About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Thursday, July 17, 2014

N nak kad raya juga :D

Hallooo... bestnya sekarang ni asyik duk baca pasal kad raya je. Ada yang bertukar-tukar kad raya dengan blogger dan tak kurang juga dengan buat segmen kad raya. Bila cakap pasal kad raya ni terkenang zaman sekolah-sekolah dulu. Dengan member yang duduk sebelah meja, yang hari-hari mengadap pun nak berbalas kad raya.. So sweet bila teringat waktu tu...

Pecah kaca, 
Pecah gelas,
Sudah baca,
Harap balas..

Pantun ni memang yang paling famous dalam kad raya selain ucapan.. hehe.. Bila dah bagi of course la harap pembalasan dari rakan tersebut. N suka betul kad raya yang ada kat kedai. Terutamanya kad raya yang ada ilustrasi karton. Ada yang memberi pengajaran, peringatan, ucapan dan paling tak kering gusi bila kartun tersebut ada lawak jenaka. Memang N boleh tergelak sorang-sorang bila baca.

Dalam kepala otak ni ada macam-macam idea bila nak bagi kad raya. Samada beli kad raya kartun kat kedai ataupun buat sendiri. Tahun ni masih tak terima kad raya. Ada ke orang nak bagi kad raya kat N?. Beberapa tahun lepas dapat la kad raya dari hotel. Cantik dan eksklusif sebab kad tersebut berilustrasi korperat. Tapi sekarang ni macam teringin je nak kad raya buatan sendiri doodle / lakaran digital mahupun kad raya kartun. Walaupun dah tua bangka. Umur pun nak masuk 3 series.. huhu.. Tapi perasaan nak kad raya tu macam budak 8 tahun kot.. haha

Berpuasa sampai kurus melidi,
Sebab nak kurus macam Nadia,
Kepada kamu yang rajin dan sudi,
Jomlah kita berbalas kad raya.

Ada ker siapa-siapa yang sudi nak berbalas kad raya dengan N?? Sob sob.. Sedih. Nak kad raya juga.. 

3 comments:

  1. jom-jom. kita balas-balas kad raya. saya pun teringin juga ni. hehehe.

    ReplyDelete
  2. Serius?? Jom.. nanti N bagi email :D

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D