About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Thursday, September 11, 2014

Inilah Cinta by Akim

Pagi-pagi lagi dah dengar lagu Akim.. Ni semua gara-gara lagu baru dia Mewangi tu. Memang layan, tadi siap keluar dalam HOTFM. Lagu baru tengah hot memang tak puas dengar sekali. Naik office haruslah dengar lagi, lepas tu siap buka koleksi lagu Akim kat dalam Youtube.

First lagu yang keluar Inilah Cinta. Selalu sangat dengar tapi tak pernah tengok official video. Tapi pagi ni tiba-tiba je tergerak hati ni nak tengok. Serius N sengih-sengih sepanjang tengok jalan cerita lagu ni. Sangat menarik dan kelakar gila. Siap berangan lagi pompuan dalam tu adalah N sendiri.. Huhuhu.. Kritikal kritikal..

Sekarang ni hari-hari N dengar lagu-lagu dia. Makin lama N tengok Akim ni, macam dah jatuh cinta pulak.. malu :P Dah lah handsome, suara pula sedap, lagu pun best... Oh my!!! Jom dengar lagu Inilah Cinta dan layan klip video..



Memang sukar nak lafazkan kata cinta.. Masa nak ucapkan tu mulut macam kena gam. Tengok je gadis / jejaka idaman depan mata, lidah jadi kelu, jantung berdegup kencang, dialog yang dihafal terus hilang sebab otak dah blank..

Oh my!! Dah lama N tak rasa perasaan macam ni. Andai kata N diberi peluang untuk merasa perasaan ni kembali, syukur sangat-sangat.. Walaupun perasaan macam ni boleh buat N nak muntah pitam dan pengsan tapi perasaan macam nilah yang sangat berharga yang tidak boleh dijual beli.. Satu perasaan yang hebat, penangan CINTA.. I love this feeling, its made my life more happier..

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D