About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Wednesday, September 17, 2014

N on diet???

Really?? hahaha.... Silalah percaya. N yang sebelum ni tak pernah langsung nak ambil pusing pasal diet kini telah berubah. Sejak dua menjak ni rasa macam rajin nak mencantik-cantikkan diri. Kenapa entah?? Macam ada bunga je dalam hati.. :D

Bila duduk sorang-sorang dalam bilik takpun tengah duk syok layan depan cermin mesti N tengok  badan N yang dah kian berubah selepas bersalin. Tak macam dulu... SobSob.. Dah menggelebar pinggang ni, kalau dulu sebelum pregnant pinggang ni kurus melidi sampai runsing sebab kurus sangat.


Tapi bila sekarang dah bertambah saiz??? Still rasa tak puas hati juga sebab dah terbiasa kerempeng.. Ramai yang cakap badan N dah okay tapi cuma N je yang tahu... Kalau part badan naik memang N tak kisah sangat tapi yang paling tak boleh nak kontrol adalah bahagian pinggang. Ishh seram pula tengok. Nak muat masuk jeans dan seluar yang ada pun kene tarik nafas dalam-dalam dan kasi kempis sikit perut bila nak butang..

Rasa macam mau kembali ke pinggang asal yang slim tu... perut buncit dulu masih boleh kempis, tak macam sekarang ni yang bila buncit, tak tahu bila nak kempis-kempis. Betullah orang kata bila dah bersalin ni badan pun bertukar bentuk. Mungkin lebihan kulit yang dah meregang masa pregnant tu telah menyebabkan kantung makanan membesar yang boleh memuatkan muatan makanan yang lagi banyak.. :P

Jadi sekarang ni, untuk kembali ke saiz badan yang asal, N dah jarang makan nasi waktu tengah hari. Kalau pagi tu memang dah sah-sah la tak makan apa kecuali coffee. Tengah hari kalau ada bawa bekal nasi seciput je ataupun sandwich. Kalau tak bawa bekal makanya N memang takkan keluar untuk beli makan.

My lunch for today :D

Mertua sediakan sandwich ni.. Terharu daku tiap-tiap pagi.. Sebenarnya sandwich ni bekal adik ipar ke tempat kerja. Dah alang-alang tu mertua buatkan sekali untuk N. Tapi tu pun kalau adik ipar kerja shif pagi :D


N taklah nak mengamalkan diet yang ketat. Slow-slow sudah, mana yang mampu sebab kalau tak makan nasi tengah hari kekadang tu meraban juga jajan yang ada. ;P

Anyway, N berdiet ni sejak N amalkan produk kecantikan Redianze Eskayvie dan Reverse yang N dapat dari Mama. Memang sejak N amalkan Redianze ni, N jadi kurang berselera nak makan terutamanya waktu tengah hari. Dan sejak tulah, N rasa macam nak berdiet :P


Semalam siap cuba pakai salah satu baju yang N simpan kat rumah mama. Dah boleh muat.... Suka sangat dan terbakar semangat berdiet kini. N ni dari zaman kurus hinggalah sekarang yang agak tak kurus ni memang mempunyai pipi yang tembam.. Kalau orang yang tak kenal, mesti depa ingat badan N ni berisi montel comel macam pipi N :P

** Tetiba lak rasa bersalah sebab makan sandwich sampai kenyang, tiga keping.. Dah terasa buncit selepas makan... huhu

5 comments:

  1. Berat dah lama tak timbang.. nanti N cari penimbang dulu ye

    ReplyDelete
  2. sandwich for lunch? kenyang ke?? huhu sama la kita..org ckp i still kurus..tp kita sendiri tau bdn kita camne kan? mmg kebuncitan yg tak dpt dibendung..sobsob tp nk lunch sandwich semata takut kebulur waktu ptg..hahaha adoii bangsa suka makan ni payah betul nk diet..haihh T_T

    ReplyDelete
  3. try la buat diet atkins...mkn je ape lauk yg kite nk...boleh baca sini http://nurulasyikinmohdanuar.blogspot.com/2014/06/kejayaan-dalam-diet-atkins.html#comment-form

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D