About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Friday, August 15, 2014

Pantang tengok air meleleh..

Ishhh.. N ni memang jenis yang sungguh pantang tengok air meleleh keluar. Tak kiralah dalam bilik air ke, paip luar rumah ke mahupun paip sinki. Seriuslah yang N tak suka air dibazirkan. Tapi ramai yang masih tak ada kesedaran. Tak ambil pusing pun pasal air kecuali bila keadaan dah darurat.

Sebenarnya kesedaran N ni dah lama dipupuk oleh Mama. Mungkin sedari kecik lagi dah diajar. Jangan membazir air dan tutup kalau takmo guna. Kalau nak membasuh pinggan, jangan buka air deras-deras macam engkau nak basuh kereta.

Tapi bila dah kahwin ni, N tak duduk dengan Mama dah. Duduk dengan mertua, suami dan anak. Kami berempat saja dan ditambah anak asuhan Mertua ada tiga orang. Tapi kadang-kadang tu isi rumah bertambah kiranya Bapa Mertua dari Ipoh turun dan juga adik ipar yang bekerja di Subang.

Jadi, persekitaran rumah mertua berbezalah sikit dengan rumah Mama kan. Ada yang peka pasal air dan ada juga yang tak. Kalau yang peka tu memang kami sebulu tapi kalau yang tak tu, N tembak je. Tapi tembak dengan cara yang berhemah, tak berhemah pun ada juga kekadang.. Hehehee.. Tak kira la engkau tu siapa dan pangkat apa dalam keluarga. Keluarga mertua ke keluarga sendiri ke semua N zasssss.... Kalau ada yang tak berkenan kat mata N, N tegur je. Ye lah, kita ni nak hidup lama lagi. Air tu sangatlah penting untuk kegunaan harian.

N masih ingat lagi tatkala satu ketika.. ececehh macam lama sangat pula, walhal ianya baru terjadi awal tahun 2014 ni. Catuan air yang digeruni orang ramai. Walaupun catuan bukan dibuat di seluruh Malaysia, tapi impaknya sangat besar. Penduduk mahupun bagunan komersil dan juga kilang bertungkus lumus mendapatkan air. Ada yang sampai terpaksa beli air untuk beroperasi dan guna untuk kegiatan harian bagi isi rumah.

Tapi, sekarang ni syukur alhamdullillah. Bekalan air sudah ada seperti biasa. Tapi satu perkara yang masih merunsingkan N. Kesedaran orang ramai terhadap penggunaan air. Masih ada yang tak jadikan pengajaran dari kekurangan air semasa catuan yang lepas. Air masih lagi dibiarkan mengalir. Geram betul lah N... Hishhh.. Siapa yang guna toilet Hall 1 tolonglah tutup paip dengan betul.. Dah banyak kali tengok air mengalir dari paip yang sama. Sakit mata ni..... 

4 comments:

  1. Masa catuan air, ABM paling takut. Sebabnya masa tu ABM ada program gotong royong membersihkan rumah orang tua kat Puchong. Risau kot-kot rumah tu tak ada air. Tapi Alhamdulilah program berjalan dengan lancar

    ReplyDelete
  2. sama jer kes kat toilet kat office I ni N... air tu terbuka tak ada siapa heran nak tutup yang keluar masuk tandas...last2 iolss lah yang tutup setiap kali masuk tandas tu...

    ReplyDelete
  3. samalah kita..tak suka jugak air meleleh keluar.pembaziran..

    ReplyDelete
  4. alahai ... tp kadang tu klu salah tegur boleh sampai dendam pulak .. tambah2 keluarga mentau ni ...
    utk elakkan pergaduahn selisih faham ... baik N je yg tutup pastu saje sembang cerita pasal jgn bazir air dan kesan nye .. dr N zass gitu ...

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D