About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Tuesday, July 22, 2014

Bila terjumpa gambar Ex.. ???

Arghhh stressnya rasa bila N tengah kemas kini Hard disk, tetiba je terjumpa gambar-gambar lama bersama ex tercinta dulu.. Haishhhh.. Nyampahnya rasa, macam mana pula boleh ada walhal pada pengetahuan N, N dah buang kesemuanya. 

Tapi masih ada di dalam folder yang tersembunyi. Bahaya ni kalau ada yang terguna hard disk N dan tengok N masih simpan gambar ex, mungkin boleh jadi salah faham. Walaupun semuanya itu kenangan lama, tapi bagi N biarlah ia terpahat di hati. 

Tak perlu kot bukti yang nyata mengatakan yang kami pernah bercinta bersama di masa silam dulu. Kenangan lama ni tak harus disimpan. Kena delete je semua. Indah betul dunia ni kalau segala kenangan dan memori boleh delete semudah Control All and klik Delete.. 

Tapi realiti tak macam tu, memori dalam hati akan tetap berada di situ selama-lamanya. Cuma bergantung kepada pemilik hati je untuk kekal kuat menempuh segala dugaan yang mendatang. Hati kene sentiasa cekal dan tabah.. Uihh tetiba lak terlayan cintan tengah-tengah hari ni :D

Bila terjumpa gambar Ex.. ???

Jom layan lagu Bila Cinta Didusta dendangan kumpulan Screen yang sangat popular di satu masa dulu.. Sesuai untuk orang yang baru lepas putus cinta.. Sebab masa dulu putus cinta dengar je lagu ni terus meleleh air mata. Hati tisu betul N ni.. huhu

4 comments:

  1. Delete je la semue gambar tu. nanti simpan-simpan, awak terlupe, bile dah kawen, suami jumpe, kecik hati die.

    ReplyDelete
  2. tengah bayangkan terjumpa gambar ex sambil dengar lagu bila cinta didusta ni sbg music background. hehehe.

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D