About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Tuesday, September 30, 2014

Sakitnya menanggung rindu..

Unik betul rasa rindu ni. Susah nak diungkapkan dengan kata-kata. Tiba-tiba je teringat kisah cinta monyet dulu masa zaman sekolah. Yoyo je N suka kat sorang budak ni sampai rindu bagai.. Hoho.. Bila ingat-ingat balik rasa macam kelakar pula.

Kenangan rindu masa cinta monyet memang best dan perasaan yang disulami dengan suka dan cinta sukar nak gambarkan dengan kata-kata. Berangan diiringi dengan senyum sorang-sorang tak payah cakaplah. Dah semestinya.  Hehe.. Indah sangat masa tu. Tapi cinta monyet tu tak pergi mana pun.. Kami date beberapa kali jee.. ahakss..

Perasaan rindu sebelum meluahkan rasa cinta tu lain dengan perasaan rindu selepas dah couple.

"aku suka kat engkau. Jom kita couple"

Sebelum couple tu rasa sakitnya dan terseksa jiwa raga sebab dalam hati berharap yang si dia pun membalas cinta dan rindu. Kiranya lebih kurang macam merindu pada orang yang tak tahu isi hati kita. Macam-macam yang bermain dalam minda. Macam mana la kalau cinta ditolak, mesti frust menonggeng sebab dah rindu bagai kan. Cinta tak kesampaian tu boleh menyebabkan penyakit hati dan melemahkan semangat untuk teruskan hidup.. Rasa down tiba-tiba.. Huhu.. Bunyi macam mengarut kan.. 

Tapi bila dah couple rindu dia lain macam. Rindunya lagi bahagia sebab dah tahu, orang yang kita rindu tu dah jadi milik kita. Dan lagi best bila si dia pun ungkapkan kata rindu. Kira sama-sama menanggung rindu tu lagi bahagia. Taklah macam cinta bertepuk sebelah tangan.

Jom layan lagu merindukanmy by D'Masiv


Merindukanmu - D'Masiv

Saat aku tertawa diatas semua
Saat aku menangisi kesedihanku
Aku ingin engkau selalu ada
Aku ingin engkau aku kenang

Reff :
Selama aku masih bisa bernafas
Masih sanggup berjalan ku kan slalu memujamu
Meski ‘ku tak tahu lagi engkau ada dimana
Dengarkanlah aku ku merindukanmu


Saat aku mencoba merubah segalanya
Saat aku meratapi kekalahanku
Aku ingin engkau selalu ada
Aku ingin engkau aku kenal

Monday, September 29, 2014

Segmen Bloglist Cun Oktober 2014 by Ekinnuar

Segmen Bloglist Cun Oktober 2014 by Ekinnuar


Segmen bloglist memang jadi pujaan semua orang.. Jom meriahkan suasana :D

Proton Compact Car (PCC) IRIZ Nuffnang

Jumaat yang lepas melekat lagi satu CPUV Nuffnang Proton Compact Car (PCC) IRIZ. Teruja rasa. Walaupun hanya baru beberapa sen tapi kalau lekat pun dah kira suka sangat.

Tapi bertambah suka bila N tengok kereta ni dari luar show room masa on day way nak pergi shopping barang dapur. Husband yang tunjuk kereta ni. Besarnya lebih kurang macam MYVi.

Proton Compact Car (PCC) IRIZ Nuffnang
sumber gambar the malay mail online

Proton Compact Car (PCC) IRIZ Nuffnang
sumber gambar the malay mail online

Dalam pun okay je, macam MYVi.

Yang N tengok tu warna hijau macam kat bawah ni:

Proton Compact Car (PCC) IRIZ Nuffnang
Superb warna dia, terang. 

Proton Compact Car (PCC) IRIZ Nuffnang
Bahagian belakang. Look cute and modern

Proton Compact Car (PCC) IRIZ Nuffnang

Bonet boleh tahan untuk bahagian belakang yang kecil.

