About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Monday, July 28, 2014

Selamat Hari Raya

Haii.. morning you all. Di hari yang mulia ni takmo celoteh panjang lebar. N nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat Hari Raya

Sepanjang N berblog ni sekiranya N ada keluarkan statement yang kurang enak di benak you all, minta diampunkan. Ataupun bahasa yang digunakan kasar dan tak sesuai, mohon ditegur agar tidak diulang di masa depan..

Selamat Hari Raya Semua.. 

Jom kita beraya sakan tahun ni

Sunday, July 27, 2014

Drama-drama Syawal 2014

Anugerah Syawal

Drama-drama Syawal


Malam Minggu Pertama Raya:
Karlos Bolos
Apa Celop ToQQ
Setia Hujung Nyawa Raya
Malaysia VS Barchelona (L)
Kongsi

Malam Minggu Kedua Raya:
Ngangkung
Khurafat
Bintang Mencari Bintang Raya
Abang Long Vs Kak Yong
Adnan Balik Raya

Malam Minggu Ketiga Raya:
Hantu Gangster
Lagenda Budak Setan

Last Minute Shopping Raya PKNS Shah Alam

N macam biasa la tiap-tiap tahun pun sama tempat shopping nya. Malam raya N pasti akan ke PKNS Shah Alam. Terlampau banyak pilihan yang ada sampai rambang mata. Gerai yang dibuka pun banyak dan panjang.

Pada malam raya, ada sesetengah penjual akan turunkan harga untuk habiskan jualan mereka. Masa nilah kita boleh dapatkan harga yang murah dari biasa. Kalau tak dapat tawar pun tak payah risau sebab banyak lagi stall lain yang kita boleh cuba tawar.

PKNS tahun lepas, kat dalam ruang legar dibuka berpuluh-puluh nak sampai ratus juga stall baju-baju kurung dan melayu. Kebanyakan penjual sebenarnya ramai yang ada butik dan kedai kat dalam PKNS tu sendiri. Kalau kat tempat lain N tak pasti macam mana situasi malam raya jualan mereka, tapi kalau kat PKNS ni memang sangat happening. Banyak cara yang digunakan untuk tarik perhatian pelanggan. Kebanyakan penjual semua lelaki, jadi jangan terkejutlah kalau you all terjumpa ada lelaki yang pakai baju kurung mahupun telekung. Itu ada promosi semata-mata, mereka bukan Nyahh okay.. huhu

Tapi bagi yang dah beli belah baju bolehlah buat kunjungan ringkas ke stall bahagian luar yang diletakkan bawah satu khemah yang besar khas untuk penjual kuih raya. Malam raya, kuih muih pun boleh tahan juga murahnya. Keadaan yang hingar bingar tu memang sangat meriah. Masing-masing bertungkus lumus promote kuih masing-masing. Tak kurang juga dengan sample yang dijaja sana sini untuk melariskan jualan. Dan bila nak datang sini jangan lupa bawa bekalan air sebab keadaan yang ramai dan sesak boleh buat kita dahaga. Lagi-lagi dahaga bila dah banyak makan tester kuih muih. Serius boleh kenyang..

Dan dah alang-alang ada kat PKNS Shah Alam, selalunya N akan ke SACC Mall yang terletak betul-betul belakang PKNS. Kat SACC Mall pun boleh tahan juga. Dalam Mall tu sendiri ada stall baju raya yang cantik-cantik. Tahun lepas N ingat lagi ada satu jubah cotton tu harganya diturunkan sehingga RM50 sehelai. Kalau harga asal RM90 ke atas, tapi bila dah turun, ramai yang tersenyum sebab mampu beli. Cepat betul habis bila harga dah murah :D

Tak lupa juga, Plaza Alam Sentral (PAS) yang terletak di hadapan Hotel Quality. Kat situ pun boleh tahan meriahnya. Sepanjang perjalanan dari PKNS mahupun SACC ke Plaza Alam Sentral (10 minit jalan kaki) akan ada gerai-gerai yang jual kelengkapan raya. Jadi, bolehlah juga cuci mata sementara nak sampai PAS.

You all yang duduk sekitar Selangor, kalau dah shopping, rasanya tak salah kalau nak cuci mata.. Jom kita serang PKNS Shah Alam malam ni..

Lain-lain:
Checklist Hari Raya
Tempat Shopping Baju Raya di KL dan Selangor

Saturday, July 26, 2014

Adat Salam dan Maaf di pagi raya

Adakah you all masih mengamalkan adat bersalam dan memohon maaf di pagi raya? Syukur Alhamdullillah N masih lagi mengamalkan adat turun termurun ni. Bila N fikir-fikir pasal adat bersalam ni terlintas di fikiran N, bagaimana agaknya adat resam perayaan bangsa lain? Adakah mereka pun akan mengamalkan adat bersalam dan mohon ampun macam Hari Raya?

Pada N sekarang ni Hari Raya sangat bermakna sekiranya dapat membahgiakan semua orang yang disayangi. Dan paling penting pagi raya. Di pagi raya tulah hari yang paling dinanti setelah sebulan berpuasa. Selain meraikan kemenangan berpuasa di Bulan Ramadhan walaupun tak pernah dapat puasa penuh.. huhu.. Tapi acara dan adat bersalam memang dihayati penuh oleh N yang hati tisu ni.

Kalau tak berlinang air mata di pagi raya memang tak sah. N tak tau macam mana nak gambarkan perasaan tu. Ianya datang dengan perasaan yang sedih dan hiba. Bila bersalam tu macam ada satu perasaan bersalah bersarang dalam hati dan mengharap segala kesalahan terutamanya pada ibu bapa diampunkan. 

Tapi serius la N cakap, walaupun N dah minta maaf tiap-tiap tahun dan segala kesalahan dah dimaafkan, perasaan hiba dan sedih tu tetap ada sepanjang masa. Dekat depan mata ni macam ada satu skrin yang tunjuk setiap kesalahan yang pernah kita buat bila kita nak bersalam mohon ampun di pagi raya. Walaupun ianya telah dilupakan oleh orang lain sebab mereka dah maafkan tapi kat dalam minda ni masih ingat dan merewang-rewang di mana membangkitkan kembali memori yang tak best tu.

