About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Wednesday, April 30, 2014

Jualan murah sempena hari pekerja JAKEL 2014

Semalam mertua dah ajak pergi Jakel. Mertua kata ada jualan murah sempena hari pekerja kat sana. N okay je


Ni amik kat FB Jakel tapi taktahu la Sale ni untuk Jakel yang mana satu sebab dalam FB Jakel tu diaorang asyik sebut Jakel KL je.

Tapi dalam banner kat atas tak tulis Jakel mana, Jadi N agak mungkin sale ni kat semua cawangan Jakel. Apap pun kalau you all nak tahu lagi lanjut boleh masuk FB Jakel ni.

Esok cuti Hari Pekerja N dan mertua berjalan Jakel paling dekat kat Shah Alam aja le.

Pada you all yang balik kampung dan tak sempat nak pergi esok, jangan risau ye sebab jualan murah sempena hari pekerja ni dah bermula 24 April 2014 sampai 13 Mei 2014. Lepas balik kampung pun sempat, takpun waktu lunch kejap lagi pun boleh pergi :D

Selamat Bercuti dan Selamat Hari Pekerja semua...

Childhood warehouse sale 2014

Sempena hari pekerja, perkara yang paling best ialah jualan murah. Sini sana ada discount..

Childhood Warehouse Sale
Labour Day Special

1 May 2014 - 4 May 2014
11.00 am - 8.00 pm
CMC Centre Taman Connaught

Childhood Warehouse Sale Labour Day Special
website source

Baru-baru ni ada mom and baby expo kat Shah Alam dan Pureen sale. Tarikhnya serentak tapi yang pureen sale tu N tak sempat nak khabar dalam blog sebab tahu pun dah lambat. Sorry you all yang ternanti-nanti pureen sale. Tapi menurut rakan yang pergi, tempat yang diaorang buat kali ni kat Glenmarie. Lagi kecik dan sesak daripada sebelum ni.

Pelanggan makin mengganas.. wawa.. takut pula bila N dengar. N tak pergi dua-dua event sebab Ahad baru-baru ni penat pergi Tokyo Street kat Pavillion. Dah sampai rumah, semua terdampar. Tak sampai hati pula nak minta Papa pergi. Dengan baby Asy lagi, kesian dia pun penat.. Penat main sepanjang masa..huhu 

Nuffnang, Whisper, Yoga Class and Yuyu Zulaikha

Tadi N klik-klik Iklan Nuffnang macam biasa.. Mula tengok iklan Nuffnang ni rasa macam biasa je, tak amik pusing sangat.. Scroll lagi bawah nak baca entry. Tapi tak sampai berapa saat, pergi balik kat iklan nuffnang tu sebab tak pernah lagi tengok iklan nuffnang whisper ni keluar. Macam lain dari yang lain sebab ada sorang je muka dalam bulatan. Siap ada soklan yang menarik lagi..

Find out how you can attend yoga class with your favourite blogger!

Haaa catchy kan soklan dia. Soklan perangkap nih nak suruh klik.. Arahkan cursor kat satu-satunya muka kat dalam bulatan tu.. Sekali keluar kupukupukecik.. Dah sahlah Yuyu Zulaikha.

wala wala.. untungnya Yuyu ada kat dalam iklan Whisper.

Nuffnang, Whisper, Yoga Class and Yuyu Zulaikha

Klik sekali... sementara nak tunggu loading, blog walking jap.

Urmmm mana website whisper dan bila masa pula buka blog si Yuyu Zulaikha ni.

Klik lagi sekali iklan tu..

Ehh keluar lagi blog Yuyu Zulaikha.. Kali ketiga.. haaa takder kali ketiga sebab memang dah sah-sah akan pergi ke blog Yuyu Zulaikha juga.

Ni dia blog Yuyu Zulaikha... Walaweiii.. Untungnya Yuyu.. Dah kalau semua orang klik iklan tu, mesti la terus keluar blog Yuyu walaupun tak klik kat tang muka tu... 

Nuffnang, Whisper, Yoga Class and Yuyu Zulaikha

Dalam blog Yuyu ada share pengalaman menggunakan Pet pakai buang jenama terkenal Whisper ni. Siap ada contest mudah lengkapkan ayat kalau nak beryoga bersama Yuyu Zulaikha. Waaa hebatnya Yuyu...

