Pages

Sunday, June 8, 2014

Macam mana nak tambah pendapatan?

Sekarang ni kalau duduk kat bandar-bandar memang susah nak hidup dek kerana taraf hidup yang tinggi. Kalau duk kat kampung paling koman pun boleh cucuk tanam takpun boleh petik je sayur-sayur yang tumbuh liar. Tapi kalau kat bandar kadang-kadang tu berhempas pulas bekerja pun gaji masih di paras yang sama. Jadi, N ada beberapa idea untuk u all yang nak tambah pendapatan.

Bekerja tetap
Sekiranya bekerja mungkin u all boleh berjumpa dengan majikan dan bincang pasal kenaikan gaji ataupun mencari kerja yang menawarkan gaji lagi tinggi yang setaraf dengan kelayakan. U all mungkin rasa selesa dengan kerja sekarang tapi satu je u all kena ingat yang keselesaan boleh membantutkan perkembangan atau kejayaan.

Pelajar
Jangan sesekali memberi alasan bila nak capai matlamat. Bukan nak kata berlagak tapi sekiranya u all bergelar pelajar sekalipun, u all masih lagi boleh menjana pendapatan. Pendapatan yang boleh diperolehi oleh pelajar iaitu bekerja part-time di luar kolej / universiti, memahami dunia IT dan menjalankan perniagaan di kalangan pelajar sendiri mahupun kakitangan kolej / universiti.

Kerja separuh masa
Kerja separuh masa ni boleh dibuat oleh semua orang dan selalunya diamalkan oleh orang yang memang ada kerja tetap tetapi nak duit poket sampingan dan juga pelajar yang semestinya tak boleh kerja tetap sebab terikat dengan kelas dan aktiviti kolej / univertsiti. Kerja separuh masa ni terbahagi kepada dua. Samada u all sanggup kerja dengan orang ataupun kerja sendiri. Kerja sendiri pula usaha kena lebih dan pandai cari peluang yang ada.

Skill atau kemahiran atau hobi
Kalau tak mahu berhenti kerja tetap mahupun tak nak buat kerja sampingan apa kata kalau u all kaji diri sendiri. Cuba tanya pada diri sendiri apa kemahiran yang u all ada untuk naikkan simpanan atau tambah pendapatan. Pendapatan melalui kemahiran bukan saja dibuat oleh orang yang ada kerja tetap mahupun pelajar. Suri rumah pun boleh turut serta, bahkan ramai suri rumah sekarang yang sangat berjaya walaupun bermula dengan hobi sahaja.

Barang lama
Adakah u all ada barang lama yang mungkin disukai oleh orang lain. Kalau ada dan u all pun memang tak nak guna, jadi apa kata u all jualkan saja pada mereka yang minat. Dan kalau u all ada laman yang besar, bolehlah buat garage sale ala-ala kat oversea gitu :D

Harap-harap semua info Macam mana nak tambah pendapatan ni berguna dan boleh dipakai oleh semua orang. This is only my two cents, happy reading :D

1 comment:

  1. Betul, sebenarnya banyak benda yang boleh buat untuk tambah extra income..nak xnak je.

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D