About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Thursday, July 24, 2014

Esok Half Day ka??

Dah sebulan berpuasa ni N dapat rasa jadual N ketat betul. Dengan segala persiapan berbuka dan kerja-kerja office yang menimbun dua minggu sebelum raya ni. Semua agenda tu buatkan N busy dan kadang-kadang terlepas pandang nak blogwalking. Kepada pengunjung blog Kapas Putih, jangan you all merajuk kalau N tak ke blog you all. Doa-doa lah supaya N ada masa, kalau tak sekarang lepas raya insyaallah N akan luangkan masa bertandang raya ke blog you all :D

Tinggal lagi tiga hari kita nak sambut raya dan seperti biasa N masih bekerja di saat-saat akhir. Esok dah jumaat, last day berkerja sebelum burcuti raya. Kalau tahun-tahun sebelum ni kami kerja half day je. Tapi N baru dengar cerita hari terakhir bekerja raya kali ni macam takder harapan nak dapat half day.. Huhu..

Ingatkan kalau half day dapat la balik berehat-rehat dan buat apa yang patut kat rumah. Tapi nak tak nak tunggu je la esok macam mana. Kalau diberikan half day.. Syukur alhamdullillah. Bolehlah balik dengan tenang tengah harinya.

 Kalau tak dapat kami akan balik seperti biasa. N akan tercegat kat depan thumb print sebelum waktunya supaya tak lewat keluar dari office. Kalau terlewat boleh haru ooo.. Lagi pula last day kerja semua pun berpusu-pusu nak balik awal buka puasa, shopping dan tak lupa juga balik kampung. Pada yang dah cuti dan nak balik kampung petang ni, malam ni ataupun esok tolonglah berhati hati di atas jalan raya ye. Macam-macam kes yang berlaku bila dah nak dekat tarikh raya.

Siapa yang masih bekerja esok, siapa half day?? Angkat tangan tinggi-tinggi :D

2 comments:

  1. ramai yang berharap hal-day kan? hehe macam saya half day ka full day sama saja.

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D