About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Wednesday, June 11, 2014

13 perkara yang menghalang kebahagiaan

Anda bahagia dengan kehidupan sekarang ni? Kalau yang jawab bahagia alhamdullillah. Anda dah dapat apa yang anda nak. Tapi macam mana dengan orang yang jawab tak. Adakah anda tahu kenapa anda tak bahagia dan kat mana puncanya?? Sebenarnya banyak perkara yang membuatkan seseorang manusia tak bahagia dan perkara tu sebenarnya berpunca daripada tingkah laku dalam diri kita sendiri samada dalam sedar mahupun tidak. Kebahagiaan bergantung pada diri kita. Kita kena pandai corakkan diri untuk rasa bahagia.

Kalau boleh kita kena peka dengan pemikiran dan mental yang menyebabkan kita tak boleh berganjak ke depan, tidak gembira mahupun tidak boleh berfikir ke arah perkara yang positif. Okay, sekarang dah bersedia nak selongkar punca-punca yang menghalang kebahagiaan. Jom..

1. Mengadu itu dan ini.
Complain je kerjanya tak benti-benti. Kalau dalam masa satu hari banyak benda nak complain. Pasal cuaca panas, traffic jam yang berjela-jela, gaji tak naik-naik tapi kerja menimbun, service restoran tak best dan macam-macam lagi. Tapi bila complain adakah kita akan rasa bahagia. Masalah takkan selesai hanya dengan complain bahkan ianya boleh menjejaskan mood dan stress sebab memikirkan perkara yang tak menggembirakan. Jalan terbaik adalah dengan melupakan masalah-masalah yang menyemak minda, cuba selesaikan atau fikirkan bahawa ada lagi orang lain yang kurang bernasib baik dari anda. :D

2. Obses dengan Kesempurnaan
Ramai di antara kita yang bertungkus lumus untuk jadi seorang yang sempurna sehingga mengabaikan dan menjarakkan perhubungan orang keliling . Untuk menjadi seorang yang sempurna memang bagus untuk perkembangan diri sendiri tetapi tidak pada orang lain. Cara yang keterlaluan boleh menyebabkan orang lain risau dan tertekan kerana mereka akan rasa tidak sempurna di mata anda dan mungkin tidak akan selesa bila berdampingan. Adakah anda akan gembira bila bersama dengan orang yang rasa tak selesa dengan anda??

3.  Takut mencuba
Belum cuba lagi dah mengalah. Seribu satu alasan diberi untuk elakkan diri. Dalam hidup ni kalau kita nak apa-apa kita kena usaha sendiri. Tak boleh ada rasa takut nak cuba sesuatu perkara yang baru. Selagi tak cuba kita takkan tahu dan takkan ada pengalaman pahit manis sesuatu perkara tu,
4. Terlalu bergantung
Jangan sesekali bergantung hidup pada sesiapa walaupun keluarga sendiri. Kalau boleh terapkan sifat berdikari dan berdiri atas kaki sendiri. Anda akan rasa lagi bahagia bila melakukan sesuatu perkara sendiri tanpa menyusahkan orang yang disayangi. Keluarga dan rakan-rakan hanyalah penyokong kepada kejayaan yang bakal dikecapi. Dunia ni makin mencabar. Susah senang hanya keluarga yang sanggup tanggung tapi kalau satu hari nanti mereka tiada..... Kena sentiasa bersiap sedia untuk hari yang mendatang..

5. Kritikan yang melampau
Jauhkan diri dari mengkritik sesuatu yang anda tak faham ataupun seseorang yang anda tak kenal. Manusia ni ada pelbagai jenis pemahaman dan masing-masing punyai pendirian tersendiri. Biar mereka fikir berdasarkan pengalaman mereka, jangan beri alasan perbezaan pendapat merupakan salah satu cara untuk mengkritik.  

6. Asyik menyalahkan
Berhenti memberi alasan dan menyalahkan sesiapa mahupun apa-apa. Bukan sahaja boleh memberi impak negatif kepada orang keliling tetapi kepada diri sendiri juga.