N memang suka adat bersalam dan mohon maaf di pagi raya sebab masa inilah kita nak luahkan perasaan bersalah secara ikhlas, memberi kesedaran kepada diri sendiri, merapatkan silaturrahim dan dalam masa yang sama hati akan rasa lebih lega dan tenang.

Friday, July 25, 2014

Mood raya hari terakhir bekerja

Hari raya memang best. Tapi seperti tahun-tahun sebelum ni perasaan raya ni sama je. Tak tahulah kenapa sejak N dah meningkat dewasa mood nak berhari raya tu makin pudar, tak macam masa zaman kanak-kanak dulu.

Serius happy sangat masa zaman tu. Teruja dengan baju raya baru, kasut, kuih muih, makanan sedap-sedap, bunga api dan paling dinanti adalah duit raya dari sanak saudara :D. 

N sekarang ni baju raya pun takder lagi. Dah dua tiga tahun ni N memang tak sibuk sangat nak beli baju raya. Tapi kalau persiapan anak tu memang N teruja terutamanya baju melayu. Bila dah kahwin macam sekarang ni, N dapat rasakan perubahan di mana keterujaan berhari raya bukan lagi pada duit raya :P. Kenalah sedar diri, dah kahwin nak duit raya juga itu melampau namanya.

Tapi keterujaan N pada hari raya adalah untuk membuatkan semua orang yang berada di keliling N bahagia menyambut kemenangan berpuasa selama sebulan. Mood raya N di hari terkahir bekerja hari ni masih di paras yang biasa-biasa saja. Mungkin mood keterujaan tu akan datang di pagi raya mungkin..

Thursday, July 24, 2014

Esok Half Day ka??

Dah sebulan berpuasa ni N dapat rasa jadual N ketat betul. Dengan segala persiapan berbuka dan kerja-kerja office yang menimbun dua minggu sebelum raya ni. Semua agenda tu buatkan N busy dan kadang-kadang terlepas pandang nak blogwalking. Kepada pengunjung blog Kapas Putih, jangan you all merajuk kalau N tak ke blog you all. Doa-doa lah supaya N ada masa, kalau tak sekarang lepas raya insyaallah N akan luangkan masa bertandang raya ke blog you all :D

Tinggal lagi tiga hari kita nak sambut raya dan seperti biasa N masih bekerja di saat-saat akhir. Esok dah jumaat, last day berkerja sebelum burcuti raya. Kalau tahun-tahun sebelum ni kami kerja half day je. Tapi N baru dengar cerita hari terakhir bekerja raya kali ni macam takder harapan nak dapat half day.. Huhu..

Ingatkan kalau half day dapat la balik berehat-rehat dan buat apa yang patut kat rumah. Tapi nak tak nak tunggu je la esok macam mana. Kalau diberikan half day.. Syukur alhamdullillah. Bolehlah balik dengan tenang tengah harinya.

 Kalau tak dapat kami akan balik seperti biasa. N akan tercegat kat depan thumb print sebelum waktunya supaya tak lewat keluar dari office. Kalau terlewat boleh haru ooo.. Lagi pula last day kerja semua pun berpusu-pusu nak balik awal buka puasa, shopping dan tak lupa juga balik kampung. Pada yang dah cuti dan nak balik kampung petang ni, malam ni ataupun esok tolonglah berhati hati di atas jalan raya ye. Macam-macam kes yang berlaku bila dah nak dekat tarikh raya.

Siapa yang masih bekerja esok, siapa half day?? Angkat tangan tinggi-tinggi :D

Wednesday, July 23, 2014

Agenda Hari Raya

Wah.. wah.. Puasa tak habis lagi dah nak cerita pasal agenda hari raya.. Urmm semangat tu kena lebih lagi-lagi bila dah masuk minggu terakhir berpuasa :D.. Hari raya yang akan menjelang tak kira la tahun bila pastinya akan ada agenda di sebalik kemenangan berpuasa selama sebulan.

Agenda hari raya buat:

Buat anak-anak kecil

Berlumba-lumba nak puasa penuh. Sebab kalau upah puasa RM1 sehari, kalau 30 hari dah RM30 :D.. Dulu masa N kecik papa buat macam ni la untuk menghargai N yang berpuasa. Serius la masa tu duk fikir nak kumpul duit je, N memang pengumpul duit yang berjaya.. Dah kalau duit upah puasa dan duit raya lain, takker kaya raya masa tu.. haha Tapi itu kisah dulu :D.. Cara ni merupakan salah satu cara yang terbaik untuk ajar anak-anak berpuasa sebab ianya amat berkesan untuk N memandangkan N susah nak minta duit kat parents. Jadi masa puasa la nak tambah koleksi duit dalam tabung selain lebihan duit belanja sekolah.

Hari Raya merupakan hari untuk bergembira dengan semua perlengkapan diri yang baru. Kalau pakaian tradisional siap lengkap dengan baju melayu, songkok dan sampin. Yang lain-lain dari hujung rambut ke kaki ada. Kasut baru, jam baru, baju jalan baru dan barang-barang baru yang lain. Kadang-kadang keterujaan sangat menyerlah bila malam raya tu boleh tertidur dengan kasut baru.. Hehe

Malam raya dah terfikir-fikir nak pergi beraya kat rumah-rumah jiran dan kaut duit raya dari pak cik mak cik yang ada.. Rumah jiran tu kena make sure semua masuk dan beraya kalau nak dapat duit raya lebih :D. Dah dapat duit raya banyak bolehlah pergi kedai runcit beli kepok or coklat.. Ngeh ngeh

Terbayang-bayang juga rendang ayam yang mama masak di malam raya.. Nyum nyum.. Nanti nak makan banyak-banyak sebab sedap.

Malam raya paling best berkumpul dengan sanak sedara sepupu sepapat dan main bunga api dan mercun. Tapi N dulu suka main buka api je, Mercun tak suka sebab ada sejarah selain dari bunyinya yang bising.

Pagi raya paling best sebab dah boleh makan. Tapi sebelum makan tanya dulu parents "Boleh makan ke??". Janggal la rasa sebab dah sebulan puasa tak makan waktu siang kan.. hehe

Anak-anak kecil yang bersekolah rendah pula tak lepas dengan balas berbalas kad raya dengan rakan-rakan sekolah.