Sumber gambar Proton

Proton Compact Car (PCC) IRIZ Nuffnang

Harga Proton Compact Car IRIZ ni RM 42, 438*. Not bad la. Tak mahal sangat. Mampu milik ni.

Thumb up!!

Sunday, September 28, 2014

Malaikat by Hazama

Sejak dua menjak ni N suka betul dengar playlist Akustika Hot FM.. Semua pun lagu hot-hot.. Kat bawah ni salah satu.. Jom layan :D


Malaikat by Hazama

*** Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna

Ku cintanya sungguh-sungguh

Pagi petang berlumba, Terkejar-kejar masa
Cuba bina istana untuk hidup bersama
Berkelip-kelip mata paksa diri bekerja
Tapi lebih ku rela lihat senyumanmu

Ini saja waktuku di dunia menjagamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu

Ulang ***


Lewat ku menyedari kini ku menghadapi
Segala yang ditakdirkan untuk hidupku
Maafkanlah diriku kerna melukakanmu
Terpaksa ku melangkah pergi
Meninggalkan kamu


Ini saja waktuku di dunia menjagamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu


Ulang ***

Sampaikanlah rinduku kepadanya
Agar dia sentaisa sempurna
Walau cinta kita terbang bersama ke syurga
Aaaa.aaaaaa....... Huaaaa....

------------------------------

Sayangnya watak yang ada dalam lagu ni terhadap kekasih hati.. Masih wujud ke orang macam ni?? Kalau ada, untungnya perempuan tu..

Saturday, September 27, 2014

ZALORA Sneakers.. Cantik!!!

Hari tu N ada cerita pasal sneaker (Macam kepingin sneaker). Jadi, sekarang ni Zalora kan buat sales. Kalau buka je blog mesti nampak iklan Zalora dalam Nuffnang tengah menari-nari.. Memang kebetulan lah kan masa N tengah kepingin tu terkeluar pula gambar sneaker kat iklan Nuffnang Zalora ni. Ishh macam tahu-tahu je yang N nak beli sneaker. 

Jom layan sneaker yang jadi pujaan dalam Zalora ni..

RM75

RM65

RM55.99

RM59

RM59.99

RM59.90

N ada voucher Zalora RM50.. Agaknya yang mana N nak beli yer. Dan lagi satu, N tak pernah lagi shopping kat Zalora. Macam mana ye??

Friday, September 26, 2014

5 faktor yang menjana pendapatan untuk pengasuh

Siapa kata suri rumah ni tak boleh jana pendapatan? Hahh.. Jangan pandang rendah ya, sebabnya pendapatan mereka mungkin lagi tinggi daripada orang yang bekerja 8-5..

Tapi pendapatan mereka ni bergantung kepada jumlah anak yang mereka jaga. Kawan-kawan perempuan N ramai yang hantar anak mereka kepada orang lain untuk dijaga. Dan N pun pernah juga hantar anak ke rumah pengasuh, itupun dua bulan je. Mengikut pemerhatian N, rate jaga budak sekarang:

Bayi = RM300
Kanak-kanak = Tak pasti
Transit = RM150
Overtime = RM5-10/jam

Bagaimana pengasuh boleh menjana pendapatan yang tinggi? Apakah faktornya:

1. Ramai kaum isteri yang bekerjaya. Ada pekerjaan sendiri dan tak tertumpu menjadi suri rumah sepenuh masa. Dalam masa yang sama ada juga isteri yang terpaksa bekerja untuk menampung pendapatan keluarga. Jadi anak perlu dijaga oleh seseorang.

2. Ketidakpercayaan untuk menghantar anak ke nursery pun boleh jadi satu faktor. Sebab dekat nursery seorang penjaga akan monitor seramai 5-6 bayi/ kanak-kanak. Kebarangkalian untuk alpa dengan seorang bayi mungkin akan terjadi. Jadi pengasuh persendirian menjadi pilihan.

