Pages

Friday, August 14, 2015

I love greens.. Breakfast and all day long meals

Salam Jumaat.. :D

Siapa suka makan sayur or salad? Angkat kening sikit.. hehe

Well, N dan mertua memang salad and vege lover. Sesuai bersama kan. Wink wink. Kat rumah memang sentiasa ada stok sayur. Sebabnya N memang suka beli dan makan sayur. Tapi baru-baru ni N ada beli lettuce kat Hero Market. Kebetulan sekarang dah ada budget aka clearance corner. Memang seronok la N membelek sayur kat situ.

Lettuce yang N amik tu kalau tak silap original price dalam RM4 lebih. Dalamnya ada 5 pokok lettuce sederhana besarnya. Banyak juga tu dan harga clearance RM0.99. Satu pokok 20 sen. Berbaloi baloi. Dan kondisi dia masih superb.

Pastu ada carrot, murah juga. Tengok kondisi luar kotor kotor sikit tapi N percaya isi dalam masih elok dan keras. Macam mana N tahu, haaa.. Senang je, picit picit je carrot tu. Kalau lembik sikit pun selalunya N amik juga sebab balik terus boleh buat juice carrot.. yummy

Tapi masa tu N amik lettuce je sebab stok carrot masih ada, N dah borong kat bahagian clearance stock Tesco seminggu lepas. N memang suka beli carrot. Macam-macam boleh buat dengan carrot ni. Kelmarin ada orang datang rumah, jadi N minta mak bancuhkan cucur carrot. Balik kerja terus goreng dan hidang. Habis licin, hidangan macam ni bagus untuk orang yang tak makan sayur.

Okay, ni semalam punya cerita. Memandangkan kelas N dah setkan dari pagi sampai petang. So, kat rumah N dah prepare makan untuk breakfast, lunch and hi-tea. Tara... ni lah meal N satu hari kat office. Tiga kali mengulang makan.

I love greens.. Breakfast and all day long meals

Ni lah lettuce RM0.99. Cantik dan masih segar lagi.

N makan dengan scramble egg, roti dan juga fried potatoes..

I love greens.. Breakfast and all day long meals

Pastu gaul dengan sos.. ushhh yummy :D

4 comments:

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D