About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Monday, July 21, 2014

Mimpi bulu ketiak pun boleh..


Bermula dari saat ni N akan catatkan segala mimpi-mimpi N kat dalam blog. Sebenarnya mimpi ni merupakan satu alam yang bukan realiti terjadi ketika kita sedang tidur dan kadang-kadang apa yg berlaku dalam mimpi memang tak masuk akal, kelakar dan banyak kejadian yang tak dijangka akan berlaku.

Sepanjang hidup ni kalau kumpul balik semua mimpi mahunya boleh buat satu buku. hehe.. Tapi banyak mimpi yang N dah lupa. Rugi kan bila tak ingat terutamanya kalau bermimpikan benda yang indah-indah. Jadi mulai skrg N nak rakamkan kenangan mimpi-mimpi N buat bacaan masa depan. Lepas tu boleh bukukan sendiri :D

19 july 14 - Bulu Keti panjang sejengkal

Hari Sabtu memang hari yang indah. Cuti dari hari kerja dan boleh berehat sepuasnya. Dan alam tidur N pada hari tu memang tak terlepas dari mimpi. Serius kelakar dan tak masuk akal pun ada mimpi N kali ni.

Boleh pula N mimpi pasal bulu ketiak. Rasanya N takder pula rasa macam nak cabut bulu ketiak mahupun telek bulu ketiak sebelum tidur. Hehe.. Dalam mimpi tu bulu ketiak N panjang sejengkal dan sangat lebat macam rambut. Tapi rupanya kemas macam buat rebonding dan lembut tak macam rambut N yang kasar. Haha.. 

Serius N sendiri bingung dalam mimpi tu dan siap terfikir lagi bila masa pula N simpan bulu ketiak sampai panjang macam ni. Rasanya semalam xpanjang gini. Pastu posing depan cermin sambil angkat tangan tinggi tinggi. Pastu ada niat nak potong. Tapi sebelum potong nak selfie dulu.. Tapi tak sempat nak snap pic N terus dibuai ngantuk Zzzzz dan terus terbangun tidur.. 

Bila bangun, tergelak sorang sorang sambil raba ketiak.. Hhehee Nasib baik tak betul, mainan mimpi semata-mata. Mimpi kali ni xde penyudah.. Sama je macam mimpi mimpi sebelum ni. N ni memang kerap mimpi yang tidak ada penyudahnya.. Dan kalau tak bernasib baik bila bangun je terus tak ingat mimpi apa walaupun tahu yang N bermimpi masa tidur :D

3 comments:

  1. i is jarang nak mimpi2 ni...hik hik hik...

    ReplyDelete
  2. hahahahah..mimpi bulu ketiak pon bolehh..hehehhe

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D