Pages

Wednesday, January 21, 2015

1600 Replika Panda di PUBLIKA - Last Tour Destination

Ahad baru-baru ni N ke Publika untuk tengok replika Panda.

Baby Asy sebelum tengok replika panda di publika.. Jom tengok panda!!! Masa ni kami bersiap untuk beli shopping barang dapur. Tapi tengah bersiap tu, mama call ajak pergi tengok Panda. Jadi kami tukar plan untuk tengok dulu replika panda ni dekat Publika Solaris.

Replika Panda at PUBLIKA SOLARIS

Mama kata Panda display ni nak berakhir dah, tu yang kelam kabut nak pergi juga tengok. Ni ada peta 1600 Panda Tour in Malaysia Peninsular. Bila tengok peta ni barulah N tahu yang 1600 replika panda ni dah pergi berjalan merata dalam semenanjung malaysia. Info ni N ambil di FB rasmi panda.

Panda Tour

Penjelahan 1600 Panda di Malaysia! 

Saksikan panda flashmob, sesi penjelajahan dan pameran panda bermula dari Dataran Merdeka pada hari Ahad 21hb Desember, 2014. Selepas itu panda akan mejelahai ke lebih 15 lokasi ikonik terpilih dan perjalanan mereka akan berakhir di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. Kami akan umumkan maklumat penuh berkenanan tarikh, masa dan lokasi. Jumpa di sana!!!

Beberapa keping gambar yang berjaya N capture sebelum memory phone penuh :(

Replika Panda at PUBLIKA SOLARIS

Ada panda yang tengah duduk, ada yang tengah merangkak berjalan. 

Okay, apa motif replika panda ni ditayangkan sehingga ada road tour??

Dari pandangan N panda road tour ni diadakan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai di dalam pemulihan dan initiatif hijau bersama. Di samping tu panda display ni juga dibuat untuk mengumpul dana. Kutipan dana tersebut akan digunakan untuk penjagaan panda.

Tahukan you all yang ke semua panda ni diperbuat daripada kertas. Nak tahu lagi info, skroll lagi bawah..

Replika Panda at PUBLIKA SOLARIS

Panda ni panda mesra alam buatan manusia kerana diperbuat daripada kertas mache.

panda tour

Papier-Mâché (sebutan Bahasa Perancis) a.k.a "Paper mache" bermaksud "kertas yang dilumat" merupakan bahan komposit yang terdiri daripada kertas atau pulpa, yang melekit-lekit seperti gam.

Perkataan ini berasal dari Perancis, negara Eropah pertama yang membuat Papier-Mâché. Teknik istimewa pada seni ini tersebar ke negara Eropah yang lain. Dipercayai "Papier-Mâché" mendapat nama dari pekerja Perancis yang bekerja dikedai kertas mache di London.

panda road tour

Panda kebiasaannya tinggal berhampiran sungai atau sumber air yang jernih kerana mereka suka minum air. Mari kita jaga dan jimatkan penggunaan air untuk pemulihan alam sekitar. Setiap titisan air amat berharga!

Yer, betul tu. Sekarang ni musim sejuk dah berakhir di sekitar lembah klang. Harap-harap kejdian kemarau seperti tahun lepas tidak berulang lagi pada tahun ini. Susahnya bila tiada air, semua kerja tergendala..

Replika Panda at PUBLIKA SOLARIS

Asy dan maktok tengah main mata dengan panda :D

sokong barang kitar semula

Jom gunakan botol terpakai dan minum lebih air. Tunjukkan sokongan anda kepada pemuliharaan dan inisiatif mengekalkan kehijauan bersama Panda!

jom jimat elektrik

Panda pesan MATIKAN penyaman udara selepas pukul 5 petang. Jimatkan elektrik dan kurangkan gejala pemanasan global. Mari kita menyokong pemulihan dan initiatif hijau bersama. 


Replika Panda at PUBLIKA SOLARIS

Baby asy dan 1600 replika panda di publika.


Inisiatif Hijau Panda!

Jom Guna Pengangkutan Awam untuk mengurangkan pencemaran, jejak karbon dan bantu menyelamatkan alam sekitar. 


Masa tangkap gambar ni N duduk tengah-tengah.. Barisan panda ni panjang sebab semuanya ada 1600 replika panda. Masa N pergi publika sangatlah ramai orang. Bersesak-sesak N kat sana. Mungkin sebab hujung minggu dan semua orang pun pakat nak tengok replika panda ni sebelum tarikh berakhir.


Replika Panda at PUBLIKA SOLARIS

So, kepada you all yang nak tengok 1600 replika panda di Publika boleh pergi sebelum tarikh tamatnya iaitu 10 malam, 25 January 2015. Yang dekat Publika ni adalah tempat terakhir untuk Panda ni dipamerkan. Jangan lepaskan peluang.

1600 panda world tour malaysia

Sedikit tips kalau you all nak pergi, pergi masa office hours. Gerenti masa tu tak ramai orang. Nak bergambar pun senang. Tapi kalau nak lagi best, you all boleh bayar RM10 dan masuk ke dalam kawasan panda display. Nak peluk ke, nak cium ke boleh aje asalkan korang tak tinggalkan kesan lipstik kat panda tu. 

Sebab.. sebab.. setiap panda yang dipamerkan telah selamat dibeli dalam tempoh 24 jam tawaran jualan panda tersebut... Haaa percaya tak.. Kesemua replika panda yang dipamerkan telah mempunyai tuan masing-masing. Jadi pada hari terakhir replika panda ni dipamerkan, mereka-mereka yang dah bayar akan menerima panda masing-masing untuk dibawa pulang :D

panda program

Tahniah kepada semua replika panda, anda dah ada rumah masing-masing.. Semoga dana yang dikutip dapat digunakan dengan sebaik yang mungkin untuk kesejahteraan panda sebenar yang berada di zoo :D

panda dah ada rumah :D


Tahniah kepada semua replika panda, mereka dah ada rumah masing-masing..

3 comments:

  1. banyaknya panda!! geram pulak tgk..hehe cute sgt..poster panda pun comel2...>.<

    ReplyDelete
  2. wahhhh tatau pun ade ... klu tau mesti kite pi jg ari tu ... menarik betui la ...save earth !!

    ReplyDelete
  3. cute je replika panda...i kenal teknik papier mache dr zmn skolah lg lps tgk art attack kt astro..hehe~ nk tgk sendiri panda² ni idok lerr...jauh sgt...klu buat kt putrajaya ke,ioi city mall ke gigih lg la nk pi...huhu tgk gbr² org upload kt fb je lah nampaknya... :p

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D