Pages

Tuesday, June 10, 2014

Maksud di sebalik nama.. SITI = NENEK??

Hai semua, u all tahu tak apa maksud di sebalik nama yang u all tengah guna sekarang ni. Kalau zaman sekarang ni bila nak letak nama kat baby, masing-masing sibuk cari buku nama dan tak kurangnya tenet. Seelok-eloknya setiap nama yang dipilih mestilah ada maksud yang elok sebab ianya akan digunakan sampai mati. Tapi, ada juga orang zaman sekarang ni yang letak nama anak pelik-pelik ataupun nak bunyi/ ejaan sedap dan glamor sampai nama yang dipilih tu takder maksud langsung.

Takpun kadang-kadang tu bila orang lain suggest, ibubapa baby tu pun ikut saja tanpa ambil tahu maksud di sebalik nama tersebut. Kalau nama tersebut punya maksud yang bagus, okaylah kan. Tapi kalau maksud tu tak kena dengan orangnya, urm huhu.. 

Tengah-tengah N concentrate ngadap blog, ada sorang officemate N bagitau yang dalam kelas dia ramai budak nama SITI. Katanya, nama SITI dalam bahasa Arab adalah NENEK. Officemate N ni pelik, kenapalah mereka ni diberikan nama SITI. Muda-muda lagi dah bergelar NENEK.. huhu sedih

Jadi untuk tahu kebenaran, N pun google dan jumpa nama SITI yang membawa maksud PUAN yang hanya digunakan untuk perempuan yang sudah berkahwin. Sumber kat sini: Kesalahan dalam memberi nama anak

Nama lain pula seperti ANISAH bermaksud CIK yang hanya digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin (digunakan di tanah Arab). SAYYID pula bermaksud TUAN digunakan oleh orang Arab pada sesiapa sahaja asalkan dia lelaki dan ini tidak bermakna dia adalah dari keturunan Nabi s.a.w. 

3 comments:

  1. Owh x pernah tau cmtu pulak mksudnye..
    Tak glamor lh cmtu. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tengok blouse cantik? http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/06/blouse-bat-wings.html

      Delete
  2. name kite pun ade SITI..haha
    Siti Nariha

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D