Buat anak remaja

Dah semestinya bila dah meningkat remaja tak fikir dah pasal upah puasa. Peringkat ni adalah peringkat di mana mereka dah faham tujuan berpuasa. Masa nilah mereka akan ikut parents / rakan pergi masjid mengerjakan tarawih, takpun kena jaga adik-adik yang masih kecil sementara tunggu parents pulang dari masjid :P.

Bulan Ramadhan bulan untuk bertukar-tukar kad raya.. Budak-budak sekolah masa zaman N dulu masih ada kad raya :D. Tapi budak-budak sekarang ni tak taulah sebab teknologi dah sangat maju kan dan lembakan laman sosial yang tiada had.

Hari raya hari untuk melaram, kadang-kadang tu siap pinjam make up kakak yang lagi tua takpun make up mama untuk nampak lagi berseri di pagi raya. Bila nak shopping raya dah pandai nak pilih baju sendiri dan tak kurangnya nak yang branded aje. Tak macam zaman budak-budak, brand apa semua hentam je.

Sehari sebelum raya kena tolong parents kat dapur. Anyam ketupat, jaga bara api untuk masak lemang ketupat, potong bawang dan malam-malam terakhir pulun buat kuih raya. Tak lupa juga kemas rumah yang dah bersawang-sawang.

Malam raya tak lengkap kalau tak bergayut dengan pakwe or makwe. Tepat jam 12 terus wish hari raya dan masa tu la nak minta ampun dan maaf. Esoknya pula tak sabar nak sambut kedatangan pakwe makwe untuk beraya di rumah.

Buat seorang suami

Paling bererti sekiranya dapat buat seluruh keluarga gembira. Sebelum raya tu bawa semua ahli keluarga pergi membeli belah beli kelengkapan diri yang baru.

Bawa anak-anak pergi sembahyang tarawih dan moreh kat surau or masjid terdekat.

Sibuk buat pelita sendiri takpun beli kat supermarket dan cucuk kat laman rumah supaya rumah nampak lagi berseri-seri. Dalam masa yang sama senang anak-anak nak main bunga api.

Tolong bini kemas rumah terutamanya bab panjat-memanjat dan juga mengangkat barang berat.

Tukar duit raya dan masukkan dalam sampul. Selalunya buat masa malam raya. Bila anak buah ramai ,setiap sampul duit raya kena tulis nama supaya tidak ada seorang pun yang tertinggal dan salah satu cara untuk berbudget..

Balik kampung mertua atau parents dan luangkan masa bersama dengan sanak saudara. Masa tu pelbagai jenis acara yang akan diadakan untuk memeriahkan suasana dan salah satunya ada acara kunjung mengunjung.

Paling bereti di pagi raya, masa tulah nak bermaaf maafan dengan seisi keluarga terutamanya dengan bini :P

Meraikan dan berkongsi kegembiraan kemenangan berpuasa dengan sembahyang raya di masjid atau surau.

Buat seorang isteri

Sangat bererti dan rasa dihargai bila suami dapat bonus raya bawa pergi shopping.. Almaklumlah perempuan dan shopping tak boleh dipisahkan.

Pergi sembahyang tarawih dengan suami dan anak-anak sambil melayan moreh. Bukan merapatkan silatur rahim kekeluargaan tetapi dengan rukun tetangga juga. Harmoni..

Sibuk kemas rumah. Jadi mandor sekejap mengarah anak-anak dan juga suami mengemas terutamanya untuk kerja-kerja berat.

Minta duit kat suami untuk bagi duit raya kata anak buah dan juga tak lupa duit raya untuk diri sendiri :D

Balik kampung mertua atau parents dan luangkan masa bersama dengan sanak saudara. Masa tu pelbagai jenis acara yang akan diadakan untuk memeriahkan suasana dan salah satunya ada acara kunjung mengunjung. Dan tak lupa juga membantu sanak saudara memasak dan mengemas bahagian dapur.

Kalau tak balik kampung malam sebelum raya dah sibuk memasak segala juadah di pagi raya ataupun buat kuih raya dengan anak-anak.

Meraikan dan berkongsi kegembiraan kemenangan berpuasa dengan sembahyang raya di masjid atau surau.

Paling bereti di pagi raya, masa tulah nak bermaaf maafan dengan seisi keluarga terutamanya dengan suami :P

Buat IbuBapa / Mertua

Bertungkus lumus mengemas rumah sebab teruja nak sambut anak menantu dan cucu yang jarang-jarang pulang ke rumah.

Memasak juadah raya dan buat kuih raya kegemaran anak-anak.

Mengemas dan menghias laman rumah dengan pelita supaya cucu-cucu semua boleh main bunga api dengan seronoknya.

Tuesday, July 22, 2014

Bila terjumpa gambar Ex.. ???

Arghhh stressnya rasa bila N tengah kemas kini Hard disk, tetiba je terjumpa gambar-gambar lama bersama ex tercinta dulu.. Haishhhh.. Nyampahnya rasa, macam mana pula boleh ada walhal pada pengetahuan N, N dah buang kesemuanya. 

Tapi masih ada di dalam folder yang tersembunyi. Bahaya ni kalau ada yang terguna hard disk N dan tengok N masih simpan gambar ex, mungkin boleh jadi salah faham. Walaupun semuanya itu kenangan lama, tapi bagi N biarlah ia terpahat di hati. 

Tak perlu kot bukti yang nyata mengatakan yang kami pernah bercinta bersama di masa silam dulu. Kenangan lama ni tak harus disimpan. Kena delete je semua. Indah betul dunia ni kalau segala kenangan dan memori boleh delete semudah Control All and klik Delete.. 

Tapi realiti tak macam tu, memori dalam hati akan tetap berada di situ selama-lamanya. Cuma bergantung kepada pemilik hati je untuk kekal kuat menempuh segala dugaan yang mendatang. Hati kene sentiasa cekal dan tabah.. Uihh tetiba lak terlayan cintan tengah-tengah hari ni :D

Bila terjumpa gambar Ex.. ???

Jom layan lagu Bila Cinta Didusta dendangan kumpulan Screen yang sangat popular di satu masa dulu.. Sesuai untuk orang yang baru lepas putus cinta.. Sebab masa dulu putus cinta dengar je lagu ni terus meleleh air mata. Hati tisu betul N ni.. huhu

Monday, July 21, 2014

Mimpi bulu ketiak pun boleh..


