About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Friday, July 25, 2014

Mood raya hari terakhir bekerja

Hari raya memang best. Tapi seperti tahun-tahun sebelum ni perasaan raya ni sama je. Tak tahulah kenapa sejak N dah meningkat dewasa mood nak berhari raya tu makin pudar, tak macam masa zaman kanak-kanak dulu.

Serius happy sangat masa zaman tu. Teruja dengan baju raya baru, kasut, kuih muih, makanan sedap-sedap, bunga api dan paling dinanti adalah duit raya dari sanak saudara :D. 

N sekarang ni baju raya pun takder lagi. Dah dua tiga tahun ni N memang tak sibuk sangat nak beli baju raya. Tapi kalau persiapan anak tu memang N teruja terutamanya baju melayu. Bila dah kahwin macam sekarang ni, N dapat rasakan perubahan di mana keterujaan berhari raya bukan lagi pada duit raya :P. Kenalah sedar diri, dah kahwin nak duit raya juga itu melampau namanya.

Tapi keterujaan N pada hari raya adalah untuk membuatkan semua orang yang berada di keliling N bahagia menyambut kemenangan berpuasa selama sebulan. Mood raya N di hari terkahir bekerja hari ni masih di paras yang biasa-biasa saja. Mungkin mood keterujaan tu akan datang di pagi raya mungkin..

4 comments:

  1. Raya bagi orang deasa yang sudah berumahtangga adalah untuk melihat kegembiraan anak-anak dan bermaaf-maaf sambil mengeratkan siratulrahim

    Selamat Hari Raya Aidilfitri
    Semoga beroleh kebaikan sepanjang tahun

    ReplyDelete
  2. setuju dengan arz moha, raya bagi orang dewasa yang dah berumahtangga adalah melihat kegembiraan anak2 beraya... ^_^...lebihnya kepada anak jer... he he he...

    ReplyDelete
  3. raya tahun nih bese je preparationnye..lbih pd anak anak

    ReplyDelete
  4. salam singgah. selamat hari raya eidulfitri :D

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D