Oat and Wheat with White Chocolate CVMALLOW Johor

Sebelum ni N ada bagitau address untuk Oat Chocolate Choco yang kat Rawang. Jadi sekarang ni untuk orang selatan jangan risau sebab kilang Oat and Wheat with White Chocolate ni ada kat Johor.


Oat and Wheat with White Chocolate - Brand CVMALLOW / Central Vista Sdn Bhd / JB
Oats, sugar, Cocoa butter substitute, Milk powder, creamer, Maltodextrin (Malt extract) and lecithin.


Ni dia alamat untuk Oat and Wheat with White Chocolate.

Central Vista (M) Sdn Bhd

No 25, Jalan bukit 1, Kawasan MIEL, 
Bandar Seri Alam,
81750, Masai, JB, Johor.

07-3863241 / 2

Takpun boleh terus ke FB diaorang untuk sebarang pertanyaan.

Tak lupa juga website.

Sunset scenery

This is what you will get if you woke up early in the morning..

Sunset Scenery

Sunset in Malaysia

Beautiful isn't it?? This picture was taken last week.

N sangat teruja dengan pemandangan waktu pagi macam ni. Kalau orang lain siap nak pergi pantai nak tengok sunset matahari naik dan terbenam. Tapi N tak payah susah-susah. Bangun je pagi, lepas Subuh tu boleh gerak keluar pergi kerja.

Nak dekat jam 7, sure langit bertukar jadi merah orange menandakan matahari nak munculkan diri. Masa nilah layan tengok pemandangan yang indah. Hilang stress..

Anyway di hari yang indah I just wanna wish all of you 

Good Morning and have a nice day because tomorrow is OFF labour day.. yayyyyy I am so excited

Tuesday, April 29, 2014

When blogger be too political in public...

Sebelum N kupas isu ni, N nak minta maaf dulu ye kalau ada antara you all yang termasuk dalam golongan ni. Takder niat nak menempelak mahupun menyalahkan mana-mana pihak. N cuma luahkan apa yang N rasa.

Okay, sebenarnya ceritanya macam ni. N baru je melawat satu blog dan pada pemerhatian N, N tak gemar langsung semua isi kandungan termasuklah tajuk blog yang dipaparkan di banner blog. Itupun sesudah N tengok keseluruhan blog. N bukan yang jenis nak serkap jarang, tuduh melulu-lulu macam blog yang N masuk ni.

Yang paling memalukan bila tuan empunya blog ni merupakan seorang perempuan. Perempuan sepatutnya bersifat lemah lembut dan menjaga tutur kata tapi tidak blogger ni. Siap letak FB dia dan nama penuh lagi.. Memalukan. Di bahagian tajuk blog pun bahasa yang digunakan agak kasar dan sangat tak sesuai untuk tatapan umum. Adakah blogger ini lupa yang blog merupakan salah satu media maklumat yang boleh dibaca oleh semua orang.

Pembaca pun terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Kalau pun orang besar dan tua bangka pun boleh terpengaruh dengan isu-isu politik yang menjurus kepada perkara negatif, apatah lagi anak-anak muda remaja yang masih cetek ilmu dan senang terpengaruh. N paling tak suka dengan segala isu yang dia paparkan. Memang blogger ni mengikuti isu semasa tapi kebanyakannya bersifat negatif.

Itu tak betul.. Ini tak betul.. Macamlah dia betul sangat. Pandai-pandai je buat rumusan sendiri. Kutuk mengutuk sebab politik sampai tak ingat yang dunia tengah tengok perbuatan dia. Bermoral la sangat. Buat malu je, dah la orang melayu sendiri yang cakap macam tu.

Pandai pula dia bangkit-bangkitkan isu-isu semasa sampaikan pembaca pun jadi terlebih bersemangat dan menghamburkan komen-komen yang berbahasa kesat dan tak elok dibaca tatapan umum. Segala macam jenis binatang disebutnya oleh pembaca dalam ruangan komen dan blogger tersebut tak malu langsung bila pembaca menulis komen yang bukan sahaja kurang sopan tapi kurang ajar yang mana menyokong kenyataan blogger ini.