3. Bayaran mahal berbanding nursery. Nursery memang ambil bayaran yang kurang dari rumah pengasuh persendirian. Tetapi kalau bab anak ramai ibubapa yang tak kisah bayar lebih asal anak dijaga dengan baik. Tapi itupun kalau ada budget dan mengikut kemampuan.

4. Kesinambungan atau tambah nilai dari masa ke semasa. Haaa... Bila jaga anak orang ni, kemungkinan nilai bayaran akan bertambah. Dalam satu keluarga paling ramai pun mesti at least ada 2-3 orang anak. Bila dah jaga anak pertama, lagi 2-3 tahun sure mama dia akan tambah anak lagi :P.. Jadi bila budak yang dijaga tu dah ada adik, mestilah mamanya akan hantar adiknya sekali kat rumah pengasuh kan.. Itulah maknanya tambah nilai bayaran di atas tambah nilai jumlah kepala yang dijaga.

5. Overtime.. Haa Jangan main-main. Jaga anak pun ada overtime tau. Yer lah pengasuh pun nak berehat juga, jadi ibubapa yang ambil anak lewat mestilah dikenakan bayaran lebih. Tapi ini bergantung kepada hati budi pengasuh tu sendiri. 

Tapi kalau Makmertua N, dia ni baik hati la sangat. Bayaran satu kepala budak yang mak jaga ni ikut kemampuan ibubapa tu dan OT pun tak ambil kira you all.. Hurmm.. Makmertuaku......

Jadi kepada you all suri rumah di luar sana kalau nak jana pendapatan lebih bolehlah jaga anak orang yer :D

Jaga anak orang jana pendapatan untuk suri rumah

Nilah budak-budak yang Mak tengah jaga sekarang ni.. Ada tiga orang. Baby Asy anak N, dan lagi dua beradik Hasanah dan Arash.. Hasanah dijaga sepenuh masa, Arash pula transit tapi petang balik rumah Mak sebab makpak depa selalu balik kerja lambat.

Jaga anak orang jana pendapatan untuk suri rumah

Steady macho je baby asy masa nak tangkap gambar ni..

Collage SEGMEN: Malaysiaku Part 2

Pagi ni N keluarkan collage dari peserta kelapan, kesembilan, kesepuluh dan terakhir.

Collage

Collage SEGMEN: Malaysiaku Part 2
Collage SEGMEN: Malaysiaku Part 2
Collage SEGMEN: Malaysiaku Part 2
Collage SEGMEN: Malaysiaku Part 2

Untuk ambil gambar ni:

Klik kanan pada gambar > Save image as

Berita merdeka frame photoshot

Alolo... Masa Merdeka yang lepas.. huhu cerita dah lapuk, baru terperasan terduduk dalam draft.

Merdeka N tak pergi mana pun dan bangun siang pun lambat sampai tak sempat nak tengok permulaan perbarisan dalam TV. Tapi kami sempat berjalan pergi SACC Mall. Dan yang pastinya setiap mall dalam Malaysia ni kalau takder signature sesuatu event tu memang tak sah.. Jadi masa kami pergi SACC Mall, derang ada letak frame besar Berita Merdeka

Berita merdeka frame photoshot

Baby Asy posing depan frame.

Berita merdeka frame photoshot

Baby Asy dan juga Maktok..

Berita merdeka frame photoshot

Dan tak lupa tuan tanah yang sentiasa bersemangat Merdeka tak mahu ketinggalan :D

.. Selamat Hari Merdeka dan Selamat Hari Malaysia..

N harap kita semua akan sentiasa kekal aman dan makmur :D

Thursday, September 25, 2014

Day 2 practical exam

Memang tarik nafas panjang N hari ni. Tak tahulah kenapa intake kali ni. Performance boleh kata teruk la juga. Ingatkan hari kedua ni okaylah banyak. Tapi sikit je, itupun last group penutup. Memang N tersenyumlah bila at last ada juga group yang okay.

Day 2 practical exam

Hari ni hari yang kedua, agak penat dan mengantuk sebab sedari pagi tadi hinggalah 10 minit yang lalu exam berlangsung. Cuma dapat rehat kejap tadi tengah hari dalam 40 minit..