Bermula dari saat ni N akan catatkan segala mimpi-mimpi N kat dalam blog. Sebenarnya mimpi ni merupakan satu alam yang bukan realiti terjadi ketika kita sedang tidur dan kadang-kadang apa yg berlaku dalam mimpi memang tak masuk akal, kelakar dan banyak kejadian yang tak dijangka akan berlaku.

Sepanjang hidup ni kalau kumpul balik semua mimpi mahunya boleh buat satu buku. hehe.. Tapi banyak mimpi yang N dah lupa. Rugi kan bila tak ingat terutamanya kalau bermimpikan benda yang indah-indah. Jadi mulai skrg N nak rakamkan kenangan mimpi-mimpi N buat bacaan masa depan. Lepas tu boleh bukukan sendiri :D

19 july 14 - Bulu Keti panjang sejengkal

Hari Sabtu memang hari yang indah. Cuti dari hari kerja dan boleh berehat sepuasnya. Dan alam tidur N pada hari tu memang tak terlepas dari mimpi. Serius kelakar dan tak masuk akal pun ada mimpi N kali ni.

Boleh pula N mimpi pasal bulu ketiak. Rasanya N takder pula rasa macam nak cabut bulu ketiak mahupun telek bulu ketiak sebelum tidur. Hehe.. Dalam mimpi tu bulu ketiak N panjang sejengkal dan sangat lebat macam rambut. Tapi rupanya kemas macam buat rebonding dan lembut tak macam rambut N yang kasar. Haha.. 

Serius N sendiri bingung dalam mimpi tu dan siap terfikir lagi bila masa pula N simpan bulu ketiak sampai panjang macam ni. Rasanya semalam xpanjang gini. Pastu posing depan cermin sambil angkat tangan tinggi tinggi. Pastu ada niat nak potong. Tapi sebelum potong nak selfie dulu.. Tapi tak sempat nak snap pic N terus dibuai ngantuk Zzzzz dan terus terbangun tidur.. 

Bila bangun, tergelak sorang sorang sambil raba ketiak.. Hhehee Nasib baik tak betul, mainan mimpi semata-mata. Mimpi kali ni xde penyudah.. Sama je macam mimpi mimpi sebelum ni. N ni memang kerap mimpi yang tidak ada penyudahnya.. Dan kalau tak bernasib baik bila bangun je terus tak ingat mimpi apa walaupun tahu yang N bermimpi masa tidur :D

Sunday, July 20, 2014

Larva Cartoon penghibur hati

Serius N suka Larva Cartoon ni.. Sangat lawak okay.. Larva Cartoon ni tak gunakan apa-apa perkataan. Tapi segala perbuatan dan tingkah laku Larva ni sure penonton akan faham dan tak kering gusi gelak sorang-sorang.

Jom layan Larva Cartoon


Nak tengok lagi Larva Cartoon?? Masuk la youtube ye, berlambak-lambak.. Kadang-kadang sampai tak sedar dah tengok banyak episode :D

Saturday, July 19, 2014

Tutorial PC Print Screen gune Paint

Hari ni N nak tunjuk tutorial ringkas macam mana nak print screen guna PC.

1. Buka mana-mana file, folder, gambar, laman sesawang atau apa-apa yang you all nak print screen.

Tutorial PC Print Screen gune Paint

2. Cuba cari perkataan Prt Scr kat tab keyboard you all. Lain keyboard lain kedudukannya. Tekan sekali.

Tutorial PC Print Screen gune Paint

3. Kemudian buka Paint.

Start > All Programs > Accessories > Paint

Tutorial PC Print Screen gune Paint

4. Klik Paint. Software Paint akan keluar macam kat bawah.

Tutorial PC Print Screen gune Paint

5. Klik Edit bar > Paste

Tutorial PC Print Screen gune Paint

6. Gambar akan keluar macam Paint kat bawah. Dan untuk Save tekan File > Save

Tutorial PC Print Screen gune Paint

7. Then print screen boleh disimpan dalam pelbagai jenis format. Pilih je yang mana satu jadi pilihan.

Tutorial PC Print Screen gune Paint

8. Tadaaa.. Last result of Print Screen.

Tutorial PC Print Screen gune Paint

Selamat mencuba.. :D

Friday, July 18, 2014

MH 17 Dugaan buat kali kedua untuk Malaysia pada tahun 2014

Salam takziah buat ahli keluarga penumpang MH 17. Di harap pada bulan Ramadhan yang mulia ni kuatkan iman dan banyak bersabar. Maut tak kira mangsa dan boleh berlaku di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Tak boleh N bayangkan bagaimana sebaknya hati bila terjadi perkara yang tidak diingini oleh ahli keluarga.

Seperti yang kita semua maklum dan dah tersebar luas berkenaan tragedi MH 17 yang baru sangat menimpa Malaysia. Terkejut tak payah cakap la bila bangun nak bersahur pagi tadi jam 4 pagi, ahli keluarga semua tengah mengadap TV dengar cerita pasal MH 17

Di khabarkan pesawat MH 17 jenis Boeing 777 telah ditembak dan jatuh terhempas di Ukraine. Pesawat tersebut berlepas dari Amsterdam pada jam 12.15 waktu tempatan dan bakal smapai ke KLIA pada jam 6.10 pagi waktu tempatan. Tapi tak sempat pun nak sampai.. Huhuuu sedih bila dengar perkhabaran macam ni.

Semua 280 penumpang dan 15 orang krew telah terkorban dalam tragedi. Pelik betul, angkara siapa semua ni. Mengapa MH 17 ditembak dan siapa yang tembak. Adakah Malaysia bermusuhan dengan mereka?? Orang yang tembak tu mesti bertanggungjawab sebab MH 17 bukan pesawat ketenteraan yang diterbangkan untuk mencari maklumat mahupun menyerang mana-mana negara.. Tetapi pesawat MH 17 merupakan pesawat komersil berjadual yang membawa orang awam. Semua orang pun boleh tahu bila pesawat tersebut akan berlepas, perjalanan dan juga waktu sampai ke destinasi. 

Yang paling sedih bila tengok gambar-gambar yang dipaparkan dalam TV pagi tadi. Dalam salah satu gambar siap ada mangsa yang masih lengkap anggota tubuh. Tak sangka N sebab selalunya kalau kejadian kapal terbang meletup or what so ever dah pastilah satu mayat pun tak dijumpai takpun anggota badan dah berkecai dan terbakar kerana letupan. 