Pelik betul dunia sekarang, disebabkan politik seseorang manusia tu boleh hilang pertimbangan dan tak peka dengan sensitiviti orang lain.. Memang la blog engkau, suka hati engkau.. tapi agak-agak la wei.. Elok sangat ke kalau awak tu mempengaruhi orang lain untuk bersikap lagi negatif.

N rasa binatang yang hina sangat derang sebut dalam komen mahupun kenyataan tak sehina dengan orang yang menyebutnya.. Binatang yang disebut takder akal tapi ada manfaat ianya ada di dunia..Binatang tersebut pun tak amik pusing pasal dunia dan politik.. Tak kutuk mengutuk, tak menyakitkan hati orang lain.. Tapi manusia yang ada akal apa manfaatnya kepada dunia ni ????????

Patut la budak-budak remaja zaman sekarang ada yang bersifat kurang ajar.. Semua tu belajar dari blogger-blogger ataupun orang yang sangat taksub dengan politik sehingga tak sedar akan perbuatan dan kesan kepada orang ramai .. Bukan kata politik tak penting tapi kalau boleh, amalkan la persaingan yang sihat dengan saling hormat menghormati di antara satu sama lain..

Inflatable Kids Pool

Meh usha-usha kejap kolam budak-budak. Baru ni Baby Asy mandi dalam kolam plastik yang Tokpa hadiahkan masa birthday party yang ke-dua. Seronok dia mandi.. Tapi bila N google, ada banyak jenis kolam mandi kanak-kanak.

Inflatable Kids Pool

Kolam mandi ni siap ada dua bahagian dan gelongsor.


Inflatable Kids Pool

Ni pun sama ada dua bahagian, gelongsor dan gelongsor untuk bola.

Inflatable Kids Pool

Kolam kanak-kanak tema safari dan hutan rimba..

Inflatable Kids Pool

Inflatable Kids Pool

Ni basic kids pool tapi special ada gelongsor tinggi dan juga splashing water machine.

Inflatable Kids Pool

Inflatable Kids Pool

Kolam kanak-kanak bentuk bertemakan buaya??

Inflatable Kids Pool

Ada gelongsong, basketball dan juga mainan gelung.

Inflatable Kids Pool

Another crocodile kids pool with splashing..

Ohh bestnya semua pool ni. Kalau beli sure punya N yang terlebih excited dari Baby Asyraf.

Oat Chocolate Choco Twinfish Rawang

Empat hari lepas ada orang request kat N address untuk Oat Chocolate Choco brand TWINFISH ni. Kalau boleh takmo la kecewakan permintaan dia sebab tak ramai yang request apa-apa dari N..

Oat Chocolate Choco brand TWINFISH Rawang

Busy sangat sebelum ni, jadi sekarang baru N berkesempatan nak war-warkan alamat untuk Oat Chocolate Choco brand TWINFISH ni.

Oat Chocolate Choco brand TWINFISH Rawang

Oat Chocolate Choco - Brand TWINFISH / Jie Cheng Hang Sdn Bhd / Rawang

Bahan-bahan:
Oat, Cocoa butter replacer, Non-dairy creamer, Sugar, Maltodextrin, Salt and Soy lecithin.

Oat Chocolate Choco brand TWINFISH Rawang

Haaa.. ni la alamatnya Aida Hashim, siap tangkap gambar lagi :D

Imported & Distributed by Jie Cheng Hang Sdn Bhd

Lot 1357, Jalan Pusat Serenti Sg. Bakau,
48000, Rawang, Selangor.

enquiry.jch@gmail.com

03-6093 2888

Nama dan email je ada. No telepon N amik kat website ni.. Siap ada map lagi

Monday, April 28, 2014

Kalau aku kaya - First class Singaporeair

Kalau aku kaya aku nak melancong naik kapal terbang kelas pertama @ first class. Kenapa?

Sebab aku nak dilayan bak permaisuri dan orang penting @ VIP.. hehe

First class flight

Sebab aku nak rasa lagi selesa. Aku boleh buat apa yang aku nak tanpa menghiraukan orang lain. Dah tentu la sebab kalau first class mesti aku ada ruang sendiri.

