Pages

Friday, May 23, 2014

Jaga organ dalaman anda baik-baik

Selamat petang dan salam Jumaat you all.. Saper kata kita kena jaga organ dalaman dengan makan makanan yang sihat je.. Sebenarnya banyak faktor yang kene titikberatkan untuk jaga organ ciptaan Allah ni sebab kalau anda tak jaga masih ada lagi orang yang nak..... huhu this is really creepy

Sekarang ni dalam salah satu whatsapps N cerita pasal kes culik orang untuk curi organ dalaman. Waaa ngeri je bila baca. Sungguh tak sangka ianya berlaku di dalam Malaysia sendiri.

N copy untuk tatapan kita bersama..

Kes ni serupa macam kes Ms Canny Ong, pada satu hari terdapat seorang wanita yang berhenti mengisi minyak. Setelah selesai isi minyak dengan menggunakan kad kredit kat pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, attendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai isi minyak dan pembayaran dengan kad kredit diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada attendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tempat itu tetapi attendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk buat bayaran tunai.

Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Attendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti. Attendan memberitahu, ketika wanita tersebut mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dalam kereta dan bersembunyi di belakang kerusi.

Dengan segera dia telah menghungi polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta dengan tergesa-gesa.

Kes ni ada kaitan dengan jenayah curi organ dalaman. Di mana orang yang diculik akan dipotong kakinya, dibunuh dan dicerai-ceraikan badannya...

Aloloooo serammnya cerita ni. Dan semua pengguna jalan raya terutamanya kereta.. Berhati-hatilah you all okay.. Sasaran mereka of course la golongan yang lemah macam perempuan dan tempat-tempat yang sunyi.

3 comments:

  1. good info... singgah isi tabung

    ReplyDelete
  2. Iye ke? Ya allah tktnya... Tq kongsikan info

    ReplyDelete
  3. aish. efa pun ada baca gak tentang ni. seram sungguh.

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D