About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Friday, January 30, 2015

Photo edit segmen for aimi dan cik akak


Blogger Aimisyahirah. Suka sangat gambar yang aimi bagi ni sebab background sangat cantik.. Romantis :D

Dengan ucapan:

Thanks for being my best friend and very good husband to me.
Guide me till jannah dan love you forever..

Photo edit segmen for aimi dan cik akak

Blogger cik akak dengan ucapan

Dunia adalah percaturan hidup yang paling indah.

Ucapan yang penuh makna. Mesti cik akak tempuh banyak cabaran dan halangan sebelum ni.. Anyway, harap-harap cik akak dapat tempuh cabaran tahun baru dengan penuh kesabaran :D

Photo edit segmen for aimi dan cik akak

Nak ambil gambar, just right click gambar dan save image as....

Thursday, January 29, 2015

Photo edit Segmen Good bye 2014

Antara 11 peserta kat entry Update Segmen Good Bye by Kapas Putih, baru ada dua orang yang bagi repond.. Dah siap edit dari semalam lagi, jadi inilah hasilnya. Sejak dua menjak ni N memang kekurangan masa. Dan agak lama juga tak edit gambar. Kalau you all pembaca setia N, ececeh.. Ada ker?? hehe.. Kalau lah ada, you all mesti tahu yang N ni memang suka edit gambar. Memang itulah makanan N :D

Ni dari Dunia Mrs Rongoks.. Apa la maksudnya rongok tu ekk. Harap Mrs Rongoks suka dengan hasil yang tak seberapa ni. Between, N bukan professional editor yer, harap maklum :D

N tambah ayat kat gambar ni:

The best things about MEMORIES... is making them.

Yurp setuju sangat. Quote ni N ambil di quotesnsmiles.

Photo edit Segmen Good bye 2014

Yang kedua dari Hani Fadhlina. Gambar anak-anak tercinta dengan ucapan:

Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT dan ia sebahagian dari ujian Allah SWT kepada kita hamba-hambaNYA.

Comel anak-anak akak ni, ramainya ada empat orang. N baru ada seorang, tu pun dah se'eh rasa.. Huhu

Photo edit Segmen Good bye 2014

Anak-anak = Amanah dan Ujian.. Berat tanggungjawab nih..

Okay, nak ambil gambar ni just right click dan save image as.....

Monday, January 26, 2015

Update SEGMEN: Good Bye 2014 by Kapas Putih

Haiii!!! N nak update segmen.. Minta maaf sebab kelewatan update segmen ni.

Update SEGMEN: Good Bye 2014 by Kapas Putih


Seperti yang tertera dalam banner, N nak lima orang yang bertuah je kan.. Haaa... Tapikan.. Oleh kerana penyertaan tak ramai mana.. Kira boleh buat semua dalam sekelip mata.. Eceh cehh ayat berlagak la pula, nak buat lima pun boleh terkencing. :P Jadi kepada semua yang tersenarai, sila ikut arahan di bawah yaa :

1. Sila tepekkan sekeping gambar yang nak di 'edit' ke dalam entry SEGMEN: Good Bye 2014 by Kapas Putih you all. Jangan lupa caption atau ayat-ayat untuk gambar tersebut :D

2. Dah tepek, sila tinggalkan sekomen dua kat entry ni supaya N boleh cepat-cepat culik gambar tu okay. Sertakan sekali link segmen you all :D

Minta maaf lagi sekali kerana buat you all tertunggu-tunggu sampaikan ada yang menanya.. huhu malu :"P

---------------------------------------------------------

Senarai peserta:

Thursday, January 22, 2015

Resepi lobak merah goreng tepung : Carrot fries

Resepi lobak merah goreng tepung ataupun N panggil carrot fries.

Untuk buat lobak merah goreng tepung @ carrot fries perlulah ada bahan utama iaitu lobak merah @ carrot yang dipotong panjang macam frozen fries yang kita beli kat pasaraya. Ketebalan dan kebesaran bergantung pada you all.

