About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Thursday, June 5, 2014

Bagaimana duit boleh beli kebahagiaan?

Seronok dan bahagia merupakan impian setiap insan dalam dunia ni. Tapi kebahagiaan tu tak semestinya boleh kekal lama. Ada orang mengecapi kebahagiaan selama satu minit, lima minit, 11 jam, 55 hari, empat tahun dan bertahun-tahun sebelum menderita, sedih atau gagal. Pernah dengar tak ayat "kalau nak bahagia, tak semestinya kena ada duit banyak, cuba tengok budak yang tengah main pasir tu, mak dia tak mampu beli mainan tapi dia masih kelihatan gembira main pasir."

Sebenarnya memang tak dinafikan walau kat mana situasi kita duduk, kebahagiaan tu masih ada tapi berbeza. Orang yang miskin tak cukup duit memang masih boleh kecap kebahagiaan tapi orang yang kaya berduit lagi bahagia dan bertambah-tambah kebahagiaannya. Sebab apa yer??

Dengan adanya duit, kita boleh buat apa sahaja yang kita nak.

Duit memainkan peranan yang penting dan duit menjadi tunjang utama untuk meneruskan hidup. Kita akan guna duit untuk beli makanan yang berkualiti tinggi, perubatan dan menyertai gym atau kelas kesihatan untuk meningkatkan taraf kesihatan kita baik dari segi fizikal mahupun mental. Selain dari tu duit boleh guna untuk beli buku pendidikan dan ilmiah, majalah, percutian, bayar segala bil air letrik internet astro, pergi museum, tuntut pelajaran lagi tinggi dan menderma.

Dengan adanya duit, boleh meningkatkan keyakinan diri.

Duit boleh mengubah perasaan seseorang dan menjurus ke arah positif. Contoh baju baru boleh menaikkan keyakinan diri. Bila kita rasa yakin dengan diri sendiri lagi senang untuk kita dapat kerja, janji temu dan perjanjian. Duit boleh beli pengalaman yang baru dan barang yang diperlukan untuk meneruskan sesuatu hobi yang kita minat. Dan sesiapa yang sangat ambil berat tentang keselamatan diri mahupun keluarga, mereka tidak akan terlalu risau sebab mereka tahu yang mereka masih ada sesuatu di dalam bank ataupun simpanan. Duit simpanan boleh digunakan untuk hal-hal kecemasan seperti kerosakan kereta, kesihatan dan perkara yang tidak dijangka sama sekali boleh berlaku.

Simpanan atau duit boleh menyelamatkan perkahwinan.

Takder sesiapa dalam hidupnya yang mengimpikan hidup sendirian. Semua orang nak berpasangan dan berkahwin. Hidup seorang diri tanpa teman di sisi untuk berkongsi kesedihan dan kegembiraan boleh mengundang kesedihan kerana perasaan yang dipenuhi dan dihargai merupakan sumber kepada kebahagian. Dengan adanya dana / peruntukan / duit boleh membantu kita mencari pembantu rumah, tukang bersih / kebun, pekerja maintenance dan pekerja lain untuk dalam hal-hal urus rumah dengan lebih teratur dan senang untung pasangan yang sudah berkeluarga. Isteri mana yang tak suka kalau hidupnya ditatang bagai minyak yang penuh. Apa sahaja kemahuan dituruti. Segala keperluan yang dijanjikan sebelum berumah tangga semuanya ada dan serba lengkap. Bila pasangan dan keluarga hidup dalam keadaan yang bahagia ianya boleh menjurus ke arah kejayaan berkongsi kehidupan. 

Duit boleh beli kehidupan sosial yang dingini

Hidup kita ni sangat subjektif dan bukan saja tertumpu kepada keluarga. Kita masih lagi memerlukan rakan-rakan sosial. Tak kira la dengan siapa kita berkawan kita akan rasa bahagia sekiranya berduit. Bukan sahaja boleh membahagiakan diri sendiri, duit boleh bahagiakan orang keliling kita. Cumanya bile berduit kena pandai cari kawan sebab tak semua orang sanggup bersusah payah tapi bila dah senang nak tumpang sekaki. Haipp.. Tak adil kan. Tapi kita ni manusia, dianugerahkan dengan kebijaksanaan. Gunakan ia dengan sebaik mungkin. Bila dah berkawan lama anda akan tahu setiap jenis perangai mereka. Bila ada duit juga tak bermaksud kita boleh berjoli dengan rakan-rakan. Tapi bila ada duit kita boleh guna untuk keluar menghargai diri sendiri dengan berlibur bersama rakan-rakan mahupun membantu rakan-rakan yang sedang berada dalam kesusahan.

Duit boleh beli kebahagiaan tetapi ianya masih terhad.

Duit boleh beli kebahagian, tapi untuk beli kebahagiaan ianya tak semudah yang disangka. Semua orang nak hidup senang, semua orang berkejar-kejar untuk mengecapi kemewahan. Kenapa kebahagian yang boleh dibeli dengan duit sebenarnya terhad?? Ada orang yang berpendapat bahawa pendapatan atau duit hanya digunakan untuk membeli kepuasan (memuaskan diri sendiri) dan bukan kebahagian. Tapi ada juga yang berpendapat daripada kepuasan itulah yang akan buat kita bahagia. Manakala kurangnya pendapatan boleh mendatangkan kesan negatif ke atas kepuasan dan kebahagiaan.

Berapa banyak duit yang diperlukan untuk mengurangkan tekanan dan memberi kepuasan atau kebahagiaan? Sebenarnya cukup sekadar dapat memenuhi keperluan. Bila keperluan cukup, Insyaallah kita akan rasa bahagia. 

Mana lagi puas? Kumpul duit atau habiskan duit. Perhubungan manusia dengan duit sangat kompleks dan apa yang dapat kita lihat guna mata kasar, duit boleh beli sesuatu yang menjurus ke arah kebahagian dan juga boleh musnahkan kehidupan sekira menyalahgunakannya..

2 comments:

  1. Duit memang penting sekarang nie.
    Masuk tandas bayar 20 sen

    Tapi amalan akhirat tak boleh di beli dengan wang ringgit.

    Duit memang sahabat dan duit boleh jadi musuh

    ReplyDelete
  2. huhu, duit bukan lah segala2nya tapi zaman sekarang ni segala2nya memerlukan duit

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D