About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Thursday, September 18, 2014

Berangan bila dengar lagu

Huhu... Ni memang salah satu masalah N, bukan sahaja sekarang tapi sejak dari dulu lagi. N memang tak boleh dengar lagu-lagu tangkap cintan, jiwang, lagu-lagu tema cerita yang meletop dan juga lagu yang ada kait rapat dengan N.

Bila dengar lagu putus cinta
Memandangkan N pernah satu ketika dulu putus cinta, jadi N memang sensitif bila dengar. Bukan niat di hati nak imbas kembali kenangan lama tetapi ianya satu perkara yang besar pernah berlaku dalam hidup N dan ianya bukanlah satu kenangan yang indah. Serius N cakap, kenangan pahit dalam hidup N lagi terkesan dari kenangan indah. Kenangan pahit tu senang je nak ingat, tapi kenangan manis tu macam dah kaku di satu sudut hati.. Sometime I hate LOVES.. It make my life miserable.. Tetapi lagu putus cinta semua best-best dan tak boleh nak elak dari mendengar. Tapi bila dengar terus leleh air mata, terlampau menghayati.. huuhuu Leleh sebab pernah merasa apa yang ada dalam bibit-bibit lirik lagu tersebut. Terseksa jiwa raga.. Kalau tak kuat iman memang boleh goyah diri sendiri. U all yang tengah merasa perasaan macam ni sekarang, u better talk to someone. N dulu kesian, terpaksa harung sorang-sorang, but now N dah okay x. Kalau u all takder tempat mengadu just let me know.. N sedia membantu sedaya yang boleh, jangan pendam sorang-sorang. Nanti boleh jadi gila.. 

Bila dengar lagu cinta
Lagu cinta pula banyak kategori. Ada yang kesudahan indah tapi ada juga yang sedih. Bila dengar lagu cinta N mesti senyum sorang-sorang. Lepas tu mulalah berangan konon-konon tengah merasai kebahagiaan macam dalam lagu. Itu yang indah. Kalau yang kesudahan sedih air mata memang takleh nak simpan-simpan dah. Kononnya macam cinta tak kesampaian gitu. Tapi bila dengar lagu cinta yang berkesudahan indah lagi sedih gamaknya sebab dalam realiti susah nak dapat seperti yang digambarkan bait-bait lirik tersebut. Kalau apa yang digambarkan dalam lirik-lirik tu wujud dalam hidup N, N lah orang yang paling bahagia.. :P

Bila dengar lagu tema drama-drama TV
Pastinya N akan teringat-ingat drama tersebut dan bayangkan N lah pelakon heroin.. Heheheee.. Pastu sambil tengok cerita tu sambil sengih sorang-sorang. Cik husband kat sebelah dah tak dipedulikan. Malu?? Tak rasa malu dah nak sengih dan berangan sorang-sorang. Tak peduli dah orang keliling, janji masa tu hati tengah bahagia walaupun ianya sekadar cerita rekaan. N suka sangat saat-saat N sengih sorang-sorang, walaupun ianya tak sampai beberapa minit tapi perasaan tu sangat indah.. Kalau real terjadi kat diri sendiri mesti akan jadi lagi indah :D :D :D

Bila dengar lagu patriotik
Hahh... Pernah satu masa ketika dulu, ada orang yang rajin bawa N pergi ke event-event tertentu dan salah satunya adalah Merdeka Count Down di Ikea Curve Damansara. Selepas jam berdetik 12 malam lagu Negaraku, Merdeka dan Jalur Gemilang dimainkan. Masa tu macam ada satu tenaga yang masuk ke dalam darah N. Tenaga yang sangat bersemangat untuk sambut kemerdekaan. Perasaan macam tu susah nak digambarkan dengan kata-kata. N teringin nak pergi lagi merdeka count down sebab kalau tengok dalam TV perasaannya memang lain. Bila berkumpul ramai-ramai di satu tempat perasaan keterujaan tu lagi melonjak. Dalam hati rasa macam-macam. Terharu, teruja, sedih, gembira bila tengok seluruh rakyat Malaysia turun berkumpul meraikan hari yang sangat bermakna untuk negara. 

Bila dengar lagu pengajaran atau sewaktu dengannya
Lagu-lagu pengajaran dan agama memang boleh terkesan dalam diri. Kekadang takut sampai boleh meleleh air mata walaupun lirik tak sampai pun lagi penghujung baris yang kedua. Tak kurang juga lagu-lagu yang melibatkan pemergian seseorang dan juga lirik yang ada kaitan dengan kekeluargaan. Memandangkan keluargalah yang selalu berada di sisi N di kala bangun dan jatuh, lagu-lagu yang berceritakan berkaitan dengan mereka memang boleh menjatuhkan air mata. Teringat pula ada satu ketika N duduk berjauhan dengan keluarga dan tiba-tiba terdengar lagu Mamat Oh Ibu dan juga masa dengar seloka raya radio cerita pasal ibu. Serius bergenang dan terus menangis.. huhu Mesti roomate dan juga mertua yang berada di situ clueless kenapa N jadi gitu..

Jom layan lagu Tetap Menantimu, lagu tema OST Love You Mr Arrogant: 


Lirik Lagu Tetap Menantimu – Nomad
(Lagu Tema/OST Love You Mr Arrogant)

Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagiaku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupmu yang penuh duka
Kan ku hapuskan menjadi indah

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap menantimu

3 comments:

  1. Maju industri muzik kat Malaysia ni kalau ramai orang macam N ni..menghayati..

    ReplyDelete
  2. ABM pun macam N jugak... ada lagu yang ABM terlalu menghayati sampai menangis-nangis... huhuhu

    ReplyDelete
  3. cerita paling best love u mr arrogant la kan :)

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D