About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Wednesday, September 23, 2015

Kegilaan mommy seperti N bila ke Mom and Baby Expo

Cerita bulan lepas, dah lapuk. tapi saja nak share dengan semua orang.. Mom and baby Expo bulan August 2015 at IDCC, Seksyen 15 Shah Alam, Selangor.

Ini adalah perkara pertama yang N akan cari bila ke mana-mana mom and baby expo. Tak semua Baby expo yang provide goody bag. Yang ni merupakan Mom and Baby Expo yang kedua buat N. Organizer yang sama sebab tulah tau ada goody bag :D. Untuk dapat goody bag ni kena daftar dulu. Kalau pergi ramai-ramai satu family, semua pun boleh daftar untuk dapatkan goody bag. Tak rugi apa pun, siap dapat mug free lagi.

Set kali ni dapat woven bag, mami magazine, sample tuala wanita, sample tisu basah dan juga signature mug.

MOM AND BABY EXPO

Macam biasalah, tak sah kalau tak beli baju baby asy. Empat pasang baju dan satu seluar tidur. Harga RM5/pc dan RM20/5pcs. Sehelai RM4, murah sangat. Baju pun cantik, N beli untuk baju jalan asy.

MOM AND BABY EXPO

Tak lupa seluar tiga suku yang punya cawat rendah untuk kegunaan waktu malam. Selesa dipakai. RM3/pc. N beli lima helai berlainan warna.

MOM AND BABY EXPO

Last sekali N beli botol susu Avent. Ada banyak booth yang jual botol Avent ni tapi N bernasib baik sebab terjumpa booth yang jual murah. Set kat bawah ni RM25/bottle. Ada yang lagi murah botol biasa takder kaler RM20/bottle. Tapi yang tu dah habis stok.

N beli dua botol terus untuk baby asy. Punyalah happy sampai N terlepas pandang. N tak cek pun botol tu jenis macam mana. Konon sebab teruja sangat murah. Bila balik kakak tegur la pasal ring dalam botol. N pun macam... hurmmm.. lor. classic pun ada ring ke???

N punyalah nak avoid avent yang ada ring kat dalam tu sebab susah nak basuh nanti. Nak kene bersihkan ring satu hal. Tapi dah beli.. takperlah. redha je, kena rajin je la nanti.

First time beli botol yang colored macam ni. Cantik. Lagi satu warna pink. Tapi Asy boy kan, kena amik biru la

MOM AND BABY EXPO

Pengajaran untuk shopping kali ni adalah jangan over excited bila harga murah... Periksa semuanya. Pengajaran buat N untuk masa depan.

Keputusan mini topup giveaway

Halooo... Salam pagi semua. First of all nak minta maaf banyak-banyak di atas kelewatan mengumumkan keputusan mini topup giveaway by kapas putih.

Keputusan mini topup giveaway

Anyway untuk giveaway ni N patut bagi seorang pemenang untuk top referral dan satu randomly lucky blogger.

Tapi oleh kerana dah terlalu lama, N tak dapat nak detect top referral. So, N decide untuk buat dua ramdomly pick of lucky blogger. Setiap lucky blogger akan dapat top up RM5.. Keputusan seperti di dalam gambar di bawah :D

Keputusan mini topup giveaway

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/2014/12/mini-topup-giveaway-by-kapas-putih.html

http://norshamimi.blogspot.com/2014/12/mini-topup-giveaway-by-kapas-putih.html

Kepada pemilik blog, sila tinggalkan email dan juga mobile network yang anda guna (digi, celcom, maxis atau lain-lain) di ruangan komen post entry ini untuk tuntut hadiah :D

Tahniah!!!