About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Monday, August 4, 2014

Selamat bekerja Malaysia..

Hai semua. Masih cuti raya??  Rasanya ramai yang dah mula bekerja hari ni setelah bercuti selama seminggu. N pun dah mula bekerja hari ni. Cumanya kedatangan N kali ni ke tempat kerja agak lewat dari biasa. Memandangkan terbangun lewat satu jam, terpaksalah N melewatkan diri keluar sebab kalau keluar juga, N boleh bawa roti sekali makan dengan jem.. huhu.. Lagi pula hari ni hari Isnin. Sure jalan jem tahap maksimum.

Sebenarnya dari malam tadi masa nak balik rumah dari rumah saudara. N termenung tengok jalan. Jalan dah kembali sesak. Sedihnya sebab terpaksa merempuh jem pada hari ini. N ni duduknya di lembah klang. Takder kampung pun. Rumah mertua dan rumah parent perjalanan lima minit.. Dekat sangat. hehe Silalah jeles okay.. Oleh kerana N duduk dengan mertua jadi rumah parent tu kampung N la.. Kami boleh balik kampung 3-4 kali sehari.. hehe

Selalunya pagi raya family N kami akan beraya di rumah sanak saudara yang berada di Lembah Klang juga. Seperti tahun-tahun sebelum ni, kalau lalu depan kilang Cadbury bersebelahan dengan Nestle, N boleh baring atas jalan tengok bintang-bintang kat langit. Jalan selengang-lengangnya. Serius happy. Highway pun tak banyak kereta. Hari kedua dan ketiga pun sama. Tapi bila hari seterusnya kenderaan makin banyak di atas jalan sebab ramai dah pulang ke bandar..

Dan hari ni bila drive ke tempat kerja rasa macam sakit mata pula tengok banyak sangat kenderaan. Lagi-lagi tadi ada pula van nationwide kurang ajor pakai main masuk je depan N.. Ouchhh, rasa macam nak tempeleng je drebar tu.. Well, apa-apa pun N nak ucapkan Selamat Bekerja semua..

** Nota kaki: You all yang berkunjung ke blog N dan siap follow kalau boleh drop la sekomen dua supaya N berkunjung balik ke blog you all. Almaklumlah blog N ni kan takder shout box.. Pada yang dah komen N tengah cari masa untuk balas kunjungan. Thanks all :D

2 comments:

  1. Selamat bekerja! terpaksa bekerja, walaupun kemalasan melandaa... hihihhi

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D