About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Thursday, August 28, 2014

Electricity waste.. Common la..

Hai you all.. common la, why are we wasting the electricity?? Selama pemantauan N semasa bekerja ni, N tengok banyak sangat pembaziran elektrik. Macam mana semua ni boleh terjadi. Bukankah masa sekolah dulu kita dah diajar untuk tidak membazirkan tenaga elektrik.. Bila dah besar dan bekerja patutkah diajar bagaimana nak kurangkan pembaziran.. Rasanya tak payah kot, cuma lebih kepada memperingatkan..

Pagi ni bila masuk office N tengok aircon baru kat bahagian pantry. Memang N nak pastikan yang ianya tertutup sebab dah dua hari aircon tersebut tak ditutup sebelum ni. N tak marah dan tak salahkan sesiapa, mungkin kerana mereka tak sedar. Jadi N tegur dengan cara berhemah supaya perkara sama tak berlarutan. Dan syukur teguran dan peringatan yang N berikan dapat diterima mereka. Ye lah, manusia ni memang selalu alpa dan kadang-kadang tak sedar apa yang berlaku di sekeliling. Kena lah cuit-cuit kasi mereka ambil tahu. :D.. Al maklumlah aircon tu kami tunggu bertahun lamanya baru dapat, jadi kenalah jaga baik-baik. 

N cuma tegur benda yang digunakan untuk orang ramai sahaja, kalau barang personal takderlah N nak tegur. Cumanya kalau nak tegur untuk kebaikan mereka, N tak tegur direct. Contohnya N akan bagitau kenapa N tak buat macam tu dan bukannya kenapa mereka tak boleh buat macam tu. Beza tau kalau N cakap mereka, kerana ianya seolah-olah N persalahkan mereka. Tapi kalau N cakap diri N sendiri tak buat macam tu, ianya hanya ditujukan pada N seorang. Dan kalau dia rasa apa yang N cakap betul, mereka akan sedar sendiri.. Kadang-kadang nak tegur pun kena ada cara. Kalau nak sound direct agak kurang bijak di situ dan mungkin boleh terjadi salah faham..

Dan sepanjang melewati meja ke meja rakan sekerja yang lain. Perkara dan pemandangan biasa dilihat. Kipas personal tak tertutup dan beberapa peralatan elektrik lain masih terbuka.. Urmm.. N tengok aje, malas nak cakap apa. Dah besar gini pandai-pandai la fikir. Lagipun itu personal depa, malas masuk campur. Kalau rosak depa juga tak boleh guna. N memang sangat jaga barang N, sebab ianya nak guna lama. Lagi satu susah nak dapat jadi kena jaga sebaik yang mungkin walaupun kadang-kadang tu penyakit keterlupaan  menyergah diri.. Well, no body perfect right??

Jalan terbaik adalah saling ingat mengingati antara satu sama lain.. Bila dah kena tegur tu janganlah terasa hati, cuba fikirkan positifnya okay.. Kita sangat beruntung tau sebab ada sumber elektrik yang banyak tak macam kat Palestin sekarang ni yang menggunakan kuasa bateri kereta untuk charge HP.. Huhu sedih la tengok kekejaman Zionis. You all, mari doa beramai-ramai kesejahteraan orang-orang di Palestin, semoga semuanya cepat berakhir dan pengorbanan mereka tak disia-siakan..

** Peringatan ringkas, tutup punat dekstop bila dah tutup PC ya kawan-kawan.. Kurangkan pembaziran :D
** N cuma tak tutup suis plak PC je, sebab Bahagian It kata takleh selalu tutup buka nanti ada effect.. Betul ke??

4 comments:

  1. Betul la N..selalu sangat elektrik dibazirkan. Cuba la kita jimat elektrik kita macam kita jimatkan elektrik kat rumah. Kadang-kadang sedih jugak tengok kipas terpasang walhal semuanya keluar makan. Sekali dua boleh la kita tolong tutupkan..tapi kalau dah banyak kali, sakit la..

    N..Mohon join segmen ni ye.
    TQ
    http://acikwatie.blogspot.com/2014/08/segmen-mrsmustache-bloglist.html

    ReplyDelete
  2. Bagusnya ada org yang igtkan semua ni. Kita kat opis, langsung takda rasa bersalah nak bazirkan karen memasing huhu

    ReplyDelete
  3. betul ka?? sy kt opis off semua suis..jgn xtahu suis yg sentiasa onn tu pun pembaziran tau

    ReplyDelete
  4. huu tak baik la cam tu..integriti juga tu

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D