Apa-apa pun exam hari kedua dah berakhir. Masih berbaki dua hari iaitu minggu depan.. N harapkan ada keajaiban untuk next group..

Hari ni memang hari yang menguji kesabaran. Nasib baik bukan sesi kelas, kalau tak memang dah kena bahan sorang-sorang.. Macam mana la derang nak lepas kelas komersial sambungan kepada kelas N another two sem.. huhu

Day 10 - A Photo That Makes You Laugh

Day 10
A Photo That Makes You Laugh

Day 10 - A Photo That Makes You Laugh

Tiba-tiba jer teringat 10 day photo challenge ni. Sepatutnya dah berakhir beberapa hari yang lepas. Tapi terlupa cabaran hari terakhir :P

Gambar yang membuatkan N gelak.. Ni gambar Baby Asy tengah jelir lidah. Rasa gelihati pula tengok sebab N rasa Baby Asy tak tau macam mana nak jelir lidah. Ni first time rasanya dia buat. Kononnya kami ni tengah wefie nak buat muka kelakar, pastu terus je idea jelir lidah keluar.

Masa tengah wefie ni, mengekek-ngekek dia gelak.. Comel jaa

Collage SEGMEN: Malaysiaku Part 1

Oleh kerana peserta pertama, kedua dan ketiga tak letak gambar untuk N collagekan. Jadi N proceed ke peserta keempat, kelima, keenam dan ketujuh.

Collage

Collage SEGMEN: Malaysiaku Part 1
Collage SEGMEN: Malaysiaku Part 1
Collage SEGMEN: Malaysiaku Part 1

Collage SEGMEN: Malaysiaku Part 1

Untuk ambil gambar ni:

Klik kanan pada gambar > Save image as

segmen: saya sayang blog saya

Hari ni nak join segmen lah.. Kebetulan singgah nak cekau gambar untuk buat collage SEGMEN: Malaysiaku by Kapas Putih kat blog Ayu ni, alik-alik ada segmen.. Syarat tak payah cakap la.. sangat mudah okay. Pejam mata sebelah mata pun boleh buat :D


SEGMEN: Saya Sayang Blog Saya

Nak join klik banner yer kawan-kawan :D



Wednesday, September 24, 2014

Day 1 - warm up, rilex and chill

Out of 4 days of  practical exam, day 1 already DONE!! Wowww.. Whatever things that I wanna do, the first time or day would be the hardest part.. But thanks Allah that I manage to completed it. 


But the student performance for the first day are very frustated.. Hurmm How come??? Huhu.. Tomorrow will be the second day and I hope it would be better than today.

Table Show by Baby Asy

Haaa.. Advance sungguh Baby Asy ni.. Kecik-kecik lagi dah buat Table Show. Huhuu.. Mama mampu geleng kepala.. Maktok pula terkedu, diam seribu bahasa

Table Show by Baby Asy

Budak ni dah sangat lasak sekarang. Sibuk nak kacau Maktok dia potong kuih, dia pun nak buat juga sampai terlentok-lentok atas meja.. Dah marah pun dia buat dek je, kita ni risau dan takut dia jatuh nanti.. Aduhaii.. Sabar je la jiwa dan raga ni tau. Makin lama makin tambah pe'el dia.

Watermark for the lucky contestant of Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia

Keputusan rasmi Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia yang dianjurkan oleh Maria Firdz dah disiarkan. Oleh kerana N merupakan salah seorang sponsor makanya beberapa hari lepas dah ada pemenang yang email tuntut hadiah..

Anyway, congrate semua yang dapat giveaway watermark dari N..