First class flight

Sebab aku nak rasa yang diri ni dihargai. Dah kalau husband yang bayarkan mesti la rasa dihargai kan kan.. first class lagi you.. Terharu you kalau aku kaya husband bawa aku jalan-jalan naik first class flight.

First class airline by singapore air

Sebab nak lebih privacy. Takmo kongsi-kongsi ruang dengan orang lain. Boleh tidur dekat ruang yang disediakan. Kalau perjalanan jauh memang sangat selesa, sedangkan orang lain akan meliuk lentuk sakit pinggang duduk kat kerusi kelas ekonomi.

First class airline by singapore air

Sebab nak makan best-best macam kat atas.. Udang ni nampak sedap.. Nyum nyumm.. First class flight always threat with a fine cuisine same as in first class hotel F&B service.. I like

First class airline by singapore air

Sebab aku boleh guna semua benda yang takder kat kelas ekonomi. Pastu boleh selfie puas-puas, bangga dan syok sorang-sorang.

Tapi tu semua kalau aku kaya la... Kalau tak kaya macam sekarang ni aku boleh tengok dalam website keseronokan penerbangan kelas pertama oleh singaporeair ni.

Hilangkan stress - P2 Datang awal ke tempat kerja

Morning you all. Masa entry ni dah publish agak-agaknya kat mana you all berada especially bagi orang yang bekerja?? Adakah you all baru nak bangun tidur, dah siap mandi, on da way ke tempat kerja ataupun dah sampai tempat kerja?

Hari ni N jejakkan kaki kat office jam 7.30 pagi. Wahhh jarang-jarang nak sampai office awal macam ni. Bangga juga rasa :D. Selalunya keluar awal pun kekadang sampai cam biasa juga sebab jem yang melampau.

Biasanya permulaan minggu jalan akan jadi jem luar biasa mungkin disebabkan ramai orang yang bersemangat waja nak berkerja. Jadi, N memang akan cuba keluar rumah awal dari biasa macam pagi ni. Syukur walaupun jalan jem tapi jem yang N tempuh pagi ni lebih pendek sebab tu la sampai office awal.

Sebenarnya bila kita datang awal ke tempat kerja ia merupakan salah satu cara untuk kita hilangkan stress. Tapi macam mana ye tu?? Okay, bila awal-awal pagi nak pergi kerja untuk you all yang berkereta kalau boleh cuba buka tingkap hirup udara pagi yang sejuk dan segar. Jangan la asyik nak layan aircon je. Kulit pun nak kena angin lembap untuk jadi segar. Serius bau udara pagi sangat syokkkk, bau embun pagi semula jadi.. Hilang terus stress okay. Scenary waktu pagi pun lain dan cantik.

Pastu bila dah keluar awal, dah tentu la boleh elak kesesakan jalan raya.. Memandu di atas jalan raya yang lengang memang boleh melengangkan minda yang sesak memikirkan kerja yang bakal ditempuh di tempat kerja.

Dan last sekali bila sampai awal kat tempat kerja bolehlah rilek dulu, munasabah diri dan aturkan jadual kerja supaya tak kelam kabut.

Okay, jom kita review balik kenapa datang awal kerja boleh hilangkan stress:

Bila datang awal ke tempat kerja masa tulah you all dapat tengok scenary sunset dan juga dapat rasa kesejukan embun pagi macam kat genting hingland or cameron highland.

Bila datang awal ke tempat kerja masa tulah you all boleh elak kesesakan jalan raya yang tak pernah surut dari hari ke hari. Terjebak dalam jem amatlah stress. Lagi-lagi pula bila matahari dah makin terik, silau... Kejap benti kejap jalan, memberi kesan kepada penggunaan minyak.

Bila datang awal ke tempat kerja masa tulah you all boleh buat dulu kerja lain seperti berblog sebelum buat kerja sebenar :D 

Sunday, April 27, 2014

Cruel rompers statement..

Oh myy... Kalau you all tengok romper-romper baby yang comel-comel, you all akan jumpa banyak jenis statement. Kebanyakan statement yang N jumpa memang cute aje ayatnya tapi kat bawah ni:

 The statement is very cruel. Surely I will not get near or touch this poor baby..


The statement make me scare to hold her..