Resepi lobak merah goreng tepung : Carrot fries

Bahan kedua adalah sebiji telur. Pecah telur dan anginkan dia dengan mengacau menggunakan garfu :D. N letak satu camca air biasa. Fungsi untuk menggebukan telur tersebut.. Sebenarnya untuk gebukan telur dadar, tapi N hentam masuk juga untuk buat lobak merah goreng tepung @ carrot fries ni.

Kalau tak cukup sebiji telur baru pecah telur yang baru. N guna sebiji telur ni untuk tiga bakul lobak merah kat atas. Sebakul lobak merah sekali masak. Jadi N masak tiga kali baru siap :D

Resepi lobak merah goreng tepung : Carrot fries

Bahan terakhir adalah campuran tepung Kentucky dan juga tepung beras. N guna dua tepung sebab tepung kentucky ni agak masin dan lagi satu fungsi tepung beras adalah untuk rangupkan lobak merah goreng tepung @ carrot fries ni. Tapi rangup lepas masak je la, dah lama-lama terbiar jadik lembik la dia..

Resepi lobak merah goreng tepung : Carrot fries

Siapa yang tak tahu tepung Kentucky, nilah rupanya ye kawan-kawan. Boleh jumpa tepung ni kat semua pasaraya. Tapi tepung Kentucky ni banyak brand. Yang N guna ni Kentucky flour brand berpadu. Kalau nak guna brand lain pun boleh cumanya N tak tahu brand lain masin ke tak..

Resepi lobak merah goreng tepung : Carrot fries

Tiga bahan utama dah siap.. Seterusnya..

Resepi lobak merah goreng tepung : Carrot fries

Bahan:

Hirisan panjang lobak merah
Sebiji telur
Tepung Kentucky + Tepung beras

Penyediaan:

1. Celupkan lobak merah ke dalam telur. Gaulkan sehingga keseluruhan lobak merah  diselaputi dengan telur.

2. Toskan lobak merah tersebut dan masukkan ke dalam tepung kentucky dan tepung beras. Gaulkan hingga keseluruhan batang lobak merah diselaputih dengan tepung.

3. Masak menggunakan minyak dalam dan api kena buka besar macam you all goreng fries. Angkat bila dah keemasan. Nak goreng lama boleh nak goreng sekejap pun boleh. Kalau sekejap rasa lobak merah tu tetap ada tetapi bila goreng lama rasanya seperti ubi keledek sebab lobak merah kan manis bila dimasak. Tapi disarankan jangan terlalu lama sebab takut khasiatnya hilang :D

Tips:

Fungsi toskan lobak merah dari telur adalah untuk mengelakkan tepung basah. Sebab bila basah susah nak gaul dan perlu tambah lagi tepung. Melainkan kalau you all nak kerak lebih macam pisang goreng boleh je buat macam ni, takpun buat je batter tepung terus.

Bila nak goreng fries memang guna minyak dalam atau minyak yang banyak supaya ianya masak sekata dan cepat masak.

Peringatan: Selepas masak minyak yang digunakan akan menjadi kelabu disebabkan oleh penggunaan tepung. Jadi kalau rasa macam sayang, buat macam N. Guna minyak yang sikit tapi kena masak banyak round la :D

Resepi lobak merah goreng tepung : Carrot fries

Tadaaaa.. Hasilnya.. Inilah lobak merah goreng tepung @ carrot fries.

Resepi lobak merah goreng tepung : Carrot fries

Lobak merah goreng tepung @ carrot fries sedap dimakan ketika panas. Nak cicah dengan sauce boleh dan nak makan macam tu pun boleh. Dua-dua pun sedap :D

Selamat mencuba ye kawan-kawan.. Sesuai untuk anak-anak dan juga orang dewasa yang tak makan lobak merah @ carrot.

-----------------------------------------------

Entri yang berkaitan:

Wednesday, January 21, 2015

1600 Replika Panda di PUBLIKA - Last Tour Destination

Ahad baru-baru ni N ke Publika untuk tengok replika Panda.

Baby Asy sebelum tengok replika panda di publika.. Jom tengok panda!!! Masa ni kami bersiap untuk beli shopping barang dapur. Tapi tengah bersiap tu, mama call ajak pergi tengok Panda. Jadi kami tukar plan untuk tengok dulu replika panda ni dekat Publika Solaris.

