Pages

Friday, September 26, 2014

5 faktor yang menjana pendapatan untuk pengasuh

Siapa kata suri rumah ni tak boleh jana pendapatan? Hahh.. Jangan pandang rendah ya, sebabnya pendapatan mereka mungkin lagi tinggi daripada orang yang bekerja 8-5..

Tapi pendapatan mereka ni bergantung kepada jumlah anak yang mereka jaga. Kawan-kawan perempuan N ramai yang hantar anak mereka kepada orang lain untuk dijaga. Dan N pun pernah juga hantar anak ke rumah pengasuh, itupun dua bulan je. Mengikut pemerhatian N, rate jaga budak sekarang:

Bayi = RM300
Kanak-kanak = Tak pasti
Transit = RM150
Overtime = RM5-10/jam

Bagaimana pengasuh boleh menjana pendapatan yang tinggi? Apakah faktornya:

1. Ramai kaum isteri yang bekerjaya. Ada pekerjaan sendiri dan tak tertumpu menjadi suri rumah sepenuh masa. Dalam masa yang sama ada juga isteri yang terpaksa bekerja untuk menampung pendapatan keluarga. Jadi anak perlu dijaga oleh seseorang.

2. Ketidakpercayaan untuk menghantar anak ke nursery pun boleh jadi satu faktor. Sebab dekat nursery seorang penjaga akan monitor seramai 5-6 bayi/ kanak-kanak. Kebarangkalian untuk alpa dengan seorang bayi mungkin akan terjadi. Jadi pengasuh persendirian menjadi pilihan.

3. Bayaran mahal berbanding nursery. Nursery memang ambil bayaran yang kurang dari rumah pengasuh persendirian. Tetapi kalau bab anak ramai ibubapa yang tak kisah bayar lebih asal anak dijaga dengan baik. Tapi itupun kalau ada budget dan mengikut kemampuan.

4. Kesinambungan atau tambah nilai dari masa ke semasa. Haaa... Bila jaga anak orang ni, kemungkinan nilai bayaran akan bertambah. Dalam satu keluarga paling ramai pun mesti at least ada 2-3 orang anak. Bila dah jaga anak pertama, lagi 2-3 tahun sure mama dia akan tambah anak lagi :P.. Jadi bila budak yang dijaga tu dah ada adik, mestilah mamanya akan hantar adiknya sekali kat rumah pengasuh kan.. Itulah maknanya tambah nilai bayaran di atas tambah nilai jumlah kepala yang dijaga.

5. Overtime.. Haa Jangan main-main. Jaga anak pun ada overtime tau. Yer lah pengasuh pun nak berehat juga, jadi ibubapa yang ambil anak lewat mestilah dikenakan bayaran lebih. Tapi ini bergantung kepada hati budi pengasuh tu sendiri. 

Tapi kalau Makmertua N, dia ni baik hati la sangat. Bayaran satu kepala budak yang mak jaga ni ikut kemampuan ibubapa tu dan OT pun tak ambil kira you all.. Hurmm.. Makmertuaku......

Jadi kepada you all suri rumah di luar sana kalau nak jana pendapatan lebih bolehlah jaga anak orang yer :D

Jaga anak orang jana pendapatan untuk suri rumah

Nilah budak-budak yang Mak tengah jaga sekarang ni.. Ada tiga orang. Baby Asy anak N, dan lagi dua beradik Hasanah dan Arash.. Hasanah dijaga sepenuh masa, Arash pula transit tapi petang balik rumah Mak sebab makpak depa selalu balik kerja lambat.

Jaga anak orang jana pendapatan untuk suri rumah

Steady macho je baby asy masa nak tangkap gambar ni..

4 comments:

  1. ad jugak pengasuh yg amik smpi 10org dia jaga..xthu la nk kata ape..mmg gile

    ReplyDelete
  2. Mak ABM jaga anak orang juga, dia tak ambil OT pun. Dia jaga 2 orang. Hari-hari bergaduh berebutkan mak ABM tu. Sampaikan ABM pun cemburu. Eh

    ReplyDelete
  3. betul....memang buat duit betul..tapi nak jaga, kena ikhlas la..bukan sebab duit..Anak Acik ni, dah pindah pun teringat-ingat kat pengasuh dia

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D