About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Tuesday, September 16, 2014

Hari terakhir Faizal Bin Ismail, FBI ke udara di Hot FM

Semalam N terjumpa video Hari terakhir Faizal Bin Ismail, FBI ke udara di Hot FM AM Krew.


Sebelum play, tengok semua komen kata sedih. Dan bila N mainkan video ni serius sedih. Lagi-lagi bila N ni merupakan pendengar setia HotFM di waktu pagi yang mana DJ terdiri daripada Fafau, FBI dan AG.

Masa tengah layan video ni N tengah blogwalking blog Akak Ikin @ drshikinzainal. Video ni sangat sedih sampaikan N terpaksa berhenti dan mainkan sampai berulang kali. Bila dah rasa air mata nak leleh terus N pause. Pastu buka baca blog kak Ikin dan komen. Sambil-sambil tu halakan kipas ke muka dengan harapan air mata cepat kering. Ye la dah namanya tengok kat office, takkan la pepagi buta nak meleleh bagai, pelik pula office mate tengok nanti.

Pastu mainkan balik video dan pausekan bila leleh lagi. Setiap sorang yang bagi ucapan sure N akan pausekan 2-3 kali. Jadi cuba bayangkan berapa banyak entry Kak Ikin N dah baca dan komen. Jenguh la Kak Ikin nak approvekan komen N.. hehe

Pastu video ni pun diiringi dengan lagu yang sedih.. Bertambah sedih la jadinya.. Tapi yang paling terasa adalah Fafau. Sebab mereka dah lama bersama...

Sekarang ni N masih tengah nak sesuaikan diri dengan Fizi, pengganti FBI... Masih tercari-ari rentaknya. Tapi nasib baik Fafau dan AG masih ada. AG sekarang ni pun dah popular di layar TV. N suka betul tengok dia berlakon dan pengacara.. Terasah juga bakat dia :D

4 comments:

  1. sedih gila tengok video ni. Lagi-lagi masa Fafau. diorang yang sama-sama naikkan Hotfm. sama-sama start dari awal.

    ReplyDelete
  2. AG mkin pemes skrg.dia blakon pn best.. fizi kdg ok, kdg dia over kalo bab kenakan org..

    ReplyDelete
  3. Salam.... Miss Nadia. Akak ada tag awak kat sini

    http://dielacraft.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html

    Selamat bersegmen.

    ReplyDelete
  4. Dorang kalau bertiga memang best -AG, FBI, Fafau.

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D