"I only cry when ugly people hold me"

Saturday, April 26, 2014

What you can do and don't to baby

Bila ada baby banyak perkara yang kita boleh buat dengannya dan tak kurangnya perkara yang dilarang.. Jom layan do and don't for baby.


Sudah faham.. kalau dah faham baguslah..Semua yang don't and no tu jangan buat okay. Bahaya untuk keselamatan baby.

Friday, April 25, 2014

Staff Birthday Party Preparation

Dari minggu lepas lagi N dan officemate yang uruskan hadiah birthday bertungkus lumus membuat segala persediaan.. Dah pergi merata-rata semata-mata nak dapatkan hadiah yang the best untuk rakan-rakan yang menyambut hari lahir dari bulan January 2014 hingga April 2014.

Staff Birthday Party Preparation

Semua bahan-bahan berada di lokasi yang berbeza-beza, nasib baiklah N dan officemate ni jenis yang suka berjalan. Jadi, memang tak kisahlah kalau nak ke mana-mana asalkan ada orang angkut.. hehe..

Oleh kerana budget agak sempit kami cuba sedaya upaya membeli barang yang terbaik dan boleh digunakan dengan sebaik yang mungkin. Masa nak beli bekas untuk isi hadiah sebenarnya N nak beli kad kecik sekali. Tapi memandangkan kami nak kurangkan kos membeli, N merelakan diri untuk buat kad sendiri.

N tak risau sangat sebab  kalau tak sempat nak buat kad sendiri, boleh terus print out je nama kat atas kertas. Pastu botong buat cam label dan tepek je kat bekas hadiah. Tapi oleh kerana N dah ada bahan-bahan sebab bahan-bahan ada kat office ja.. Jadi, N dah mula buat sejak beberapa hari yang lalu..

Cuba tengok kat atas, itulah pengganti kad.. Just a small cute birthday tag with name. N buat sendiri... Akhirnya berguna juga kekreatifan yang ada dalam diri ni.. Syukur kurniaan Allah..

Staff Birthday Party Preparation

Yang ni pula bekas yang kami beli kat Daiso Paradigm. Harga tak payah nak risau sebab semua RM5.00. Memang puas kami pusing Daiso ni nak cari bekas yang sesuai dengan hadiah. Kami berdua memang setuju dengan pembelian bekas ni sebab boleh guna untuk isi barang. Ada juga cadang paper bag tapi officemate tak mau sebab dia cakap dia akan buang kalau dapat.. huhu

Ada lagi satu kami cukup berkenan dengan bag dawai boleh lentur tapi tak dapat nak amik yang tu sebab tak sesuai dengan hadiah..

Staff Birthday Party Preparation

Hadiah beli tempat lain, bekas isi hadiah kat Daiso dan last sekali riben ni kat shoplot.

Semua dah sebut.. yang tak sebut lagi hadiahnya je.. Okay, untuk hadiah N akan reveal next week. N tunjuk yang N punya sebab N pun salah seorang birthday girl yang akan diraikan kejap lagi jam 4.30 petang..

Tapi sebelum nak meraikan, N nak habiskan dulu kerja-kerja mengikat reben. Semuanya kerana menunggu pouch hadiah.. Okay kasi tengok sikit sebahagian daripada hadiah.. jeng jeng..

Staff Birthday Party Preparation

Pouch ni kami pergi hantar kedai untuk buat batch embroidery.. Bos memang nak juga cop company kat mana-mana hadiah untuk staff. Memang dari dulu lagi macam tu.

Okay, N nak habiskan kerja.. Wish me luck ye, semoga sempat siap sebelum majlis.. N akan tunjuk hasil kreatif N nanti ye :D hehe

Segmen First Annivessary Blog Asha Lya

Jom join ramai-ramai :D


Apa yang mmbuatkan N tertarik nak join sebab segmen ni tersangatlah mudah. Caranya:

Follow blog Asha Lya
Letak banner dan backlink segmen
Tinggalkan URL segmen kat kotak komen

Lima orang yang bertuah akan menerima:

Kerongsang felt / Keychain sabah / Top up RM5 / Sticker keyboard / Shawl / Pouch

Tarikh Segmen:

25 April 2014 - 5 May 2014

Izzue Islam carian paling popular

Izzue Islam merupakan carian paling popular dalam search engine google.. Pelik la N, apa la yang orang suka sangat pasal dia.. Adakah sebab dia handsome, bergaya, pandai, ataupun kaya raya..??