Watermark for the lucky contestant of Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia

Okay, email you all N dah reply dan dah dapat juga balasan untuk apa yang N request kat you all sebelum buat watermark.. Cepat je reply ekk.. hehe.. Okay, sekarang ni N tengah dalam proses nak buat collage untuk semua peserta SEGMEN: Malaysiaku by Kapas Putih. Lepas dah siap baru N akan concentrate watermark you all yer. Jadi N harap para pemenang dapat bersabar ye.. Nanti dah siap N email watermark you all :D

Perfume Paco Rabanne

Hari ni nak jadi duta perfume Paco Rabanne boleh?? hehe.. Nilah perfume yang N pakai sekarang. Dah beli daripada sebelum kahwin lagi, tapi baru pakai sekarang. Al-maklumlah nak habiskan yang perfume Paco Rabanne version besar punya dulu.

Tapi bila dah habis yang besar N guna perfume lain dulu. Saja nak tukar angin bau tu :D

Perfume Paco Rabanne

Perfume Paco Rabanne ni botol saiz kecik berbentuk telur dan transparent. Sangat cute. N beli masa Metrojaya Sales kat Stadium Melawati Shah Alam.

Perfume Paco Rabanne

Tapi perfume ni baunya kuat. Walaupun N suka bau-bau yang lembut tapi Perfume Paco Rabanne yang kuat ni ada keistimewaan yang tersendiri

**Perfume ni memang duduk dalam handbag sekarang :D

Tuesday, September 23, 2014

Baby gelak tanpa motif

Seronoknya bila penat-penat balik kerja, bergurau senda dengan anak. Masa ni lah nak bermanja-manja dengan Baby Asy. Baby Asy pun tak kisah, lagi melayan lagi dia suka. Biasalah masih peringkat bayi lah katakan. Nanti esok dah besar dah tak boleh nak manja-manja macam sekarang. Nanti pada masa akan datang mesti N rindu saat-saat dia sekarang ni..

Ouchh!!! Jauh betul N fikir.. Huhuuu. Cepat sungguh dia membesar, rasa macam nak berhentikan masa dan biar sentiasa kekal macam ni :D

But life are not as simple as that, mana boleh suka-suka nak play and pause. Dan keadaan macam tu memang takkan sesekali wujud di alam nyata ni. Tapi kalau dalam movie ada la..


Melayan baby asy ni memang seronok sebabnya kalau N agah macam mana pun dia akan gelak. Tapi ikut mood dia juga la dan lagi satu mungkin sebab N dah tahu cara dan style yang boleh diguna pakai untuk baby asy. Tapi cara N tak semestinya boleh guna kat baby lain sebab baby biasanya akan mudah gelak bila bersama dengan orang yang paling terdekat dengannya.

N ada buat eksperimen dekat anak buah. Macam mana N buat kat baby asy macam tu jugalah N buat kat dia.. Ternyata tak berkesan.. huhu Mungkin sebab N tak rapat dengannya dan dia pun tak biasa. Buat muka pelik lagi ada la.. N pula yang macam kesian kat situ sebab takder respon. Muka pun serius je. Baby bila muka serius pun kelakar. Last-last N yang tergelak sorang-sorang..

Apa yang seronok lagi bila layan baby asy ni, kadang-kadang bila tak agah pun dia akan gelak.. Happy je dia. Seronok kalau dapat jadi baby. Masa ni kami tengah wefie. Bukan main lagi gelak sengih-sengih dia macam N tengah buat lawak.. Hohoo

SEGMEN: Kapas Putih October Bloglist

SEGMEN: Kapas Putih October Bloglist

Syarat senang wajib ikut:

Follow blog kapas-putih.blogspot.com
Buat entry dan letak banner kat atas dan backlink segmen
Tinggalkan URL segmen kat kotak komen

Segmen ni berakhir pada 7.59 am, 30 September 2014.

Berapa banyak penyertaan?? Takder had. Sesiapa sahaja boleh join..

UPDATE SEGMEN: Malaysiaku by kapas putih

UPDATE SEGMEN: Malaysiaku by kapas putih


Segmen dah tamat. Seperti yang N dah bagitau sebelum ni setiap peserta akan dapat collage gambar yang digandingkan dengan bendera Malaysia. Jadi, minta perhatian kepada semua peserta, sila pastikan entry link di bawah ni ada sekeping gambar yang nak digandingkan dengan bendera Malaysia. Setiap hari N akan keluarkan beberapa collage peserta. Jadi sementara menunggu collage you all keluar apa kata kita buat blogwalking ke blog yang menyertai segmen ni.

