Pages

Wednesday, July 23, 2014

Agenda Hari Raya

Wah.. wah.. Puasa tak habis lagi dah nak cerita pasal agenda hari raya.. Urmm semangat tu kena lebih lagi-lagi bila dah masuk minggu terakhir berpuasa :D.. Hari raya yang akan menjelang tak kira la tahun bila pastinya akan ada agenda di sebalik kemenangan berpuasa selama sebulan.

Agenda hari raya buat:

Buat anak-anak kecil

Berlumba-lumba nak puasa penuh. Sebab kalau upah puasa RM1 sehari, kalau 30 hari dah RM30 :D.. Dulu masa N kecik papa buat macam ni la untuk menghargai N yang berpuasa. Serius la masa tu duk fikir nak kumpul duit je, N memang pengumpul duit yang berjaya.. Dah kalau duit upah puasa dan duit raya lain, takker kaya raya masa tu.. haha Tapi itu kisah dulu :D.. Cara ni merupakan salah satu cara yang terbaik untuk ajar anak-anak berpuasa sebab ianya amat berkesan untuk N memandangkan N susah nak minta duit kat parents. Jadi masa puasa la nak tambah koleksi duit dalam tabung selain lebihan duit belanja sekolah.

Hari Raya merupakan hari untuk bergembira dengan semua perlengkapan diri yang baru. Kalau pakaian tradisional siap lengkap dengan baju melayu, songkok dan sampin. Yang lain-lain dari hujung rambut ke kaki ada. Kasut baru, jam baru, baju jalan baru dan barang-barang baru yang lain. Kadang-kadang keterujaan sangat menyerlah bila malam raya tu boleh tertidur dengan kasut baru.. Hehe

Malam raya dah terfikir-fikir nak pergi beraya kat rumah-rumah jiran dan kaut duit raya dari pak cik mak cik yang ada.. Rumah jiran tu kena make sure semua masuk dan beraya kalau nak dapat duit raya lebih :D. Dah dapat duit raya banyak bolehlah pergi kedai runcit beli kepok or coklat.. Ngeh ngeh

Terbayang-bayang juga rendang ayam yang mama masak di malam raya.. Nyum nyum.. Nanti nak makan banyak-banyak sebab sedap.

Malam raya paling best berkumpul dengan sanak sedara sepupu sepapat dan main bunga api dan mercun. Tapi N dulu suka main buka api je, Mercun tak suka sebab ada sejarah selain dari bunyinya yang bising.

Pagi raya paling best sebab dah boleh makan. Tapi sebelum makan tanya dulu parents "Boleh makan ke??". Janggal la rasa sebab dah sebulan puasa tak makan waktu siang kan.. hehe

Anak-anak kecil yang bersekolah rendah pula tak lepas dengan balas berbalas kad raya dengan rakan-rakan sekolah.

Buat anak remaja

Dah semestinya bila dah meningkat remaja tak fikir dah pasal upah puasa. Peringkat ni adalah peringkat di mana mereka dah faham tujuan berpuasa. Masa nilah mereka akan ikut parents / rakan pergi masjid mengerjakan tarawih, takpun kena jaga adik-adik yang masih kecil sementara tunggu parents pulang dari masjid :P.

Bulan Ramadhan bulan untuk bertukar-tukar kad raya.. Budak-budak sekolah masa zaman N dulu masih ada kad raya :D. Tapi budak-budak sekarang ni tak taulah sebab teknologi dah sangat maju kan dan lembakan laman sosial yang tiada had.

Hari raya hari untuk melaram, kadang-kadang tu siap pinjam make up kakak yang lagi tua takpun make up mama untuk nampak lagi berseri di pagi raya. Bila nak shopping raya dah pandai nak pilih baju sendiri dan tak kurangnya nak yang branded aje. Tak macam zaman budak-budak, brand apa semua hentam je.

Sehari sebelum raya kena tolong parents kat dapur. Anyam ketupat, jaga bara api untuk masak lemang ketupat, potong bawang dan malam-malam terakhir pulun buat kuih raya. Tak lupa juga kemas rumah yang dah bersawang-sawang.