MH 17 Dugaan buat kali kedua untuk Malaysia pada tahun 2014

Tak sangka perkara macam ni akan berlaku. Tragedi MH 370 pun tak selesai lagi, dah muncul lagi satu tragedi. Memang tragedi ni merupakan dugaan kali kedua buat seluruh Malaysia dalam tahun yang sama 2014. Tragedi MH 370 masih tak dijumpai kotak hitamnya tetapi berharap yang MH 17 dapat diselesaikan dengan segera melalui kotak hitamnya. Marilah kita doakan yang terbaik untuk misi mencari penyebab tragedi dan tak lupa doa untuk keamanan Palestina.

Bacaan lain:

Thursday, July 17, 2014

N nak kad raya juga :D

Hallooo... bestnya sekarang ni asyik duk baca pasal kad raya je. Ada yang bertukar-tukar kad raya dengan blogger dan tak kurang juga dengan buat segmen kad raya. Bila cakap pasal kad raya ni terkenang zaman sekolah-sekolah dulu. Dengan member yang duduk sebelah meja, yang hari-hari mengadap pun nak berbalas kad raya.. So sweet bila teringat waktu tu...

Pecah kaca, 
Pecah gelas,
Sudah baca,
Harap balas..

Pantun ni memang yang paling famous dalam kad raya selain ucapan.. hehe.. Bila dah bagi of course la harap pembalasan dari rakan tersebut. N suka betul kad raya yang ada kat kedai. Terutamanya kad raya yang ada ilustrasi karton. Ada yang memberi pengajaran, peringatan, ucapan dan paling tak kering gusi bila kartun tersebut ada lawak jenaka. Memang N boleh tergelak sorang-sorang bila baca.

Dalam kepala otak ni ada macam-macam idea bila nak bagi kad raya. Samada beli kad raya kartun kat kedai ataupun buat sendiri. Tahun ni masih tak terima kad raya. Ada ke orang nak bagi kad raya kat N?. Beberapa tahun lepas dapat la kad raya dari hotel. Cantik dan eksklusif sebab kad tersebut berilustrasi korperat. Tapi sekarang ni macam teringin je nak kad raya buatan sendiri doodle / lakaran digital mahupun kad raya kartun. Walaupun dah tua bangka. Umur pun nak masuk 3 series.. huhu.. Tapi perasaan nak kad raya tu macam budak 8 tahun kot.. haha

Berpuasa sampai kurus melidi,
Sebab nak kurus macam Nadia,
Kepada kamu yang rajin dan sudi,
Jomlah kita berbalas kad raya.

Ada ker siapa-siapa yang sudi nak berbalas kad raya dengan N?? Sob sob.. Sedih. Nak kad raya juga.. 

Wednesday, July 16, 2014

Di mana lagu raya??

Alolo.. macam poyo je bunyi kan. Nak lagu raya konon.. Puasa pun tak cukup sebulan sibuk nak lagu raya.. Bila tanya je, nanti dijawabnya.. Dah nama pun perempuan, bertuah lah kalau period tak datang pada bulan puasa. Hohooo

N tak tahu la samada N yang ketinggalan ke apa?? Rasa macam jarang dengar lagu raya semenjak menyambut Bulan Ramadhan 2014. Kalau tahun sebelum ni bulan puasa dah ada banyak orang pasang lagu raya. Tapi kali ni mungkin 4-5 kali je dengar. First time dengar kat kedai kasut Hyper Shoe dalam Aeon, kedua dengar dalam Hypermarket Giant, tu pun melalui kad raya yang dibuka pembeli, dan ketiga kat dalam Radio HOT FM. Siap ingat lagi tu tiga lagu raya pertama yang N dengar. Hahh nampak sangat kebanyakan tempat yang N pergi tak pasang lagu raya.

Mungkin lagu raya tak banyak dipasang memandangkan Ramadhan pun baru setengah bulan. N berharap di penghujung bulan Ramadhan akan ada banyak lagu raya dipasang terutamanya di dalam radio sebab N banyak habiskan masa dalam kereta. Ke sana sini, pergi kerja, pergi shopping semua naik kereta.. N ingat nak pasang ringing tone lagu raya, tapi HP sekarang tengah tak stabil. Macam bermasalah je kebelakangan ni. Macam disuruh tukar yang baru..

Seronoknya kalau raya ni dapat guna HP baru yang lagi canggih manggih dan ada Internet supaya boleh berblog sepanjang masa.. Ececehh.. Demandnya.. Hohohhhhoooo Cikk husband ohh cik husband.. Ngeh ngeh. Macam la cik husband dengar.. Hhoooho. Bulan yang baik ni eloklah kita bersedekah. Contohnya sedekahkan HP baru kat bini, bak kata "Orang yang memberi tu lagi baik dari orang yang menerima".. :P

Tuesday, July 15, 2014

Cornflake Coklat dan Cornflake Madu

Cuti-cuti ni N ingat nak buat cornflake coklat la.. Nyum nyum.. Kelmarin dah siap beli cornflake dekat Tesco. Pack 500 gram harga 5.80 RM je tau.. Beli sampai 6 bungkus .. hhooo semangat lebih

Cooking coklat pula beli kat BAGUS seksyen 13 Shah Alam. Beli brand Beryl. Tak tau sedap or tak sebab tak pernah cuba. First time beli brand ni..

Cornflake Coklat dan Cornflake Madu

Pastu nak buat cornflake madu tapi madu takder lagi sebab madu tesco aritu dah habis :P

Cornflake Coklat dan Cornflake Madu

Anyway, kalau nak resepi boleh klik source kat atas ye. Dan wish me luck ye.. Semoga N dapat siapkan at least salah satu kuih raya ni :D

Monday, July 14, 2014

Kerana Terpaksa Aku Relakan Last Day Today

Betul tak drama TV3 Kerana Terpaksa Aku Relakan hari terakhir hari ni?? Dah beberapa minggu ni N memang tak concentrate betul tengok cerita ni disebabkan pelbagai jenis halangan. Tapi yang pastinya hari ni N akan mengadap depan TV untuk menyaksikan babak-babak terakhir :D

Tak sabar rasanya nak tahu penghujung cerita, lagi-lagi bila dah jauh terlepas beberapa babak penting dalam drama ni.. Konon bila dah terlepas nak tengok la ulangan tak pun tengok Internet.. Haahhh lupakan. Takder langsung masa N nak ngadap tengok ulangan mahupun Internet.. huhu

** Jom doakan juga kedamaian dan keamanan untuk Palestin.. N sedih bila tiap kali tengok berita Palestin diserang bertubi-tubi.. huhu.. Ramai jadi mangsa, bilakah semuanya akan terhenti?? Adakah bila keseluruhan ataupun tiada seorang pun rakyat Palestin hidup baru perang akan berakhir?? Ya Allah, selamatkanlah mereka.. 