Replika Panda at PUBLIKA SOLARIS

Mama kata Panda display ni nak berakhir dah, tu yang kelam kabut nak pergi juga tengok. Ni ada peta 1600 Panda Tour in Malaysia Peninsular. Bila tengok peta ni barulah N tahu yang 1600 replika panda ni dah pergi berjalan merata dalam semenanjung malaysia. Info ni N ambil di FB rasmi panda.

Panda Tour

Penjelahan 1600 Panda di Malaysia! 

Saksikan panda flashmob, sesi penjelajahan dan pameran panda bermula dari Dataran Merdeka pada hari Ahad 21hb Desember, 2014. Selepas itu panda akan mejelahai ke lebih 15 lokasi ikonik terpilih dan perjalanan mereka akan berakhir di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. Kami akan umumkan maklumat penuh berkenanan tarikh, masa dan lokasi. Jumpa di sana!!!

Beberapa keping gambar yang berjaya N capture sebelum memory phone penuh :(

Replika Panda at PUBLIKA SOLARIS

Ada panda yang tengah duduk, ada yang tengah merangkak berjalan. 

Okay, apa motif replika panda ni ditayangkan sehingga ada road tour??

Dari pandangan N panda road tour ni diadakan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai di dalam pemulihan dan initiatif hijau bersama. Di samping tu panda display ni juga dibuat untuk mengumpul dana. Kutipan dana tersebut akan digunakan untuk penjagaan panda.

Tahukan you all yang ke semua panda ni diperbuat daripada kertas. Nak tahu lagi info, skroll lagi bawah..

Replika Panda at PUBLIKA SOLARIS

Panda ni panda mesra alam buatan manusia kerana diperbuat daripada kertas mache.

panda tour

Papier-Mâché (sebutan Bahasa Perancis) a.k.a "Paper mache" bermaksud "kertas yang dilumat" merupakan bahan komposit yang terdiri daripada kertas atau pulpa, yang melekit-lekit seperti gam.

Perkataan ini berasal dari Perancis, negara Eropah pertama yang membuat Papier-Mâché. Teknik istimewa pada seni ini tersebar ke negara Eropah yang lain. Dipercayai "Papier-Mâché" mendapat nama dari pekerja Perancis yang bekerja dikedai kertas mache di London.

panda road tour

Panda kebiasaannya tinggal berhampiran sungai atau sumber air yang jernih kerana mereka suka minum air. Mari kita jaga dan jimatkan penggunaan air untuk pemulihan alam sekitar. Setiap titisan air amat berharga!

Yer, betul tu. Sekarang ni musim sejuk dah berakhir di sekitar lembah klang. Harap-harap kejdian kemarau seperti tahun lepas tidak berulang lagi pada tahun ini. Susahnya bila tiada air, semua kerja tergendala..

Replika Panda at PUBLIKA SOLARIS

Asy dan maktok tengah main mata dengan panda :D

sokong barang kitar semula

Jom gunakan botol terpakai dan minum lebih air. Tunjukkan sokongan anda kepada pemuliharaan dan inisiatif mengekalkan kehijauan bersama Panda!

jom jimat elektrik

Panda pesan MATIKAN penyaman udara selepas pukul 5 petang. Jimatkan elektrik dan kurangkan gejala pemanasan global. Mari kita menyokong pemulihan dan initiatif hijau bersama. 


Replika Panda at PUBLIKA SOLARIS

Baby asy dan 1600 replika panda di publika.


Inisiatif Hijau Panda!

Jom Guna Pengangkutan Awam untuk mengurangkan pencemaran, jejak karbon dan bantu menyelamatkan alam sekitar. 


Masa tangkap gambar ni N duduk tengah-tengah.. Barisan panda ni panjang sebab semuanya ada 1600 replika panda. Masa N pergi publika sangatlah ramai orang. Bersesak-sesak N kat sana. Mungkin sebab hujung minggu dan semua orang pun pakat nak tengok replika panda ni sebelum tarikh berakhir.


