Pages

Saturday, November 5, 2016

Seri Pacific Hotel KL

Check in.. last check in kat sini bulan 8 tahun lepas, masa tu konvo event juga. Memang tiap kali konvo event, kat sini la tempat kami staff untuk melelapkan mata. Event kami pun bersebelahan dengan pwtc, dekat sangat. Keluar dari hotel dah jumpa entrance pwtc.. 


Bilik memang puas hati sebab..... company yang bayar. hehe.. mekasih bos. Dapat la merasa tido semalam free kat hotel bertaraf 5 bintang ni ;). 


Tiap-tiap tahun menginap di sini memang senang. Selain daripada dekat dengan lokasi event, apa yang N suka pasal bilik hotel kat sini:

# tilam dan bantal yang selesa
# bilik mandi dua dan bersih
# ada cabinet pantry untuk buat air panas dan small refrigerator untuk air sejuk
# televisyen untuk berhibur
# plak lebih dari satu
# safety box untuk simpan barang berharga
# iron n board.. ni paling penting untuk iron baju yang nak pakai untuk event nanti.


Wajib la selesa duduk kat sini. Satu malam pun dah berapa rm... kalau nak guna duit sendrik memang lambat la lagi.


Anyway, sekali sekala dapat keluar bermalam tempat lain seronok juga. Macam holiday..

Okies.. thats all for now. Selepas berhempas pulas buat slide show dan tolong apa yang patut sesambil berjalan cuci mata kat mall, rasanya dah sampai masa untuk lelapkan mata.. Semoga event pada keesokan hari berjalan dengan lancar..