Pages

Tuesday, December 23, 2014

Drypers, Huggies, Petpet & Mamypoko Dypers Reviews

Harini nak buat review sikit pasal Dypers. Memandangkan sekarang ni N berpeluang untuk mencuba pelbagai jenis diapers jadi dapatlah N kongsikan dengan semua orang.

Untuk diapers tape type N gunakan Drypers Tape. Drypers memang digunakan sedari Baby Asy baby. Tak pernah beli yang lain sehinggalah pertengahan tahun 2014. Tapi kalau diapers sample tu ada la pernah guna beberapa brand sekadar nak mencuba.

Drypers Tape (paling murah N pernah beli RM29 Jumbo)

Tak pernah bocor bila pakai Drypers ni. Kalau bocor pun sebab burung dia tersalah parking.. hohooo. Bila kencing banyak, kat bahagia luar tak ketara basahnya. Walaupun N suka Drypers tapi N tak suka bau materialnya, kurang menyenangkan. Saiznya besar.

Drypers, Huggies & Mamypoko Dypers

Huggies Tape Ultra (Pek Hijau) Sample pack

Ni cuba yang sample. Dapat pun kat Baby expo. Ketebalan memang memuaskan, material tak berbau dan lagi lembut dari drypers. Puas hati pakai ni, tapi boleh cuba yang sample je sebab Huggies Ultra ni mahal dari huggies dry pek biru dan huggies total protection pek merah.

Drypers, Huggies & Mamypoko Dypers

Huggies Dry (paling murah N beli RM28)

Bila dah cuba Huggies Ultra kat atas, terasa nak cuba Huggies Dry la pula sebab ada harga promosinya murah. Tapi takleh lawan yang Ultra la sebab ianya lagi nipis. Bezanya dengan drypers kantung kangkangnya lebih panjang dan bila pakai selalu risau takut ada lubang kat celah kangkang. Bila dah kencing nampak sangat ketara layutnya macam dah penuh sangat sebab diapers ni lagi panjang dari drypers. Dah snap pic, N update ye.. Lupa nak snap sebab baru cuba ni

PetPet Pant (paling murah N pernah beli RM 28)

So we all break record dengan membeli PetPet Pant. Semuanya kerana terpengaruh dengan iklan TV yang tunjuk konon macam ada tingkap kat diapers ni. Kiranya ada pengaliran udara keluar masuk untuk buat Baby rasa selesa bila pakai. Inilah first diapers yang N beli selain dari drypers.. Gila loyal kami ni, setelah pakai drypers 2 tahun setengah baru nak mencuba brand lain.. Cik asben ku memang loyal...

Gambar takder sebab dah lama habis :P. Pet Pet Pant ni kecik dari brand lain. Dahlah masa beli kami pakai main harung je amik size yang Baby Asy selalu pakai.. First time kekdahnya amik brand lain. Confident gila je kan tanpa tengok sample. Alih alih bila nak sarung, nampaknya kecik kat Baby Asy. Tapi kami habiskan aja. Keciknya bukan ketat tapi kat bahagia kangkang dia tu tak besar. Bila tengok macam pakai spenda yang sesekali terlekat kat punggung..huhu.. Beli ni masa petpet pant baru diperkenalkan dan diikuti dengan harga promosi yang boleh tahan murah juga.

Petpet pant ni nipis dan permukaan material agak kasar dengan rasa berbiji-biji bila tekan. Mungkin gel kot untuk menyerap air kencing. Tak gemar pakaikan untuk Baby Asy. First and last, tak beli dah sampai sekarang.

Drypers Drypant (paling murah N pernah beli RM28 jumbo)

Drypant ni saiznya kecik berbanding tape tapi taklah kecik macam Petpet pant. Tapi dah tak beli sebab kalau nak beli kena beli saiz besar dan of course lah saiz besar jumlah makin kurang, boleh lari budget woo.... Penyerapannya tak sama macam tape sebab kalau pakai yang drypant ni, kejap je dah nampak kembung. Tapi N suka kekemasan jahitan smoke kat drypant ni. Sangat cantik dan selesa untuk baby.

Drypers, Huggies & Mamypoko Dypers

Mamypoko Pant (paling murah pernah beli RM29)

Ketebalan sama macam drypers tapi celah kangkang lagi lebar dan saiznya lagi besar dari drypant. Pakai ni memang puas hati tapi permukaan luarnya nampak ketara basah. Tak macam drypers tape. Beli ni konon nak kasi Baby Asy merasa diapers mahal. Masa tu promosi gila-gila kat The Store. Semua diaper murah, gila N jadinya. Kalau boleh nak beli dan try semua brand yang ada.

Drypers, Huggies & Mamypoko Dypers

Huggies pant sample pack

Huggies pant ni tak tebal sangat. Tapi lebar kangkang dan saiznya besar dari drypant dan kecik dari mamypoko. Kiranya duduk kat tengah-tengah la. Materialnya kasar dan basahnya memang ketara dari luar.

Drypers, Huggies & Mamypoko Dypers

Kesimpulannya.. N suka drypers bukan sebab N ni brand loyal tapi kerana kualitinya yang superb. Tapi N ni penuh dengan sifat ingin tahu untuk cuba brand yang lain dan dalam masa yang sama N masih cuba nak cari yang terbaik kerana tak gemarkan bau material drypers tape tu. Selain dari drypers N suka huggies ultra tapi tak mampu nak beli sebab harganya agak mahal. Dan tak lupa pada Mamypoko, puas hati la juga pakaikan ke Baby Asy. Walaupun harga Mamypoko mahal tapi N masih rate drypers yang pertama dari segi kualiti penyerapan dan jahitan yang kemas. No wonder lah drypers ni susah nak turunkan harga dan buat promosi. Paling murah sekarang pun untuk drypers adalah RM31 ++.. Nak dapat RM30 ke bawah memang susah dah.

Sekarang N pakaikan Baby Asy Mamypoko dan Huggies Dry.. Harap-harap hujung bulan ni ada promosi Mamypoko lagi, bukan kata N je, mertua pun suka juga. Bye bye drypers tak tahu bila lagi N akan beli sebab N kurang gemar dengan baunya.. tapi kualiti superb.. Hurmm dilemma betul

17 comments:

  1. tudia N kasi review baik punya.. comparison in detail lagi. mommy daddy luar sana mohon baca k..

    ReplyDelete
  2. Jom pakat beli online kat 11street.my. Hari ni beli untuk PetPet M76 RM20.33 after less discount coupon RM 11 dan payment by Maybank card entitled less lagi 12%. Consider mula giler dapat harga serendah RM20.33.

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D