ni memang menakutkan, kilat sambung menyambung.. Panjang pula tu dari langit turun ke bawah. Masa naik flyover kilat makin meriah. Rasa macam nak tutup mata sambil bawa kereta.. Boleh?? Takpun nak berhenti kat tepi kejap dan sorokkan diri kat tempat kaki.. Boleh?

Kilat yang panjang bercahaya sangat terang benderang diselang seli dengan guruh yang berdentum kuat. Nak menangis pun ada.. huhu takut seram seriau... semua perasaan ada


Cuba teka gambar kat atas pukul berapa?? Bukan jam 7 or 8 tapi masih jam 5.45 petang. Gelap dia macam dah malam dek hujan yang sangat lebat.


Keesokan hari terang benderang.. Tak hujan dah. Tapi kelmarin hujan balik dan semalam mendung-mendung je tak hujan. Hari ni tak tahu lagi. Tengok cuaca kat luar tak berapa nak panas tapi tak mendung.

Cuaca sekarang memang tak menentu. Kena sentiasa berjaga-jaga dan bawa payung selalu dalam kereta. Untuk yang naik motor memang N kesian, tergendala kat bawah flyover sampai hujan berhenti. Dengan Bai jual roti pun ada N tengok. Kesian dia

3 comments:

  1. hujan memang tersangat la lebat sampai tak Nampak jalan. Kilat pulak macam nak kena sambar je.serius ngeri tau sekarang! luarbiasa betul!

    ReplyDelete
  2. Awak di tag!! :)
    http://husnazahidi.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-by-pha-is.html

    ReplyDelete
  3. Paling menakutkan bila ada kilat guruh bagai nie n.
    Kecut dibuatnya

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D