Malam raya tak lengkap kalau tak bergayut dengan pakwe or makwe. Tepat jam 12 terus wish hari raya dan masa tu la nak minta ampun dan maaf. Esoknya pula tak sabar nak sambut kedatangan pakwe makwe untuk beraya di rumah.

Buat seorang suami

Paling bererti sekiranya dapat buat seluruh keluarga gembira. Sebelum raya tu bawa semua ahli keluarga pergi membeli belah beli kelengkapan diri yang baru.

Bawa anak-anak pergi sembahyang tarawih dan moreh kat surau or masjid terdekat.

Sibuk buat pelita sendiri takpun beli kat supermarket dan cucuk kat laman rumah supaya rumah nampak lagi berseri-seri. Dalam masa yang sama senang anak-anak nak main bunga api.

Tolong bini kemas rumah terutamanya bab panjat-memanjat dan juga mengangkat barang berat.

Tukar duit raya dan masukkan dalam sampul. Selalunya buat masa malam raya. Bila anak buah ramai ,setiap sampul duit raya kena tulis nama supaya tidak ada seorang pun yang tertinggal dan salah satu cara untuk berbudget..

Balik kampung mertua atau parents dan luangkan masa bersama dengan sanak saudara. Masa tu pelbagai jenis acara yang akan diadakan untuk memeriahkan suasana dan salah satunya ada acara kunjung mengunjung.

Paling bereti di pagi raya, masa tulah nak bermaaf maafan dengan seisi keluarga terutamanya dengan bini :P

Meraikan dan berkongsi kegembiraan kemenangan berpuasa dengan sembahyang raya di masjid atau surau.

Buat seorang isteri

Sangat bererti dan rasa dihargai bila suami dapat bonus raya bawa pergi shopping.. Almaklumlah perempuan dan shopping tak boleh dipisahkan.

Pergi sembahyang tarawih dengan suami dan anak-anak sambil melayan moreh. Bukan merapatkan silatur rahim kekeluargaan tetapi dengan rukun tetangga juga. Harmoni..

Sibuk kemas rumah. Jadi mandor sekejap mengarah anak-anak dan juga suami mengemas terutamanya untuk kerja-kerja berat.

Minta duit kat suami untuk bagi duit raya kata anak buah dan juga tak lupa duit raya untuk diri sendiri :D

Balik kampung mertua atau parents dan luangkan masa bersama dengan sanak saudara. Masa tu pelbagai jenis acara yang akan diadakan untuk memeriahkan suasana dan salah satunya ada acara kunjung mengunjung. Dan tak lupa juga membantu sanak saudara memasak dan mengemas bahagian dapur.

Kalau tak balik kampung malam sebelum raya dah sibuk memasak segala juadah di pagi raya ataupun buat kuih raya dengan anak-anak.

Meraikan dan berkongsi kegembiraan kemenangan berpuasa dengan sembahyang raya di masjid atau surau.

Paling bereti di pagi raya, masa tulah nak bermaaf maafan dengan seisi keluarga terutamanya dengan suami :P

Buat IbuBapa / Mertua

Bertungkus lumus mengemas rumah sebab teruja nak sambut anak menantu dan cucu yang jarang-jarang pulang ke rumah.

Memasak juadah raya dan buat kuih raya kegemaran anak-anak.

Mengemas dan menghias laman rumah dengan pelita supaya cucu-cucu semua boleh main bunga api dengan seronoknya.

4 comments:

  1. Agenda hari raya: habiskan kuih raya & makan sebanyaknyaa.. hihihihih

    ReplyDelete
  2. agenda raya aku .. nak naik kan balik berat aku yg trn sepanjang puasa ni ... mkn ..mkn ..mkn ....

    ReplyDelete
  3. Seronok aktiviti malam raya. berkumpul sanak saudara. Setiap peringkat umur ada keseronokkan yang berbeza dalam menyambut hari raya

    ReplyDelete
  4. agenda hari raya nak buat biskut..hehehe

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D