Pages

Tuesday, September 9, 2014

BON ODORI FAQs & How to get there

Hai.. kalau you all berminat nak pergi BON ODORI yang N bagitau kat entry semalam, bolehlah baca info kat bawah ni.. Sangat berguna :)

BON ODORI FAQs & How to get there

BON ODORI FAQs:

Pengangkutan:
Apakah jalan terbaik untuk sampai ke event Bon Odori di Komplek Sukan Shah Alam?
Anda boleh menggunakan perkhidamatan Komuter di Seksyen 19 ataupun tinggalkan kereta anda di sana dan naik bus ulang alik percuma yang telah disediakan.

Stesen Komuter mana yang saya perlu pergi?
Anda boleh turun di Stesen Komuter Shah Alam dan bas kami akan menunggu untuk mengambil dan bawa ke depan pintu stadium.

Bus manakah yang betul untuk diambil?
Jangan risau. Anda akan dapat mengecam bas ulang alik percuma Bon Odori yang dihiasi dengan banner Bon Odori yang berwarna warni tergantung di depan bas.

Parking:
Di manakah tempat parking?
Tempat parking di Panasonic, JVC, Nippon Electric Glass, Bangunan POS dan juga tanah kosong di belakang stadium agak terhad. Kami tidak sarankan anda membawa kenderaan, tetapi lagi baik naik perkhidmatan bus ulang alik percuma di Komuter.

Acara Utama:
Apakah gambaran program tersebut?
Dalam festival Bon Odori anda akan merasa suasana festival yang menyediakan gerai makan, permainan dan lain-lain. Tetapi, tarikan utama Bon Odori adalah tarian kebudayaan Jepun. Semua yang hadir dialu-alukan untuk turut serta menari bersama dan akan ada beberapa persembahan jemputan.

Pakaian:
Pakaian apa yang sesuai untuk ke Festival Bon Odori?
Mengikut adat tradisional hadirin boleh memakai Yukata atau kimono kapas yang ringan sekiranya ada. Selain dari itu baju T, seluar dan sandals ataupun sneakers pun boleh dipakai.

Tip: Jangan pakai kasut tinggi kerana acara berlangsung di padang dan anda mungkin akan tersadung dan terjatuh.

Apa lagi yang perlu dititik beratkan?
Anda disarankan memakai losyen sunblock dan spray pencegah nyamuk.

Makan dan Minum:
Boleh saya dapatkan makanan di festival tersebut?
Ya.. Kami menyediakan dan menjual pelbagai jenis hidangan Jepun dan makanan tempatan, makanan ringan dan juga minuman.

Tip: Anda disarankan untuk minum banyak air ketika event untuk menghalang dari dehidrasi.

Boleh saya bayar menggunakan tunai ataupun perlukan saya membeli kupon terlebih dahulu?
Semua gerai di event tersebut mnerima tunau sahaja.


 Bagaimana hendak menuju ke Bon Odori?? Peta di bawah:

BON ODORI FAQs & How to get there

1 comment:

  1. Hi, saya singgah!

    P/S : Anda telah ditag :D

    http://aquzack.blogspot.com/2014/09/liebster-award.html

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D