About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Friday, July 4, 2014

Tiga lagu yang gerenti buat N nangis

Haii pagi-pagi ni N nak share tiga buah lagu yang N suka. Lagu ni memang akan buat N sayu, sedih, bergenang dan menangis. Banyak kan perasaan yang timbul tu..huhu.. Anugerah Allah yang sangat mahal. Kalau ada manusia yang takder perasaan macam ni memang kasihan orang tu.

Lagu yang pertama adalah dari nyanyian Dygta yang bertajuk Karena Ku Sayang Kamu. Sejarah lagu ni terjadi bila N putus cinta. Banyak je lagu lain yang buat N nangis masa tu, almaklumlah baru je break-up kan. Tapi lagu ni yang paling terkesan kat jiwa dan hati ni. Sekarang ni bila dengar taklah nak nangis macam dulu. Well, hati kena kuat. Tapi perasaan sayu tu tetap ada. Bila dengar of course akan terkeluar memori-memori lama walaupun memang tak berniat pun nak buat macam tu. Memang pertalian dah terputus kat tengah jalan tapi segala kenangan masih terletak rapi di sudut hati.. Kenapa tak buang?? Haaah.. Kalaulah boleh dah lama buat. Sakit wooo.. Tapi takleh sebab hati ni bukan pendrive. Buka cek melalui PC dan delete mana yang tak berkenaan dah.. huhu sure tak boleh okay

Tapi kita ni sebagai manusia normal untuk ada perasaan macam ni. Kalau tak tahan minta petunjuk Dari Yang Satu :D. Apa-apa pun jangan ikutkan perasaan sebab ni cinta dunia je, takleh bawa mati pun.



--------------------------------------------------------------------

Lagu kedua pula nyanyian dari Mamat Exist dengan lagu yang bertajuk Untukmu Ibu. Minta maaf la kalau you all pun berperasaan sama macam N. Pagi-pagi lagi dah sedih woooo.. Masa tengah tulis entry ni N pasang tapi takmo concentrate sebab nanti bergenang.  Untuk you all yang dah lama tak jumpa, raya ni balik la kampung beraya dan spent time sama-sama. Peluk cium tu wajib ye. Dan tak lupa pada yang dah takder tu marilah kita sedekahkan Al-Fatihah dan beberapa bacaan dari Quran.

Yang tiada di alam nyata doakan semoga seluruh ahli keluarga yang disayangi akan berjumpa satu hari nanti.. Akhirat kelak

Lagi ni N terpaksa stop kan sebab dah rasa bergenang.. huhu gila sensitif hati N ni.


--------------------------------------------------------------------

Lagu ketiga dan terakhir adalah nyanyian dari Raihan dengan lagu yang bertajuk Doa Taubat. Sebenarnya N dengar lagu ni masa balik kerja semalam. Tak tahan wooo.. Baru dengar nyanyian ayat kedua terus meleleh banjir sorang-sorang dalam kereta.

Bahaya lagu ni. Memang menginsafkan diri kalau kita hayati betul-betul.. Serius lagu ni yang paling hebat. Perasaan tu bercampur-campur.. Sedih, sayu, meremang bulu roma, teringat segala kesalahan yang pernah dibuat dan menangis..

Lagu ni kalau kita hayati betul-betul dan ubah diri sure boleh bawa ke penghujung dunia, akhirat kelak..



Bulan Ramadhan elok dengar lagu-lagu macam ni untuk menginsafkan diri yang banyak buat dosa..

------------------------------------------------------

Perkara yang berlalu biarkan berlalu. Jadikan segala apa yang terjadi adalah suratan takdir. Cumanya jangan berhenti berdoa, berharap dan juga paling penting berusaha. Memang segalanya dah ditentukan Allah tapi kita sebagai manusia masih boleh merancang untuk ke arah yang lebih baik. Kalau Allah sayang kita dan tahu apa yang kita buat tu boleh menyenangkan kita InsyaAllah Allah akan tunjukkan jalan.

1 comment:

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D