Replika Panda at PUBLIKA SOLARIS

So, kepada you all yang nak tengok 1600 replika panda di Publika boleh pergi sebelum tarikh tamatnya iaitu 10 malam, 25 January 2015. Yang dekat Publika ni adalah tempat terakhir untuk Panda ni dipamerkan. Jangan lepaskan peluang.

1600 panda world tour malaysia

Sedikit tips kalau you all nak pergi, pergi masa office hours. Gerenti masa tu tak ramai orang. Nak bergambar pun senang. Tapi kalau nak lagi best, you all boleh bayar RM10 dan masuk ke dalam kawasan panda display. Nak peluk ke, nak cium ke boleh aje asalkan korang tak tinggalkan kesan lipstik kat panda tu. 

Sebab.. sebab.. setiap panda yang dipamerkan telah selamat dibeli dalam tempoh 24 jam tawaran jualan panda tersebut... Haaa percaya tak.. Kesemua replika panda yang dipamerkan telah mempunyai tuan masing-masing. Jadi pada hari terakhir replika panda ni dipamerkan, mereka-mereka yang dah bayar akan menerima panda masing-masing untuk dibawa pulang :D

panda program

Tahniah kepada semua replika panda, anda dah ada rumah masing-masing.. Semoga dana yang dikutip dapat digunakan dengan sebaik yang mungkin untuk kesejahteraan panda sebenar yang berada di zoo :D

panda dah ada rumah :D


Tahniah kepada semua replika panda, mereka dah ada rumah masing-masing..

Sunday, January 18, 2015

Birthday party aisy at marrybrown cheras

Semalam ada event birthday party yang N dan baby asy pergi. Celik mata je girl sms kata lambat sikit. Jadi sempat la N buat breakfast carrot fries.. Still pasal carrot lagi tak sudah-sudah.

http://kapas-putih.blogspot.com/2015/01/ayam-salut-tepung-plus-carrot-fries.html?m=1

Bertolak jam 10.30 dan sampai marrybrown cheras tu dalam jam 11.15 pm. Girl bawa tiga orang anak buah. Baby asy sukalah ada kawan. Lagi lagi budak besar. Memang taste dia suka kawan dengan budak besar.


Baby asy dengan present. Camera shy budak ni. Susah nak capture gambar dia. Malu malu meow la konon..


Masuk je terus cabut kasut dan main dalam bilik mini playground ni. Suka lah dia sebab ada banyak ball. Yang kat atas tu birthday boy. Baju sama macam asy cuma ada tambahan kain kat belakang. Kata batman kan ;)


Asy seronok main dalam bola...


Dekat marrybrown ni tak macam kfc n anw yang ada package makan untuk birthday party. Menu kene order based on menu set. N amik set yang tuan rumah order. Malas nak pikir sebab rambang mata, tengok semua pun sedap.

N makan fish n chips dan girl makan ayam breaded. Set ikan memang sedap sampai tak larat nak makan tapi nasib bek habis. Chicken breaded pun sedap juga cumanya ayam dia tak berapa nak gebu.. Pastu sya tambah pula nasi lemak kat meja kiteorang. Girl yang habiskan.. Nasi lemak sedap sebab sambal dia ngancam. Pedasss.. And the rest children makan set kiddy meals. Asynya kiddy meals N pilih nudget.


Birthday cake.. Harini bukan meraikan birthday aisy je. Memang dari dulu member ni akan sekalikan dengan birthday mak ayah dia. Dah alang alang jumpa ramai ramai senang sekalikan je.

Cake chocolate moist tu kak ipar member yang buat. Cake nya sedap dan deco atas cake pun sangat menarik perhatian. Ditaburi dengan pelbagai jenis chocolate:

Milk hershey (mcm salah eja je)
Kinder bueno
Kitkat
Fererro roche
Coklat bulat xtau brand apa

Terliur pula di kala sedang menulis entry ni.. Slurpp.. Sape nak order comment kat bawah. Sekarang N belanja gambar je okay. Nanti kalau saper saper nak order N minta contact number kakak tu ekk.. 


Birthday boy punya superhero cake.


Tuan punya cake.. Baby aisy 3 years old.. 3 bulan tua dari baby asy.


