Pages

Tuesday, October 7, 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha

Di kesempatana ni N nak ucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua readers..  :D

Okay, memang dah beberapa minggu sebelum raya mak dah plan nak buat soto. Jadi satu malam sebelum raya mak dah bertungkus lumus masak. Siap tak tidur lagi tu. Kesian dia. N pula tolong la sikit. Tolong gentel begedil. Mise en place yang lain dibantu encik asben. N tolong teman sampai jam 4 lebih je, pastu mak suruh tidur..

Nak buat soto ni remeh sikit. Ada banyak la pula condiment dia. Tak sempat nak snap pic sebab sibuk sangat layan tetamu yang tak putus dari tengah hari.

SOTO:
Ketupat segera + Begedil + Sup Ayam + Ayam carik + Bawang goreng + Daun sup + Sambal kicap + Keropok Bihun

Selamat Hari Raya Aidiladha

Malamnya pula kiteorang pergi beraya rumah mama pula. Mama buat ketupat dan lemang segera makan dengan kuah kacang dan juga rendang daging.. Nyum nyum

Selamat Hari Raya Aidiladha

Haaa... Raya kali ni memang seronok la. Dari pagi N dan mak dah pergi beraya ke sebuah rumah yang berdekatan. Dan sambut pula tetamu kat rumah sampai ke petang dan malam keluar balik beraya. Dan kerja N adalah makan dan makan..

Esoknya aka semalam pula pergi beraya kat rumah kawan mak kat banting. Gila jauh, lenguh-lenguh badan sebab kena riba baby yang tengah tidur. Pastu on da way balik singgah rumah makngah kat panglima garang. oleh kerana kat rumah kawan mak tak hidang makanan berat. N memang kebulurlah dan makan nasi kat rumah makngah. Siap bertambah tanpa rasa segan dan silu :P

Kesimpulan diet N raya kali ni memang ke laut.. huhu

5 comments:

  1. ABM tag awak tau!

    http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/2014/10/giveaway-pertama-sitisab.html

    ReplyDelete
  2. macam sedap je..raya best ni mkn ni..

    NAMA AWK NAIK KAT ENTRI NI

    http://kasut-rantau.blogspot.com/2014/10/segmen-berani-janji-etiqa-supporters.html

    ReplyDelete
  3. Nikmat kalau makan rendang di hari raya.

    ReplyDelete
  4. sedapnye soto...
    selamat hari raya aidiladha jugak n

    ReplyDelete
  5. lambah dah nak wish..

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D