Pages

Friday, August 22, 2014

Raya Pertama kami 2014

Makin hari kita dah makin sampai ke penghujung Syawal. N tak cerita lagi pasal hari raya kami sekeluarga. Banyak sangat perkara nak buat sampaikan hari ni baru ada masa nak cerita pasal hari raya :D

Tema warna kami tahun ni warna ungu. Sebenarnya recycle yang dua tahun lepas punya raya.. huhu

Raya Pertama kami 2014

Ikutkan N, tema warna tahun ni sepatutnya warna hijau muda sebab baju Baby Asy N dah beli awal-awal kat Jakel hari tu. N tak payah beli sebab ada satu baju kurung yang dah sedia ada boleh match dengan baju melayu baby asy. 

Tapi Cik asben takder baju melayu warna hijau. Oleh kerana kami tak beli pun baju raya dan cik asben pun nak kami sedondon, terpaksa la N akur untuk recycle. huhu sedih sikit sebab baby asy makin lama makin membesar. Masa cuba pakaikan baju hijau yang beli kat Jakel tu, memang dah ngam-ngam badan dia walaupun masa beli tu dia masih kecil. 

Raya Pertama kami 2014

Raya pertama kami ikut Mama N sebab dah dua tahun berturut raya ikut Mertua.. Pergi rumah makcik kat PJ. Seronok Baby Asy dan Amani main basikal kat atas :D

Raya Pertama kami 2014

Selfie dengan Baby Asy.. Takmo pandang kamera macam biasa.. huhu :P

Kalau pergi rumah makcik ni memang ada pelbagai jenis hidangan, memang kenyanglah perut.. hehe

Raya Pertama kami 2014

Baby Asy dan ayah dia.. Sedondon warna. Baju purple yang kami pakai ni juga merupakan baju masa nikah dulu :D.. Masih boleh muat okay

Raya Pertama kami 2014

Tengok fish dalam kolam. Seronok la baby asy, sebab dia suka tengok fish dan makan fish :D

Raya Pertama kami 2014

Nak balik dah, baby asy tunjuk bunga..



Raya Pertama kami 2014

Lagi satu posing.. Sempat juga tangkap gambar dia banyak-banyak..  Memanglah kena sabar banyak-banyak you all. Memang N tabik la child photographer, hebat mereka tangkap gambar budak-budak dengan cantik..

Raya Pertama kami 2014

N dengan baju nikah.. Tahun lepas masa konvo kolej terasa macam sendat.. Al maklumlah dah bersalin katakan.

Raya Pertama kami 2014

Second rumah raya kami ke rumah makcik belah papa pula kat PJ juga :D

Pun banyak makanan pada hari pertama ni.. Nyum nyum.. Kalau Ramadhan bulan berpuasa, Syawal ni bulan makan-makan saja.. I like :D

2 comments:

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D