Raya Sales!!!

Metrojaya sale everyone.

Metrojaya Sale, PICC
15-20 July 2014
11.00 am - 10.00 pm
Hall B, Concourse Level

Up to 70% Off

Cosmetic and fragrances
Men and ladies apparels
Children apparels
Home essentials and more

Raya Sales!!!

Sale di lain-lain tempat:

Good news to Bad news on Monday Morning

Pagi Isnin yang indah ni N dapat two good news.. Bila buka blog ada yang mengucapkan tahniah pada N. Kedua-duanya adalah dari segmen dan giveaway yang N join sebelum ni. Memang kebelakangan ni N banyak join segmen. Tak sangka pula boleh mendapat tempat sebagai pemenang.

Dengan penuh kesabaran melayan tenet yang sangat slow N buka salah satu segmen iaitu Giveaway Memoria Aidilfitri. Perasaan teruja tu tak payah cakaplah. Memang tak sabar nak tahu. N masuk ke link yang telah diberi. Tapi gagal. Huhu.. Perlu ke N salahkan line tenet walhal dia tulis kat situ link yang N masukkan takder dalam blog tu.. mengapakah?? Tak faham, link tu tuan punya giveaway yang bagi.

Takpe.. pergi pula segmen yang kedua iaitu segmen saya nak kad raya dari pink ummi. Yayyy.. N merupakan salah seorang peserta bertuah yang dapat duit raya RM5.. Tapi pelik tengok ada yang namanya kena slash dan nama N tidak.. Bila baca sampai bawah baru tahu kenapa. Maklumat mestilah dberikan pada tarikh dan masa yang pink ummi dah tetapkan.

Good news to Bad news on Monday Morning

N sedih, baru rasa happy sebab menjadi orang yang bertuah. N takder line Internet kat rumah dan of course la hari sabtu N tak kerja. Jadi........... huhu.. takder rezeki, sedih..

From good news to bad news.. Bad monday.. Bad.. I hate Monday, lagi-lagi bila dah terfikir daripada rumah apa yang N bakal tempuh hari ni.. wawaaa...

Sunday, July 13, 2014

Do you want to build a snowman Frozen Lyrics

Hari Ahad hari cuti di Malaysia..

Hari untuk merehatkan minda.. Takmo beratkan kepala, jom kita layan lagu Frozen. Nak lagi best kita karok sama-sama sebab ada lirik :D


Do you want to build a snowman Frozen Lyrics

Saturday, July 12, 2014

Only In Malaysia by JinnyBoyTV, Youtube

Haii all, Happy Saturday.. Hari cuti yang ceria ni jom santi tengok video dari JinnyBoyTV, Youtube. Ni lebih kurang macam DanKhooProductions. Tapi DanKhooProductions lagi gila lawak. Video dari JinnyBoyTV ada juga lawak tapi lebih kepada general video theme.

Zass layan Only in Malaysia by JinnyBoyTV, youtube :D


Tak sangka, rupanya banyak video entertainment yang diterbitkan seperti DanKhooProductions dan juga JinnyBoyTV.. Macam-macam ada, cuma N jer yang tak ter''explore''..

Friday, July 11, 2014

Menabung untuk Palestin

Salam Jumaat.. Semua rakyat Malaysia sihat-sihat?? Tapi apa khabarnya sahabat di Palestin? N rasa sebak la tiba-tiba. Bila blogwalking semua orang bercerita tentang Palestin.. Boom sana sini, mati sana sini.. Jumlah dari hari ke hari makin meningkat..
 
Dengan gambar-gambar yang sangat menghayat hati. Tipulah N cakap kalau N tak amik peduli. Sedih dengan apa yang terjadi. Tak sangka zaman sekarang ni pun perang masih terjadi. Ramai orang yang tak bersalah jadi mangsa kekejaman. Bila tengok kanak-kanak dan bayi yang terkorban, terus teringat anak yang ada kat rumah. Bergenang terus mata ni.

N sangat terkilan lagi-lagi perkara yang tak dingini ni berlaku di Bulan Ramadhan. Allah bukan saja duga mereka dengan menahan lapar dan dahaga tapi lebih dari tu.. Bila fikir balik, beruntungnya N duduk di atas bumi Malaysia yang tak ada serangan-serangan seperti di sana. Bersyukur dengan segala dugaan yang Allah bagi kat N, sebabnya ia tak sebesar seperti yang Allah turunkan kepada mereka di Palestin. Kalau terjadi kat N, wahhh tak dapat bayangkan. Tak tertanggung rasanya penderitaan..

Di hari dan bulan Ramadhan yang mulia ni jom lah kita ramai-ramai menabung.. RM1 pun jadi la kawan-kawan. Tapi kalau RM1 pun tak mampu, jangan lupa untuk berdoa untuk kesejahteraan mereka. Mudah-mudahan Allah perkenankan semua doa-doa kita untuk mereka yang sedang berjuang di sana..



Bahan bacaan yang anda mungkin nak baca:

Google+ menyebabkan N jadi Silent Reader

Sejak kebelakangan ni N ada satu masalah yang tak boleh nak elak bila Blogwalking. Bila dah syok baca entry yang memang masuk dengan kepala N, tapi tiba-tiba bila nak drop komen tak boleh pula. Semuanya kerana Google +

Jadi, kat sini N nak minta maaf sangat-sangat. Kalau ada daripada you all yang datang blogwalking dan tinggalkan komen dan perasan macam N tak pernah nak drop komen kat blog you all. Tolong jangan salah faham. N bukan sombong atau tak balas kunjungan. N balas kunjungan you all dengan masuk ke semua blog yang drop komen kat blog N mahupun yang kunjung melalui Nuffnang ataupun sumber-sumber lain, N cuba tinggalkan komen kat entry you all.

