"Apa kelas la pakai baju bundle ni.. Dah la bekas orang lain, ntah orang tu berkurap ke apa.. Isshh geli, xmo la"
haa.. tolong bawa bertenang yer.
musti ada yang penah dengar kan ayat nie.. xpun saper2 yang baca blog nipun terpikir mende yg sama.
tapi macam mana yer nak ubah pemikiran negatif org lain terhadap baju bundle.. ??
well, N tak penah salahkan saper2 kalu derang berpikiran camni coz dulu N pun dua kali lima jer :P huhu..
tapi itu dulu kay.. sehinggalah N menemani seorang kawan yang nak tengok2 baju bundle kat pasar malam.
pemikiran masih lagi sama.. okay.. urmm mmg masih tak berubah lagi tanggapan negatif tu.. huhu
seyius N cakap pertama kali ke bundle mmg ala2 terpaksa jer nak pegang baju2 yang ada, urmm geli. dah kata nak layankan kawan kan..
tu kali pertama, okay kali kedua pegi dah rasa macam bese skit.. dan percaya ataupun tak, N ada berkenan ngan beberapa lai baju dan N beli..
okay good for the starter.. hehe
minggu yang seterusnye pegi lagik ngan room mate shakira n the geng..
oleh kerana N suke baju jenis kait so N pegi bahagian baju kait dan jumpa yg berkenan.. ada dua (tak ingat la beli ari yg sama or tak)..
kaler favourite pink n brown.. mmg cantik giler RM20
kat bawah ni N pakai yang brown, N pakain masa g Sabah. ni kat kaki gunung KK.. sejuk grr..
minggu yang seterus dan seterusnya N dah start g ngan class mate plak yg kebetulan baru masuk kolej kediaman N namanya Intan Shakila :) (miss her so much)
haa yang paling besh nya rakan shopping kali ni mmg satu kepala dan oleh kerana kami dah jadik peminat bundle yang setia kami diberikan harga special oleh salah sebuah gerai bundle yg terdapat kat pasar tu..
kirenya abg tu mmg sentiasa menanti kami setiap minggu.. bahagia betul..
memang nampak betul perbezaan, kalu ngan kami, rege dia bagi cincai, tapi kalu ngan org lain mmg mahal skit RM10 untuk 3 or 2 lai.. nge hehe
mungkin kami ni selalu datang dan selalu beli dalam kuantiti yg bnyak.. so tu yg buat abg tu tak kisah. dan dalam masa yg sama mungkin abg tu suke ngan kami coz kami ni chomellll.. hehe (tolong jgn mare kay, sesekali nak perasan)
dan yg paling tak dapat nak lupe bile dah penghujung semester, N duduk sebilik ngan Intan coz bilik lama N, org lain dah masuk semasa N pegi praktikal kat Langkawi ngan Intan.
Lepas praktikal kami lepas gian baju bundle dan setiap minggu ampaian kami hanya dipenuhi ngan baju bundle :D suke2
pas kering kami mmg bergambar sakan la ngan "baju yang baru basuh"... hehe.. sorry tak dapat nak tunjuk.. dalam cd, kene punggah2 kalu nak post..
apa yang N bley cakap kebanyakan baju yg N ada semuanya N beli kat bundle..
okay.. dah citer panjang ni musti u oll nak tau kan kat mana.. haa lokasi bundle yg N pegi ni kat Pasar Dungun, Terengganu..
Last N pegi tahun 2006, pas tamat Diploma kat UiTM sana N pulang ke Shah Alam..
no more bundle, no more burger RM1, no more nasi goreng ayam RM2.50, no more roti bom kaya, no more cotton candy, no more pop corn
ohh i jus miss Dungun so much.. huhu
especially gerai bundle..musti abg tu dah tak ingat kami.. huhu
okay, kalu nak kenang lagi mmg tak gune, of course taktau zaman bile lagi leh g sana kan..
so baru2 ni N ketemu gerai bundle yang N suke pegi kat Shah Alam ni.. before this mmg tau tapi tak berapa nak besh coz seperti yang semua maklum bundle kat Shah Alam ni semuanya tertumpu pada bundle untuk org laki..
tapi kali ni mmg dah ada bundle pompuan.. lokasi terletak kat Stadium Shah Alam Seksyen 13. dulu org gelar sebagai Car boot sale ataupun Pasar Karat..
sebelum ni N dah ada wat entry untuk Car boot sale ni.. so sape2 especially gurl yang tercari2 baju bundle leh la klik kat sini.. banyak yang dijual kat sana dan banyak gambar yg N post untuk entry tu..
anyway, N ada baca pasal bundle kat beberapa blog, so sesape yang rasa nak pegi bley la refer blog ni kay, Bundle RM2 Gunung Keriang, Kedah:
tubelawak
lagi satu menurut kata room mate N (Intan) kat Sabah pun ada jugak pasar Bundle.. katanya kat sana lagi besh coz besarrrrrrrrr sangat.. aduhh meleleh jer N dengar huhu..
lain2 kat pasir mas kelantan. menurut kata rakan kat sana lagi gerun.. orang yang pegi sana macam kene rasuk antu, haa leh tak bayangkan sales yang slalu JUSCO wat untuk membercard yang mana ada adegan tarik menarik.. haa macam tulah situasi kat bundle sana.. mmg kawan sorang ni tak brani kuar keta.. haha kelakar jer rasa.. mungkin nak kene tgk ngan mata sendri baru leh caya..
salam sayang,