Siblings.. On the way lagi sorang dalam perut. Hebat member ni.. Every year pun pregnant. Murah rezeki dia

Two and counting.. ;p


Baby asy pakai mask provide by marry brown. Suka dia. Belon tu dia dah aim awal. Terus grab satu.. Pantang dia ni tengok belon. Gila belo. Kalau g supermarket ada belon tergantung kat atas entrance kedai, memang dia akan tunjuk tunjuk dan minta... Huhu bila kata tak boleh, ada dia nak peduli untuk faham.. Tapi sekarang dah okay sebab dah besar sikit.


Suasana di sekitar ketika event berlangsung. Maskot marrybrown pun dah keluar. Baby asy suka siap salam cium tangan dengan maskot bulu bulu ni. Baby adra dan aisy birthday boy nangis ketakutan.. Kesian..


Sesi bergambar bersama keluarga.. Daku menyelit juga tak tahu malu tapi dalam gambar di bawah takder sebab tak amik lagi dengan member gambar gambar tu..


Baby asy dapat present dari maskot.. Main game limbo tak silap namanya. Yang kene lalu bawah tali tu.. Maskot ni nampak rupa cam chipmunk.. Asy suka. Siap boleh terkaku sambil tangkap gambar. Pelik tul sebab budak ni xleh tengok kamera. Terus dia malu malu meow.. Ni dia boleh steady. Lama juga sebab N sempat tgk org tangkap gambar pastu baru terhegeh hegeh nak keluarkan phone tangkap gambar dia..


Dan kami bertiga pula tangkap gambar dengan maskot ni. Oh my!!! Perutku nampak buncit. Tapi jangan salah paham ekk. Buncit tu sebab baru lepas makan fish n chips dan siap colek ayam girl sikit.. Sebab tu buncit.. Lupa nak tarik napas ;p

Maskot tu pula steady je.. Walhal dalam tu dah berlari lari peluh keluar. Kesian dia


Birthday present aisy. Dan juga advance birthday present kitchen set untuk adra dari aunty girl kalau tak silap.


Baby asy pula bagi aisy mainan ala ala lego. Harap harap aisy akan jadi budak yang rajin ngemas mainan dia ni lepas main. Kalau tak mesti umi dia cakap, "eh nadia ni, motif ko bagi anak aku mainan comel comel ni sebab ko nak aku exercise kutip satu satu lego ni ekk" 

Okaylah thats all for today.. Thanks to you sya and hubby sebab sudi jemput N dan asy ke birthday party aisy. Baby asy have a fun time there.

Dan thanks juga kepada girl sebab sudi tumpangkan kami ke sana. Minta maaf juga N selaku co driver yang tak bertauliah menyesatkan perjalanan kita di kala tempat yang dituju semakin hampir.. Huhu

Friday, January 16, 2015

Thanks for the great advice lulu..

Never cross in my mind that someone who have the 4 digit of follower on their blog have the time to  browse my blog and left point of view towards my blog or me myself. For the first time when I open the comment section on the dashboard I just browse the comments without read it properly and thought that it just a randomly bug comment / spam because its way too long. Sometime advertiser company or softwares they have a system to randomly put their comment in order to promote their products..

But some point in the comment really catch my attention and make me carefully read for the second time. Urmm.. Is this for real?? Do Lulu comment such thing in my Salahsilah keluarga entry? I am shock for a 5.. 10.. 20 minutes. How am i going to respond? Clueless and Speechless until now.

I've been watch.. I am able to think and take it positive in order to improve myself and my future. Thanks Lulu for the great advice. I am looking forward to be a greater me than now.


I click the blogger and lulu cardina page is appear. Woww... This is one of my blogsite list, always have a hot story going on there.. I like


I have post the issue of salahsilah keluarga yesterday and a day after lulu gave us the respond / solution regards the issue

Thursday, January 15, 2015

Carrot maniac!!

N tak tahu nak bawa balik macam mana kejap lagi. Dah tentu mertua N akan menunjukkan reaksi yang terkejut-kejut.. Mana taknya, weekend baru-baru ni kami dah beli carrot. Kelmarin N tambah lagi stok dalam 4 kilo lebih dan hari ni 3.5 kilo / RM4.42


Last sale for carrot today at Giant RM1.38 / kg

Carrot murah sangat. N geram betul sebab banyak benda boleh buat guna carrot ni.Weekend baru ni siap buat scramble egg + grated carrot + onion slice. Then buat pula Carrot Juice asam boy dan Carrot fries.