Tapi untuk blog yang gunakan Google + di ruangan komen, kunjungan N terhad untuk pembacaan sahaja. Ala ala macam silent reader la gitu. Ada sesetengah blog walaupun mereka guna Google +, tapi dalam masa yang sama masih pakai komen blogspot yang standard. Cara ni memberi pilihan kepada pengunjung nak guna yang mana satu atau guna mana yang boleh.

Google+  menyebabkan N jadi Silent Reader

Nilah contoh google + yang N maksudkan. N tak bley nak drop komen kat sini sebab N takder Google +. Sorry you all.. Pada you all yang guna Google +, tolong tambah widget komen biasa boleh tak supaya orang yang takder Google + macam N ni pun boleh datang komen. :D

Thursday, July 10, 2014

Empat IKEA clear glass item for Hari Raya Celebrating

You all suka bekas transparent?? Selalunya kalau pergi raya mesti syok kan tengok kuih raya dalam balang kaca jernih dan juga air syrup rose ais sejuk dalam gelas kaca jernih.. Ohhh dah terbangkit sikit semangat raya N.. hehe

Ada tiga sebab kenapa N suka barang-barang kaca jernih:

Moden / Ringkas / Nampak Mahal (Eklusif) / Nampak isi dalam

Jom usha-usha empat barang yang berasaskan gelas jernih dari IKEA..

Empat IKEA clear glass item for Hari Raya Celebrating
IKEA Bottle with stopper

Cuba bayangkan bila masa di waktu tengah hari yang panas kita keluarkan botol ni dari peti sejuk dan letak depan tetamu masa berhari raya. Bukan saja boleh nampak isinya tapi siap ada sekali titisan air di luar dinding botol menitis jatuh.. Gulpppp.. Mesti tertelan-telan liur tetamu nak minum air tu walaupun ianya hanya air kosong.. tapi kalau air syrup rose.. lagilah gulp gulpppp.. hahahaaaa

Okay okay, sebenarnya tak payah nak tunggu raya, tengah posa ni pun tengok botol kosong pun tertelan-telan ayak liur.. hahaa

Serius cantik dan simple. Apa kata tahun ni buat kelainan, kita letak air kosong dalam clear glass bottle ni untuk tetamu yang nak minum air kosong. Malam sebelum raya isi penuh-penuh beberapa botol dan simpan dalam peti. Bila nak minum boleh terus keluarkan. Tak payah susah-susah nak transfer ke dalam jug, jimat masa dan tenaga :D

Empat IKEA clear glass item for Hari Raya Celebrating
IKEA glass set

Pastu hidangkan dalam gelas comel ni. Untuk kunjung mengunjung tak perlulah kita sediakan gelas yang besar. Yang kecil dah cukup, boleh jimat ruang dan senang nak angkat / basuh. Budak-budak pun senang nak pegang.

Empat IKEA clear glass item for Hari Raya Celebrating
IKEA Jar with lid

Lepas minum hilangkan dahaga, hidangkan tetamu dengan kuih muih yang diletakkan dalam balang kaca jernih ni. Senang tetamu nak ambil mana berkenan di hati tanpa buka setiap satu balang. Boleh juga elakkan kuih raya tersebut daripada masuk angin dan lemau.

Empat IKEA clear glass item for Hari Raya Celebrating
IKEA Three tiers serving stand

Di samping tu, siapa yang rajin buat pastry product. Bolehlah hias atas dulang bertingkat jernih IKEA ni untuk tetamu menjamu selera :D

Haaa terpikat tak tengok transparent glass item ni?? Kalau ada rezeki N nak beli.. yehaaa..

Kalau u all nak, kena beli cepat-cepat sebab harga yang dipaparkan untuk sementara waktu jee.. Masa terhad, baik beli masa tengah harga rendah..

N bukan kakitangan IKEA dan entry ni bukan sponsor by IKEA. Entry ni hanya untuk share barang yang N berkenan dan kebetulan tengah murah kat IKEA sekarang ni.. Sebarang pertanyaan pasal produk mohon masuk website mereka yaaa... wink wink..

Lucky blogger no 20 - Segmen: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com

Hallooo semua.. Dengan ini N nak menutup tirai Segmen Saya Nak Watermark by kapas-putih.blogspot.com

Sepatutnya watermark ni N release kelmarin hari selasa, tapi memandangkan N sangat busy. Jadi tak sempat. Blog Jom Santai Aje ni merupakan blog pertama yang join segmen N. Terima Kasih banyak-banyak sebab andalah orang pertama yang support segmen N. Yang lain-lain pun N nak ucapkan terima kasih sebab sudi join segmen N yang tak seberapa ni :D

Jom layan santai watermark Jom Santai Aje ni.. Zasss

Last Lucky blogger no 20
http://jom-santai-aje.blogspot.com

Lucky blogger no 20 - Segmen: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com


Watermark yang sangat simple sesuai dengan ayat Jom Santai Aje.. Untuk peserta pertama ni N saja  release watermark dia last sekali sebab N ada kejutan.. Apa kejutan dia??

Hehe sebelum N bagitau, jom layan santai watermark yang telah ditepek ke atas print skrin blog Jom Santai Aje.

Lucky blogger no 20 - Segmen: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com

Okay, kejutannya......

v
v
v
v

Selain daripada watermark, N juga create header banner untuk Blog Jom Santai Aje.. N tengok header bannernya tak pernah berubah dari mula join Segmen : Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com hinggalah sekarang. Jadi N amat berbesar hati nak buat banner untuk peserta pertama yang bertuah ni.. :D

Tadaaaa.. Santai banner just for Jom Santai Aje blog.. Kalau empunya banner sudi nak pakai bolehlah tempel banner ni laju-laju kat header blog :D

Lucky blogger no 20 - Segmen: Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com

Okay, untuk tutut watermark dan banner sila tinggalkan email di ruangan komen ye :D

Wednesday, July 9, 2014

IKEA Baby Sleeping Bag

Dulu masa Baby Asy kecik N teringin sangat nak beli Sleeping Bag ni. Tapi tak kesampaian, sekarang pun Baby Asy dah besar. Kalau beli pun mau ke dia masuk dalam tu melainkan kalau dah biasa dari kecik. Rupanya macam baju or rompers yang tertutup kat bahgian kaki.