7. Pentingkan perhatian
Banyak perkara yang sangat penting untuk kita titikberatkan daripada asyik duk fikir apa yang orang lain fikir terhadap kehidupan kita, pakaian atau kereta apa yang kita pakai. Perkara sebegini takkan menyuburkan tali silaturrahim yang sihat. Apa yang orang lain nak adalah diri kita yang sebenar bukannya harta benda yang kita ada untuk menarik perhatian ramai.

8. Alasan dan alasan
Manusia memang tak boleh lari dari memberi alasan. Puas dan bahagiakah hidup bila semua perkara diberikan alasan. Gunakan semua yang kita ada. Masa, kesenangan dan hidup selagi kita bernyawa. Berhenti memberi alasan. Alasan boleh membuatkan orang lain tak senang dan gembira.

9. Gila kuasa
Hidup kena sentiasa relaks and chill. Jangan asyik nak menguasi semua perkara sehingga membuat orang lain rasa rimas dengan tindakan anda. Sekiranya anda mempunyai "leading skill" yang sangat tinggi, gunakanlah ia dengan cara yang betul. Ikut kata dan nasihat majoriti. Jangan sampai apa yang majikan buat semua nak setkan mengalahkan PA dan segala tugas cleaner pun nak amik tahu macamlah awak tu pekerja bahagian sumber manusia atau ketua kebersihan. Biarkan semua orang yang berada di keliling buat kerja masing-masing.

10. Kenangan lalu
Jalani kehidupan dengan lebih teratur, jangan terlampau mengenangkan apa yang telah berlaku di masa lepas mahupun terlampau teruja dengan masa depan. Hargai setiap detik yang ada. Semalam telah berlalu dan esok bukan satu perjanjian. Pastikan anda sentiasa bersedia dengan masa terkini. Teruskan hidup anda untuk rasa bahagia sebab bahagia tu tidak boleh ditangguh-tangguh ke masa depan. Nikmati kebahagian selagi anda rasa bahagia, sebab kita tak tahu samada kebahagiaan itu akan kekal sampai bila.

11. Tidak menerima kenyataan atau idea
Kita sentiasa fikir yang kita ni sentiasa betul walhal ada beberapa perkara tu memang salah. Salah dan betul tu sangat subjektif mengikut keadaan. Untuk rasa bahagia kita kena sentiasa melapangkan dada menerima pendapat dan idea orang lain sebagaimana orang lain yang boleh menerima pendapat dan idea kita.
12. Tidak terima perubahan
Setiap peringkat kehidupan akan melalui banyak peringkat perubahan. Bila kita sentiasa hidup dengan perkara yang sama dan perkara tersebut membuatkan kita selesa, kita akan rasa susah untuk menerima sebarang perubahan dalan hidup. Mungkin disebabkan oleh perasaan takut sebab tak tahu apa yang bakal berlaku. Tapi sikap tidak menerima perubahan ini boleh menyekat kita dari mengecapi lagi banyak kebahagian. Perubahan sangat penting supaya kita berpeluang merasai perkara yang baru dan lagi bagus.

13. Terlalu kisah apa yang orang lain fikir
Terlampau ambil pusing apa yang orang keliling cakap. Sekiranya ianya menjurus ke arah kehidupan yang lagi positif masih boleh diterima tapi kalau ke arah negatif.. Baik lupakan saja. Lagi bagus kalau kita bertindak atau berkelakuan mengikut gerak hati sendiri dan bukan semata-mata untuk menunjuk kepada orang ramai dan mengharapkan yang semua orang akan berpuas hati. Setiap manusia ada kelebihan, keburukan dan keunikan tersendiri. Kalau boleh selam dalam-dalam dan cari diri sendiri. Buat sesuatu perkara yang menyeronokkan dan bukan apa yang orang lain nak kita buat.

Harap-harap info ni sangat berguna untuk semua kerana ia bukan sahaja membahagiakan anda, tetapi orang keliling anda juga akan berperasaan begitu..

Sebatang lilin yang bersinar boleh menyinari lilin-lilin yang lain.. Jadilah sebatang lilin tu :D

2 comments:

  1. great piece of sharing N... thanks for sharing...

    ReplyDelete
  2. nice thought :)
    happy is subjective
    only we know whether we happy or not :)

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D