About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Friday, June 13, 2014

RIANG RIA HARI RAYA GIVEAWAY by cik Abbit

Petang-petang jumaat ni jumpa giveaway best.. meh join ramai-ramai..


Cerita ringkas raya N - Zasssss mercun di malam raya

Kejadian berlaku pada malam raya masa tu umur 7-8 tahun la gitu, N memang suka main bunga api. Tiap kali raya memang takmo miss main bunga api. Memang bunga api je yang N main dari dulu.. Yang mercun-mercun N tak layan dan tak suka. Meletup-letup bising-bising sangat mengganggu jiwa. Kalau bunga api tu lebih kepada cahaya api yang keluar. Cantik je kalau main waktu malam. Bunyik pun macam malu-malu hheehe

Nak jadi cerita tengah syok main bunga api plus kat tempat N main tu pun ada sedara mara yang main mercun, Tak disangka-sangka ada satu mercun ni dah hinggap kat leher N.. N pun apa lagi. Terbaring guling-guling la. Sakit dia N dah lupa macam mana tapi yang N ingat N nangis agak lama mungkin disebabkan sakit dan terkejut.

Sejak dari hari tu N memang berhati-hati bila berdepan dengan suasana orang main mercun.. Takut wooo.. Bahagian leher baju yang N pakai masa tu siap ada kesan terbakar lagi >o<

Tak suka tak suka, orang lain berseronok, N pula jadi mangsa.. huhu sampai sekarang N tak suka mercun. Nasib baik tak jadi apa-apa, kalau tak dah arwah agaknya, kat leher okay.. huhu

Giveaway ni mula dari 1 jun 2014 hingga 1 julai 2014..

3 comments:

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D