Senarai peserta seperti di bawah, selamat blogwalking semua :D


Terima kasih kepada 11 orang peserta di atas kerana sudi menyertai segmen N ni.. :D

Monday, September 22, 2014

10 Tarikan sesebuah blog

Apa yang menariknya sesebuah blog tu sampaikan mereka ada berpuluh ribu follower? Rasa macam best je setiap kali tengok follower orang lain yang ribu riban sambil dalam hati berangan nak macam tu juga.. Tapi macam mana nak menarik minat orang ramai untuk follow sesebuah blog. Jom kita tengok faktor-faktor yang menaikkan trafik sesebuah blog dan menjadikan pengunjung menjadi pembaca setia blog tersebut:

Blogger cantik dan comel
Yang ini memang lumrah setiap manusia yang sangat suka tengok yang cantik-cantik. Baik lelaki mahupun perempuan semua pun sama. Kalau ada blogger yang cun melecun, dahi licin, comel dan ditambah pula pandai bergaya dah pastinya boleh menarik pembaca untuk datang kembali dan menjadi follower ataupun pembaca setia blog. Blog yang dimaksudkan adalah seperti blog Yuyu Zulaikha, Fatin Suhana, Namee Roslan, Irine Nadia Marcello.....

10 Tarikan sesebuah blog
Blogger cun carian google..

Blogger pandai / berjawatan / popular / artis
Orang yang pandai sering disenangi orang ramai kerana daya pemikiran mereka yang melampaui orang lain, kiranya dianggap istimewa dari orang biasa yang lain. Orang yang berjawatan pula selalunya dijadikan ikon dan idola untuk membakar semangat serta dijadikan contoh dalam hidup. Orang yang popular mahupun artis memang sudah dikenali ramai. Jadi bila dah ada peminat mahupun haters, ramai la orang yang sibuk nak tahu hal kisah mereka. Setiap apa yang mereka update pastinya akan dikunjung dan menarik perhatian ramai pihank / individu. Seperti Fatin Liyana, Doktor ni okay.. Hanis Zalikha seorang model dan ada juga berlakon, retis you all.. Dan tak lupa Abang Ben yang jatuh dalam kategori blogger popular, siap ada fanclub lagi.

Widget yang bersesuaian
Widget yang digunakan sesuai, sangat ringkas dan senang difahami. Sekali gus penggunaannya disenangi setiap pelawat yang kunjung.

Loading cepat
Satu perkara yang sangat disenangi pengunjung bila sesebuah blog tu loading dengan cepat. Sebab boleh kata bukan semua pengguna Internet mempunyai kelajuan Internet yang tinggi mahupun PC, lappy dan HP yang terkandung ram yang memuaskan hati. Lagipun masa itu emas, menunggu adalah satu perkara yang merimaskan dan membuang masa.

Bahasa ringkas
Blog yang menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami lebih mesra pengguna. Bila pembaca berpuas hati dengan bahan bacaan tanpa sebarang gangguan ketika membaca / mengeja sekaligus menarik minat pembaca untuk kunjung lagi dan seterusnya mengikut setia blog tersebut.

Tajuk menarik
Tajuk sesebuah blog memang memainkan peranan yang tak kurang pentingnya. Daripada tajuk yang dibacalah boleh menarik minat seseorang untuk klik dan masuk ke satu-satu blog. Jadi tajuk mestilah berbunyi menarik sehingga membuatkan pembaca tak sabar nak tahu isi kandungan.

