About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Wednesday, September 10, 2014

Penangan jatuh CINTA.. Symptom

Hai you all.. Tiba-tiba je rasa macam nak cerita pasal CINTA.. Ya Allah, Nikmat sungguh perasaan jatuh CINTA tu. Sukar nak ungkap dengan kata-kata..

Terus teranglah N kata yang perasaan jatuh cinta tu memang satu perasaan yang sangat-sangat istimewa untuk seseorang. Indahnya perasaan tu, Allah dan orang yang pernah jatuh cinta je yang tahu. Rugi betul kalau tak pernah rasa panahan CINTA. Serius best

Pernah jatuh cinta. Jom kita imbas/kenang dan menghayati kembali/lagi perasaan ataupun symptom bila diri dipanah perasaan CINTA:

Berangan tak sudah
Masa ni dalam minda hanya ada admire atau orang yang kita suka. Pergi mana dan apa sahaja aktiviti yang kita tengah buat mesti akan ada dia berlegar-legar dalam kepala. Kadang-kadang tu siap bayangkan admire ada kat sebelah, berbual-bual dan tak kurangnya berangan keluar dating sama-sama. Dan masa yang paling tak boleh dilupakan adalah sebelum tidur. Kalau nak sidai kain yang selalunya ambil masa 10 minit rasanya macam setengah jam tapi kalau berangankan si dia sebelum tidur, berjam-jam lamanya pun tak sedar. Alik-alik dah jam 4 pagi, tapi mata masih tak penat dan tak rasa mengantuk pun. Malah muka dia masih segar dalam kepala.. Mana taknya segar sebab berangan jauh sampai dah ada anak cucu kononya.. hehe

Angau senyum sorang-sorang
Hah.. Yang ni paling ketara. Serius lah orang yang tengah angau jatuh CINTA atau tengah berCINTA memang akan sentiasa tersenyum. Dan ianya berlaku sepanjang masa bila terkenangkan si dia. Perlakuan macam ni memang tak boleh nak control dah sampaikan orang keliling pun akan perasan. Masa tu nak selindung pun tak boleh, baik mengaku je sebelum kena bahan dengan kawan-kawan.. hehe.. Well, nak malu buat apa.. Love and being love is normal what.. Dah nama pun manusia

Nyanyi.. nyanyi nyanyi
Duduk sorang-sorang dalam bilik nyanyi, nak mandi pun nyanyi, masak, tengah drive, buat kerja, buat assignment, jemur kain, lipat baju, basuh kereta memang takkan terlepas dengan dendangan lagu CINTA. Sampaikan suara macam katak panggil hujan pun tak dihiraukan. Tak fikir dah orang keliling, janji hati berbunga-bunga.

Jantung
Jantung tak payah cakaplah. Berdebar luar biasa bila terpandang si dia. Itu belum lagi kalau senyuman dibalas. Perghh.. Jantung boleh berdegup kuat mengalahkan gendang you all. Dan serba serbi yang nak dibuat semua tak kena.. Gemuruh je perasaan.

Nafas
Dan bila jantung dah berdegup kencang sangat, kadang-kadang tu rasa macam tak cukup oksigen. Tercungap-cungap macam buat larian pusing satu padang takpun macam kene celup dalam air.. Hhuhu..

Pitam Pengsan Muntah
Ni pun ada kaitan dengan jantung dan nafas. Perasaan CINTA tu memang boleh buat seseorang tak keruan. Tiba-tiba je rasa rindu yang membuak-buak. Nafas tiba-tiba jadi laju diikuti dengan gendangan kuat jantung. Ada juga yang tak tahan sampaikan rasa macam nak pitam, pengsan dan nak muntah sebab terlampau rindu walaupun masih belum ada apa-apa :P.. N la tu, huhu semua tu angkara berangan terlebih. Yang lagi mendorong perasaan macam ni bila dengar pula lagu CINTA.. Waaaa.. Perasaan bercampur baur. Tak tahulah nak nangis ke, nak gelak ke, takpun nak senyumm walaupun takder air mata nak dikeluarkan, takder lawak jenaka untuk digelakkan dan takder si dia depan mata untuk ditatap. Pipi jadi tegang, memek muka sama je, tak boleh nak ubah. Nak senyum apatah lagi sebab urat muka tegang dengan keterujaan diri sendiri dan diselangi dengan rasa mual tiba-tiba. Huhuuu.. Ni serius kritikal 

Take care lebih..
Bila suka kat sesorang masa tulah kita nak korek dalam-dalam pasal si dia. Kat mana dia tinggal, apa yang dia suka makan, tarikh lahir, hobi, gambar dalam media sosial, dengan siapa dia kawan, si dia keluar dengan siapa, kalau boleh semua nak ambil tahu walaupun mungkin tak ketara di mata si dia yang tak tahu apa-apa. 

Cemburu buta
Yang ni lagi bahaya sebab cemburu tu boleh timbul walaupun masih belum ada apa-apa hubungan. Pantang nampak update status dan tengok gambar si dia dengan mana-mana gadis/jejaka takpun keluar berdua-dua dengan orang lain, timbul pula perasaan cemburu sampaikan bila ditegur tak senyum langsung dan hentak-hentak barang.. Konon protes cemburu dan menyebabkan si dia kebingungan.

Okay, rasanya takat ni saja dan N percaya masih ada lagi. Nak tambah silakan.... nanti N update entry ni dari masa ke semasa... Anyway simptom dan perasaan kat atas ni semua adalah pengalaman N sendiri, tak cilok kat mana-mana, sorok muka dalam baju.. malu :P

** You all mesti tengah tersenyum kan bila imbas balik kenangan macam ni..

2 comments:

  1. memang , mengimbas nostalgiaa betullah. huhu

    ReplyDelete
  2. cinta indah bila tak bergaduh. haha =)

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D