Semalam tambah sekali kobis dan malam N buat carrot juice lagi dan kubis gulung berintikan carrot juga. Nanti ada masa N post ye kubis gulung versi N :D

Salah silaP keluarga??.. Keliru

Pagi ni N dapat gambar dalam salah satu whats app group.. Masa tengok salah silah keluarga ni N tengok normal je, tapi bila amati betul-betul.. N wat???

Salah silah keluarga??.. Keliru

Memandangkan N takder anak yang bersekolah lagi jadi N tak tahulah ni dalam subjek apa dan buku apa. N tahu yang ia merupakan salah satu kesilapan semasa proses pembuatan tetapi bagi golongan cilik yang masih belajar N rasa kesilapan macam ni memang sangat bahaya.

Kalau fikir dek akal yang logik.. manakan laki + laki dapat 4 anak.. Oh my!! This is seriously scared. Harap anak-anak yang belajar tak terkeliru.

Kalau N jadik cikgunya, N akan koyak halaman kat atas ni dan gantikan dengan salahsilah yang baru. Takpun masa nilah nak suruh budak-budak tu keluarkan bakat melukis yang dah terpendam sekian lama. Minta derang lukiskan rambut pada salah seorang lelaki. Takpun N yang akan lukiskan gambar rambut tu.. Tapi kalau student tiga angka?? Krik krik..

Berharap sangat yang kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi.. Salah siapa??

Tuesday, January 13, 2015

Carrot sales!!! Apa boleh buat dengan carrot?

Yo!!!.. Sorry you all, jari N masih kuat bercakap pasal carrot. Rasanya beberapa hari ni N akan jadi carrot maniac!! hohoo..

Anyway, semalam masa pergi Aeon N masih tengok bahagian sayur. Manalah tahu ada keajaiban harga sayur carrot murah.. Tapi takder pun. Yang sempat rembat Dynamo 4.4 liter RM20 dan pencuci muka eversoft 170 ml RM11.00. Murah dah tu harganya.

Tapi masa belek paper tadi, tengok giant ada buat sales carrot sama macam weekend baru-baru ni. Waduh!! Mencabar iman sungguh!!

Carrot sales!!! Apa boleh buat dengan carrot?
Kobis pun murah juga.. Buat ulam makan dengan nasi memang layan

Dah tentu la N akan ke Giant waktu lunch kejap lagi untuk rembat carrot banyak-banyak. Tak rugi beli banyak sebab banyak benda yang boleh dibuat dari carrot ni selain dimasukkan dalam masakan sayur. 

Antaranya:

- Carrot cake
- Carrot popia
- Carrot dice (frozen)
- Carrot scramble egg
- Carrot fritters / cucur / jemput

Semua dah buat kecuali tak pernah lagi frozenkan dan buat cucur. Mungkin lepas ni N nak frozenkan so that boleh jadi bahan untuk buat nasi goreng dan juga buat jemput-jemput carrot.

Carrot Juice Asam Boy

Tak habis lagi ke cerita pasal carrot ni.. Huhu.. memandangkan carrot murah hujung minggu, banyak benda yang boleh dibuat guna carrot ni.

Sebelum N buat carrot fries, N dah blend dulu carrot tu buat juice.. Masukkan dalam peti ais kasi sejuk dan masukkan assam boy sekali. Satu mug besar tu cukup sebiji asam boy.

Carrot Juice Asam Boy

Kalau carrot saja ditambah dengan susu pekat manis rasanya hanya manis (sesuai minum kalau ditapis) tapi kalau rendamkan asam boy. Rasanya lagi mengancam sebab ada rasa masam, masin dan manis.

Tips kesihatan:
Jangan tapis juice carrot ni sebab seratnya bagus untuk melawas dan kalau letak asam boy you all akan layan minum seratnya sekali, kalau dibuang sangatlah rugi.. Kalau tak percaya cubalah buat