Pages

Tuesday, August 26, 2014

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall Park


Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall Park

Selepas melewati batu-batu berwarna yang comel ni...

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Barulah kami dapat sampai kat Gravity Art Wall Park. Garvity?? Betulkan kalau ini bukan lukisan gravity yaa..

Bulatan ni besar, kat tengah-tengah tu bolehlah budak-budak kecik main bola waktu petang :D. Tapi masa ni kami datang jam 11, dah nak masuk tengah hari, takder la kami main kat tengah-tengah bulatan tu sebab panas..

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Tak sampai hati nak duduk sebab cantik sangat seat ni sebenarnya panas macam mana nak duduk

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Dari jauh.. Seat ni ada banyak mengelilingi bulatan

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Ada lubang kat dinding gravity ni. Tokma and cucus. Baby asy mana??? Dari entry yang pertama kat robot lagi tak nampak baby asy kan.. Hhuhuuu.. Sebenarnya baby asy ikut mertua g Ipoh sebab ada kenduri, makanya N solo sejak hari Jumaat lepas dan semalam derang baru balik semula ke Shah Alam.

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

N with peace sign.. Peace no war okay.. Peace Malaysia.. I love Malaysia.

You all sayang Malaysia?? Bersemangat nak sambut merdeka? Nak tepek muka kat bendera Malaysia. Jom sertai SEGMEN: Kami sayang MALAYSIA by kapas putih

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Kalau yang sana ada lubang, yang lagi sebelah dinding pula ada tiang-tiang.. Sangat bangga N berdiri kat situ :D

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Dan sebelah tiang tu ada hasil nukilan A. Samad Said. Nanti N update apa yang tertulis. Gambar edit ni tak nampak sangat. 

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Di sebalik dinding ada lukisan juga. Ingatkan kosong je. Cantik-cantik, suka N

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Di bahagian tengah bersama seat, sangat serasi..

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Nice piece..

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Tempat pejalan kaki mahupun berbasikal.. Tak tahulah ada apa kat dalam sana, tempat parking kot takpun ada perumahan.

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Pembahagi jalan kecik yang cantik dengan lukisan gravity.

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Kendian kami patah balik ke Robots and Rocks Art Park sebab Papa dah tunggu kat situ. Tapi sempat lepak singgah kat Statement Stone ni. Taman Idaman, Alam Impian. Dalam entry Robots Park ada yang tanya kat mana, N tak pasti la Alam Impian ni termasuk ke tak dalam Shah Alam..

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Baby Amani dan Luqman.. Anak buah N

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Dah habis puas bergambar kat sini kami gerak balik. N nak ingatkan ye you all, kat sini ada kemuncup, dah nama pun kat padang ye tak. Dan juga ada pokok semalu terutamatnya kat Robots Park, hati-hati.. Pastikan anak-anak anda tak menghampiri pokok tu yaa.. Sakit sudah kaki N terpijak

Alam Impian Part 2

Tasik ni kat sebelah Robots Park. Sure lepas ni N akan datang waktu petang untuk santai-santai sambil bawa bekal untuk berkelah. Masa kami pergi tu kami bawa air je satu botol, tapi memang berbaloi la sebab cuaca panas yang amat dan perjalanan bergambar sakan memang cepat menghauskan kami.

4 comments:

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D