About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Friday, June 6, 2014

Whats App dan N :D

Selamat pagi u all.. Sihat semua? Sape ada Whats App, angkat tangan tinggi-tinggi.. Macamlah N nampak ye.. huhu.

N dah menggunakan Application Whats App lebih dari setahun. Itupun selepas N take over HP Galaxy Young mama. Lepas mama beli tu kejap sangat guna dan lepas tu beralih ke HP lama. Tak reti guna katanya. Complicated. Tapi 4-5 bulan lepas mama dah guna HP baru. Samsung Note III ko.. HP idaman N. huhu.. Yang tu mama kata reti guna sebab skrin besar. :P

Okay beralih pada tajuk utama. Lepas N guna Galaxy young mama, masa tulah N kenal apa itu Whats App. Kalau orang lain dah tahu lama, tapi N baru nak tahu semua tu.. Kesian kan. Mundur je rasa. Dan orang yang kenalkan N dengan Whats App adalah kawan masa Diploma. Lepas belajar masing-masing buat haluan sendiri dan tak contact lebih kurang lima tahun. Intan Meow Meow nama yang N bagi kat dia.. hehe..  Dan tahun ni masuk tahun yang ke enam dan kami tak pernah jumpa melainkan mula berhubung dengan dia melalui Whats App tahun lepas.

Masa dapat tahu No baru dia tu, kami berbalas sms je, masa tu masih HP sony lama N. Pastulah dialah yang suggest guna Whats App. N???? Siap google ok sebab nak tahu apa tu Whats App.. Huhu sedih + mundur. Dan siap cari lagi Whats App untuk komputer. Ada la N jumpa software tu tapi tak download sebab tak tahu keberkesanan dan confuse dengan arahan.

Lepas dah dapat info, barulah N amik Galaxy Young yang tersadai dan download Whats App. Dan bermula saat itulah N akan Whats App dengan rakan-rakan yang ada application tu. Yang dah lama tak bertanya khabar pun N sapa je sesuka hati. Hahhh dah kata Free kan. Kalau sms tu masih kena bayarkan.

Dan tak dinafikan awal penggunaan N macam perak sikit la plus excited ntah apa-apa.. Hehe.. Pastu bila dah lama, Whats App N makin meriah dengan gabungan keluarga dan juga rakan-rakan. Tetiba ada je group yang baru. Group budak-budak ofice ada, group zaman belajar U ada dan tak ketinggalan group keluarga sedara mara :D.. Yang takder group masa belajar sekolah dulu je, kalau ada macam mana ye, dah lama kot.. Nama pun ingat-ingat lupa..

Tapi apa yang N boleh cakap Whats App ni memang salah satu Application yang sangat berguna untuk mengeratkan silaturrahim sampaikan N boleh hanyut selama berjam-jam.. Itupun sebab bila kat rumah takder line Internet, sampai office baru boleh connect. Sekali masuk conversation yang N dah terlepas.. Wallaweiii maunya berkurun nak baca. Ada setengah orang tak baca habis pun sebab tak larat banyak sangat. Tapi kalau N selagi boleh baca N baca sebab takmo terlepas satu pun info kan.. Almaklumlah bila ramai orang dalam satu group, ada je benda yang nak dibincangkan. Ajak berjumpalah, nak buat reunionlah dan tak kurangnya tanya itu ini..

Okaylah terlebih panjang sudah entry ni.. N stop dulu dan jumpa lagi.. N nak sambung baca conversation yang N dah terlepas baca malam tadi. Tadi baca pun dah setengah jam okay.. huhu ni ada lagi separuh nak habiskan bacaan.. Macam macam la..

2 comments:

  1. I use whattapps last year je and just for business talk....lol. Casua friend lebih suka kakao talk.

    ReplyDelete
  2. Saya download WhatsApp pun sebab senior nak hantar video.. WeChat takleh hantar xD

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D