Untuk tahu sebab apa N pun type nama dia kat google search dan klik site pertama yang keluar.. Wikipedia...

Izzue Islam carian paling popular

Waaaaa..... Bila keluar je page wiki, semua maklumat dia pun terkeluar dengan banyaknya tanpa dijangka. Well, N dont expect to be found lots of his info include his birth. Tak sangka N. Teruja pun ye..

Tapi bukan teruja sebab Izzue Islam ekk, N teruja dengan wikipedia yang menyimpan segala jenis maklumat. Selalunya N guna wiki ni untuk cari tempat, benda ataupun perkataan-perkataan yang N tak faham.

Izzue Islam carian paling popular

Baru ku tahu sekarang yang Izzue Islam ni adalah salah seorang ahli kumpulan Forteen.. Gila buta hiburan kan N ni.. Memang tak dapat la nak jadi DJ macam DJ impian N Farah Fauzana sebab gara-gara tak kenal artis..

Ishh... rasa macam mundur pula bila tak tahu yang wiki ni pun ada menyenaraikan orang-orang penting dan popular.. Or public figure..

Izzue Islam carian paling popular

Tengok ni Dato Siti Nurhaliza pun ada.. Jangan main-main, Dato ni lagi la famos amos.. mihmihh...

Okay moh tayang sikit gambar Izzue Islam.. wife.. dan juga Anzalna

Izzue Islam carian paling popular

Suka tengok dia dengan Anzalna dan cerita yang diaorang digandingkan bersama, Aku Isternya / Aku bukan Mistress. Tapi tak suka lakonan diaorang sebab boleh nampak ketegangan di antara satu sama lain.. Izzue memang handsome, Anzalna pun cantik.. Lakonan best tapi ketegangan tu N masih nampak..

Kapas Putih Night Owl Story

Sebulan yang lepas N ada buat satu label untuk entry-entry dalam blog N iaitu Kapas Putih Night Owl Story. Entry yang berlabel KP Night Owl Story ni memang khas untuk pembaca larut malam sebab N selalu siarkan pada jam 10.00 malam.

Tujuan N buat label ni saja nak bagi readers baca bahan bacaan yang santai sebab N banyak letak gambar. Bila dah penat satu hari suntuk kerja, layan anak bini suami pakwe makwe kawan bos sedara mara... Pastu mesti la nak rilekkan minda kan, tak mau la baca entry-entry yang panjang berjela..

Sebenarnya label ni hanyalah percubaan dan bila dah masuk bulan April menganjak ke May N tak sangka banyak juga entry yang N dah buat di bawah label KP Night Owl Story. Kebanyakan entry-entry yang berlabel KP Night Owl Story berkisarkan cerita dan paparan gambar-gambar pelik atau mustahil.

Sepanjang bulan March 2014 yang lepas N berjaya buat 11 entry di bawah label KP Night Owl Story. Kalau rajin redah la mana yang berkenan. Nanti N akan buat satu page senaraikan semua tajuk-tajuk entry KP Night Owl Story untuk kesenangan dan tatapan semua readers :D

Senarai entry KP Night Owl Story











Thursday, April 24, 2014

Baby Asy ketagih bau......

Bantal busuk.... syuk syukkkkk

Syok hidu bantal busuk

Baby Asy ni ada satu habit bila berkepit dengan kekasih gebu dia. Sniff sniff

Syok hidu bantal busuk

Dia memang suka sangat bau bucu bantal dia. Bantal dia ni bukanlah bantal busuk yang sebenar sebab ayahnya akan basuh sekali dengan baju-bajunya.

Syok hidu bantal busuk

Sampai terduduk dia, syok layan hidu bucu bantal. Bantal dia ada dua. Satu montok dan lagi satu slim melim sebab tak banyak isi. Bila nak basuh N akan bagi bantal dia yang baru.

Syok hidu bantal busuk

Dah terbaring pula, penangan bantal busuk.. hehe.. Hari pertama pakai bantal baru, memang wangilah.. Hari kedua okay lagi.. Hari ketiga boleh terima. Hari keempat bau sikit sebab dia suka gentel kat dalam lubang hidung. Hari kelima bau banyak sikit dan hari keenam busuk, terus campak masuk washing machine dengan baju-baju yang bertimbun.