Informasi berguna
Zaman sekarang dah canggih. Apa-apa sahaja informasi yang kita nak tahu pastinya kita akan cari melalui Internet. Ramai orang yang suka cari maklumat melalui carian Internet sebab dalam laman sesawang terdapat pelbagai jenis maklumat baik yang sudah jadi sejarah mahupun yang baru lagi segar dari ladang. zterdapat pelbagai jenis informasi yang boleh menarik minat ramai pembaca mahupun trafik seperti isu semasa, kehidupan, fashion, makanan, percutian, barang keperluan, perniagaan, pendidikan, career, hobi, pregnancy, baby, ibubapa, tutorial, idea dan lain-lain. Lyssa Faizureen salah satu blog yang memberi informasi berkaitan dengan turorial blog. Kemn Azmaili dengan blog yang banyak bercerita pasal dekorasi rumah. Dan tak lupa Hasrul Hassan yang mengetengahkan panduan untuk blogger, informasi terkini dan suka berkongsi cerita berkenaan dengan menjana pendapatan.

Banyak gambar
Gambar sangat menarik. Tak mustahil seseorang tu suka masuk ke sesebuah blog bila nampak update bergambar. Lagi menarik kalau gambar tersebut cantik, unik ataupun yang diambil sendiri.. Informasi bergambar lebih menarik minat kerana gambar boleh jelas menggambarkan situasi mahupun cerita yang ingin disampaikan penulis. Blog yang kerap menggunakan gambar selalunya blog / entry yang bercerita berkenaan dengan jualbeli, produk, percutian, tutorial, idea, masakan, makanan, hobi dan juga kehidupan.

10 Tarikan sesebuah blog


Top commentator
Widget ni penting juga dalam blog dan ia merupakan salah satu tarikan kepada pengunjung setia sesebuah blog. Widget ni digunakan untuk memberi penghargaan kepada pengkomen setia dan memberi semangat kepada mereka untuk meletakkan komen dengan lebih banyak dan dalam masa yang sama memberi kelebihan kepada trafik blog pengunjung sekiranya mereka tersenarai dalam carta pengkomen terbanyak.

Popular post
Kekuatan sesebuah blog kadang kala bergantung kepada entry yang popular. Entry yang popular ni selalunya informasi yang selalu dicari selain daripada jodol artikel yang sangat menarik hingga membuatkan pengunjung takkan fikir dua-tiga kali untuk klik.. 

Hancus dietku..

Pagi semua.. Kelmarin hari terakhir pendaftaran.. Seronoknya. Apa-apa pun N enjoy je pendaftaran. Tak busy macam dua hari sebelum tu :)

Third day of registration

Dan paling best masa pendaftaran of course la waktu makan. Nyum nyum.. Baik sarapan pagi mahupun makan lunch, semuanya lazat.. Gilalah.. Habis diet N tau.. Huhu menci

Third day of registration

Breakfast sedap:
Roti canai.Seri muka.Apple crumble.Kopi panas

Lunch:
Nasi putih.Ayam goreng.Keli sambal.Lemak daging.Udang goreng.Kobis air.Sambal Belacan.Ulam.Cream caramel.Cake.Chocolate.Assorted fruits

Haa sedap.. N ambil sederhana je sebab kalau ambil sikit takut kempunan pula dan kalau ambil banyak siap la diet sure ke laut.. huhu

** Dah dua hari tak makan Redianze Eskayvie. Baik jaga registration mahupun duduk rumah perut terasa lapar je. Bahaya sangat.. Tapi nak taknak makanan ke perut N catu. Sekarang ni rasa lapar sebab lapar tu dari malam tadi lagi N tahan.. Jadi lepas post entry ni wajiblah N segerakan minuman Redianze Eskayvie yang boleh buat N skip breakfast dan juga lunch hari ni..

Saturday, September 20, 2014

Bon Odori Reminder for today :D

Hai semua... Jangan lupa hari ni ada Japan Traditional Event Bon Odori kat Stadium Matsushita Shaha Alam Selangor..

Bon Odori Reminder for today :D

Kipas kat atas ni masa Bon Odori tahun 2012 :D

Klik bawah untuk lebih info:

Friday, September 19, 2014

Warna mata N..