Fungsi Sleeping Bag ni adalah untuk elakkan nyamuk dari gigit dan menghalang sejuk yang melampau kat bahagian kaki. Baby ni kalau dah besar sikit dan dah pandai guling-guling susah kita nak kawal. Dipakaikan selimut, esok pagi bangun selimut dah ditindannya.. Takmonya nak pakai selimut.

IKEA Baby Sleeping Bag

Ni semua Baby Sleeping Bag dari IKEA.. Cantik-cantik kan..

Kat Supermarket pun ada jual juga dan harga dia lebih kurang sama macam kat IKEA ni.. Standard price RM55 ke atas. N tak kesampaian nak beli sebab takder peruntukan huhu.. Next baby kalau ada rezeki, N mahu dapatkan satu. Nak biar baby biasakan diri tido dalam sleeping bag ni :D

FIFA World Cup 2014 Key Player

Tengah-tengah musim FIFA World Cup ni kaki bola semua beria-ria cerita pasal bola 24 jam. Siap tak mau miss lah tengok walaupun masa tu dah pukul 3-4 pagi.

Kalau sekarang Ramadhan N tak cukup tido sebab buat kuih raya dengan Mertua sampai lewat malam, orang-orang laki pula xcukup tido sebab layan bola sampaikan sempat sahur dulu sebelum lelap mata.

N ni kalau jadi laki, orang akan gelar N kaki bangku atau buta bola. Sebabnya N memang tak amik pusing sangat pasal FIFA World Cup or bola-bola ni..

Orang laki masing-masing ada Negara pilihan untuk disorak tapi untuk N yang tak campur sangat pasal bola ni, lebih kepada tengok pemain-pemain bola sepak.

Orang laki suka pemain sekian-sekian sebab suka dengan cara permainan dan skill mereka tapi untuk perempuan yang jenis macam N pula tengok pada ketampanan pemain.. huhu

N sebenarnya takmo la ketinggalan pasal FIFA World Cup ni. Jom join layan usha setiap pemain utama untuk 32 negara ni:

Ada sesetengah pemain N familiar dan kebanyakan lain tak pun.. Gila buta bola N ni..

FIFA World Cup 2014 Key Player
Algeria Key Player – Sofiane Feghouli

Ni pernah dengar Feghouli..

FIFA World Cup 2014 Key Player
Argentina Key Player – Lionel Messi

Ni paling famous kot, selalu sangat dengar.

FIFA World Cup 2014 Key Player
Australia Key Player – Tim Cahill

Ni tak pernah dengar..

FIFA World Cup 2014 Key Player
Belgium Key Player - Vincent Kompany

Ni pun sama..

FIFA World Cup 2014 Key Player
Bosnia and Herzegovina Key Player – Edin Dzeko

Sama, tak pernah dengar..

FIFA World Cup 2014 Key Player
Brazil Key Player – Neymar

Ni famous amous, kesian dia dah injured

FIFA World Cup 2014 Key Player
Cameroon Key Player – Samuel Eto’o

Samuel pernah dengar..

FIFA World Cup 2014 Key Player
Chile Key Player – Arturo Vidal

Tak pernah dengar tapi rambut dia smart la, kemas nampak.. kacak sikit :D

FIFA World Cup 2014 Key Player
Columbia Key Man – James Rodriguez

Ni tak juga, tapi selalu tengok dalam surat khabar.. muka dia cam Justin Bieber laa. Macam handsome je

FIFA World Cup 2014 Key Player
Costa Rico Key Player – Bryan Ruiz

Pernah dengar kot..

FIFA World Cup 2014 Key Player
Croatia Key Player – Luka Modric

Ni pun familiar juga, selalu dengar nama dia

FIFA World Cup 2014 Key Player
Ecuador Key Player – Antonio Valencia

Familiar juga.

FIFA World Cup 2014 Key Player
England Key Player - Wayne Rooney

Ni pun familiar namanya

FIFA World Cup 2014 Key Player
France Key Player – Franck Ribery

 Kurang pasti ke famousan dia

FIFA World Cup 2014 Key Player
Germany Key Man – Thomas Muller

Muller yurp..

FIFA World Cup 2014 Key Player
Ghana Key Man – Kwadwo Asamoah 

FIFA World Cup 2014 Key Player
Greece Key Player – Konstantinos Mitroglou

Ni pun tak kenal dan tak familiar

FIFA World Cup 2014 Key Player
Hoduras Key Player – Wilson Palacios

FIFA World Cup 2014 Key Player
Holland Key Player - Arjen Robben

FIFA World Cup 2014 Key Player
Iran Key player – Javad Nekounam

Javad pernah dengar.. Macam cute dari tepi

FIFA World Cup 2014 Key Player
Italy Key Player – Andrea Pirlo

FIFA World Cup 2014 Key Player
Ivory Coast Key Player – Yaya Toure

Ni pun selalu dengar toure..

FIFA World Cup 2014 Key Player
Japan Key Player – Shinji Kagawa

FIFA World Cup 2014 Key Player
Mexico Key Player – Javier Hernandez

FIFA World Cup 2014 Key Player
Nigeria Key Player – John Obi Mikel

FIFA World Cup 2014 Key Player
Portugal Key Player – Cristiano Ronaldo

Paling famous ni.. handsome la

FIFA World Cup 2014 Key Player
Russia Key Player – Alan Dzagoev

FIFA World Cup 2014 Key Player
South Korea Key Player – Son Heung Min

FIFA World Cup 2014 Key Player
Spain Key Player - Andres Iniesta

Nama ni dengar kat Hot FM radio

FIFA World Cup 2014 Key Player
Switzerland Key Player – Xherdan Shaqiri

FIFA World Cup 2014 Key Player
United State Key Player – Michael Bradley

Tak pernah dengar nama ni. 
Kalau player ni ada rambut mesti handsome..

FIFA World Cup 2014 Key Player
Uruguay Key Player - Luis Suarez

Ni pun famous amous juga

Wahh, tak sangka N banyak betul negara yang terlibat.. 32.. Malaysia mana?? huhu


FIFA World Cup