Syok hidu bantal busuk

Tapi antara dua-dua bantal dia paling layan bantal montok sebab bucu bantal tu dah ada kesan koyak lagi.. Lagi season lagi syok gentel kat lubang hidung.. hehe..

Kelmarin nangis-nangis dia sebab ayah dia amik bantal montok campak dalam bakul baju kotor sebab dah busuk. Bagi yang slim melim tu, dia campak-campak memberontak.. Last-last dia berhenti nangis sendiri sebab penat merengek.. Comel ada, kesian pun ada..

Kami memang tak mau dia ada bantal busuk yang sampai ke besar tak dibasuh.. Lagipun dia baby, tak mau la dia hidu bantal yang kotor..

As fast as a leopard..

Today i have tons of task that need to be settle out.. Every single task have their own date line.

Leopard

So I need to be as fast as a leopard (as in the picture above)

or as fast as you cant realized that I have been rush here and there :D

-----------------------------------------

Dah alang-alang cakap pasal leopard jom kita kenali apakah itu leopard.. Baca info pasal leopard kat bawah..

As fast as a leopard

The black leopard is one of three animals called "panther" – the others are the black jaguar and the cougar.

The leopard /ˈlÉ›pÉ™rd/ is the smallest of the four "big cats" in the genus Panthera. Compared to other members of the Felidae, the leopard has relatively short legs and a long body with a large skull. It is similar in appearance to the jaguar, but is smaller and more slightly built. Its fur is marked with rosettes similar to those of the jaguar, but the leopard's rosettes are smaller and more densely packed, and do not usually have central spots as the jaguars do. Both leopards and jaguars that are melanisticare known as black panthers.

Kalau nak tahu lebih boleh terjah kat wikipedia ni

Wednesday, April 23, 2014

Our get along shirt untuk adik beradik yang kaki gaduh

Seriously, this is an awesome and brilliant punishment for kids. Gila comel kan.

Our get along shirt

Nilah hukuman untuk anak-anak yang suka sangat nak cari pasal sesama sendiri.

Our get along shirt

Our get along shirt ni memang dah menular kat oversea. Cuba google banyak contoh yang keluar.

Our get along shirt

Sorang masam mencuka dan lagi sorang happy.. mihmihhhh lawak

Our get along shirt

Look what happen when they are put in our get along shirt. Fight turn into smile lough and funny.. Hahaa

Our get along shirt

Something that you will be remember for the rest of your life.. It's a memorable punishment.. Good for sibling

Our get along shirt

So adorable, fighting sibling have to share this our get along shirt..

Our get along shirt

And will be released after they can get along and tolerate with each other.

Kebaikan:
Meleraikan pergaduhan dengan berkelakuan baik.
Mengeratkan silaturrahim antara adik beradik.
Bila nak gaduh diaorang akan fikir pasal baju our get along shirt dan tak jadi gaduh..

Ni memang satu idea yang sangat menarik. Bila Baby Asy dah ada adik, N akan buat our get along shirt untuk diaorang..Mesti kelakar.. Mihmihhhhhh

Asy loves bear

Hey you all.. see this......

Baby Asy dan Blue Bebear

Asy loves bear. N memang perasan dari dulu lagi yang baby Asy ni memang suka bebear or soft toys. Macam gegurl hehe.. Tapi takpe, baby cam dia normal la suka bebear.. Nampak cute je.

Baby Asy dan Blue Bebear

Memang gila berposing selepas dapat galakan dari mama dia :D.. Baby laki posing dengan bebear comel la, tapi kalau dah besar nak posing dengan bebear.. erkkk

Baby Asy dan Blue Bebear

Peluk bear dengan senyuman yang menawan kalbu. Inilah buah hati mama.

Baby Asy dan Blue Bebear

Dan pengarang jantung. Setiap detik Asyraf melakar sesuatu kenangan yang terindah dalam hidup mama.

Ish benci betul bila dah feeling-feeling macam, mulalah bergenang air mata ni teringat Baby Asy. Apa lah yang dia tengah buat kat rumah.