Kalau tengok omputih ni N suka tengok mata depa.. Semula jadi warna biru dan coklat.. Geram je tengok. Tapi zaman sekarang ni dah canggih.. Guna contact lens aje. Nak warna apa sebut je, semua pun ada. Ungu, hijau, orange, biru laut dan warna-warna yang tak pernah ada secara semulajadi pun ada.

Warna mata
Sumber dari google search engine..

Tapi N paling tak boleh blah bila ada orang pakai contact lens anak mata hitam gelap bersaiz besar. Bila bercakap dengan orang tu automatik mata N akan tertumpu kat anak mata dia yang besar macam alien tu dan biji mata N terasa macam nak juling.. huhu pelik la, tak semula jadi langsung

Anak mata N warna coklat

Teringin juga nak berbiji mata besar ala-ala macam anime gitu kan, tapi kalau dah tengok orang lain pakai pun macam nak juling,, Mungkin perasaan orang lain pun sama kalau N pakai macam tu.. Jadi, N rasa tak sesuai pula untuk diri N ni..

N ni bermata coklat, cumanya tak ketara sangat. Kalau berada di tempat bercahaya terang ataupun outdoor baru nampak mata coklat N.. Gambar kat atas ni ditangkap menghadap cahaya, jadi terserlah warna coklat tu.. Gambar atas ni N hanya edit pencahayaan dan juga lembutkan wajah.. Part mata tu tak edit guna warna coklat, makanya warna mata kat atas adalah warna mata N yang sebenar.. Nampakkan coklat :D.. Dan N tak kepingin warna lain macam orang lain pakai contact lense tu, cumanya N lagi bertambah suka kalau anak mata N ni bertambah kecoklatan dia :D

Day of registration

Hari ni hari kedua N jaga pendaftaran.. Semalam jaga pagi. Ramai dia tak menang tangan tapi petang ni biasa-biasa je... Peluang yang ada tak dilepaskan. Dah guna hp lain dah boleh start selfie and capture memory..


Tengah free takmo buang masa. Terus je edit gambar guna phone.. Best. Tapi lagi best kalau guna plan internet :)


Dah lama xguna collage ni sejak sd card N rosak hp lama. Sekarang dah upload balik app edit pic dan bermulalah kisah edit gambar tanpa ada halangan walau di mana jua N berada.

Ni N lari kejap sebab nak upload dalam blog. Tempat daftar tak masuk lingkungan wifi... Oklah N nak kembali ke bilik daftar.. Seronok rasanya dapat terus post lepas edit.. Kiranya boleh update cerita segar dari ladang... Daaaaaa

Beauty Plus - The Magical Beauty Tools

Sejak N tukar HP Lenovo ni, N dah boleh masukkan macam-macam jenis app dalam phone. Salah satunya adalah app untuk kecantikan. Sangat sesuai untuk kaki gambar dan kaki selfie yang tak cantik macam N :D

Ni app yang N guna, N tak reti lagi nak guna Lenovo ni dan tak tahu ada printskrin ataupun tak, jadi N google je app ni.. Perkenalkan Beauty Plus kepada you all yang masih belum kenal :D..

Beauty Plus - The Magical Beauty Tools

Beauty Plus - The Magical Beauty Tools

Apa yang app ni boleh buat??

Cantikkan muka bila berselfie (macam gambar kat atas)
Cantikkan gambar yang sudah ditangkap
Touch up cacat cela pada wajah (macam gambar kat bawah)
Beauty Plus - The Magical Beauty Tools

Gambar kat atas ni tak nampak ketara sangat sebab N guna BB cream kan untuk tutup cela tu.. Tapi kalau you all tengok betul-betul masih terdapat eye back or dark circle kat gambar kiri dan gambar kanan selepas touch up..

Banyak filter yang disediakan.. Pilih je mana yang berkenan:

Beauty Plus - The Magical Beauty Tools

Tak lupa tools untuk touch muka selain dari dark circle yang N guna untuk gambar second last kat atas :D