Pages

Monday, January 12, 2015

Ayam salut tepung plus carrot fries

Bila carrot murah weekend baru-baru ni, N pelbagaikan hidangan makanan kat rumah.. Ececeh.. Bunyik yer macam selalu masak je kat umah.. Ohok ohokkk buekk

Hehe.. Terus terang N jarang masak, kesian mertuaku dapat menantu cenggini.. Ampun mak.

Sekali sekali bila terasa nak masak, ada je bende luar biasa N nak buat. Selaku mertuaku yang sporting, dia layankan aje apa yang menantu dia nak buat. Siap planning dengan mak lagi sebelum nak tambahkan barang dari mydin dan giant.

Ingatkan nak beli la lagi carrot yang baru dibeli hari sebelum tu, tapi bila tengok je bin dah licin. Tinggal je beberapa batang yang tak semenggah mana rupa yer. Dah tahu letak harga murah, minta tolong la refill.. huhu.. Nyesal tak beli bebanyak kelmarin. RM1.3++ per kilo.. Murah sangat dah tu. N amik satu kilo lebih harga baru RM1.5++.

Ayam salut tepung plus carrot fries

Oleh kerana banyak carrot dalam peti, N buat carrot fries. Sedap sangat, rasanya macam makan keledek goreng.

Recipe carrot fries:

1. Potong carrot panjang-panjang.
2. Celup dalam telur
3. Salutkan dengan tepung Kentucky plus tepung beras.
4. Goreng hingga keemasan dan angkat :D

Ayam salut tepung plus carrot fries

Mak pula siapkan fries frozen dan ayam salut tepung.. Ayam salut tepung request from N. Konon-konon kepingin nak makan ayam penyet. Tapi bezanya ayam ni tak penyet la. Mak siap buat sambal cili ala-ala kat ayam penyet tu. Kasi letak cili padi sekali. Racik sekali kobis halus-halus. Makan dengan nasi memang layan. Pedas dia memang terangkat siap menangis keluar air mata. Air hidung pun berlumba-lumba nak keluar juga.. huuhu

Mak kata nanti lain kali kita buat ayam penyet betul-betul.. Tapi bukan penyekkan ayam tu. Maksudnya nak tambah lagi la bahan lain cam timun dan tempe goreng.

Hurmm okay mak, setuju sangat.. Pasni kita tak payah g ayam penyet lagi ye mak.. maknya sambal cili pun power cam ayam penyet. Ayam pun dah boleh buat, salut tepung aje, sedap dan lazat

4 comments:

  1. bagusnya idea N buat carrot fries tu kan..nampak lebih menarik untuk dimakan.. :)

    ReplyDelete
  2. SELAMAT MALAM..RINDUNYA NAK BLOGWALKING....LAMA TAK SINGGAH SINI..
    JOM TERJAH BLOG SYIRA - PENCARIAN SPONSOR :D

    ReplyDelete
  3. wah 1st time dengar pasal carrot fries! ***excited!

    ReplyDelete
  4. Akak pun x minat masak.
    Tapi, kalau masak ok je..sodap yo.

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D