About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Sunday, August 10, 2014

Penindasan bangsa dan negara sendiri

Hai kawan-kawan yang disegani dan bijak pandai..

Adakah anda sedar apa yang telah terjadi kepada sekalian rakyat jelata di zaman kini?

Dengan pelbagai jenis isu yang bertimpa-timpa sehingga Nama Negara Malaysia terjulang tinggi di mata dunia. Jangan terperanjat kiranya ada segelintir manusia yang tidak pernah kenal Bumi Malaysia, kini sudah buka mata dan memerhati dari jauh.

Banyak betul spekulasi yang tertera di dada akhbar luar negara. Semuanya tak dapat dibendung dan akhirnya serba sedikit mencalarkan Nama Negara.

Mereka yang tak tahu cerita dan tak terlibat sangat senang menuding jari dan menyalahkan walhal Negara yang terlibat lagi pening kepala dan berusaha sungguh-sungguh untuk selesaikan segala masalah yang timbul.

Lagi kes terbaru di Malaysia sedang hangat diperkatakan. Tak habis lagi dengan penindasan dunia terhadap tanah air kita, muncul pula lagi satu masalah. Kalau bangsa dalam sesebuah negara sendiri pun diabaikan. Maka bagaimanakah satu satu bangsa itu akan bersatu..

Semakin ramai orang yang lupa diri dan saling salah menyalahkan antara satu sama lain. Bangsa lain kini sedang memerhati seperti melihat wayang. Duduk atas kerusi, lunjurkan kaki sambil menyuap pop corn ke dalam mulut diselangi pula dengan hilai tawa bila lihat bangsa lain berkelahi dan saling meruntuhkan antara sendiri.

Subhanallah.. Jom kita zikir banyak-banyak..


No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D