Pages

Monday, May 27, 2013

Makan-makan at Restaurant Kelab Shah Alam Selangor


Sempena Mother's Day last 2 weeks N, family and Mak teh family serbu makan kat Kelab Shah Alam Selangor.

siap ada satay 2 cucuk

Ini nasi goreng kampung yang N order. Ada telur mata kerbau + papadom pet + hirisan timun tomato + satey ayam 2 cucuk

makan kat kelab shah alam selangor seksyen 13

Pakteh nya order kuew teow hainan tak silap..

memang layan habis

Fish and chip papanya. Memang marvelous la rasa.. Jilat sampai siku ni

dengan kuah black pepper


Lamb chop maktehnya order. Tak tau apa rasa sebab N tak suka kambing..

N dan keluarga

Dari kiri makteh, kakak and daughter, mama, papa

dessert

makteh order dessert caramel ice cream.. uishh sedapp.

belayar ke dunia ais krim

Yang ni tukang bayar punya. Dia request chocolate jer.. Perut dah kenyang  memang layan habis banana boat ni.. Bila masuk jer satu scoop ais kerim ni dalam mulut rasa macam dibawa belayar..

Layarkan ku ke alam ais kerimmmm.. Yayyyy!!

Makan-makan at Restaurant Kelab Shah Alam Selanngor, Seksyen 13. Terletak kat atas bukit sebelah Tesco Shah Alam..

Sunday, May 26, 2013

Makan at Foodtree OWG

14 May 2013

Happy Anniversary Dear Husband!!

Seminggu sudah berlalu. It's our second year of anniversary as husband and wife. Perlulah rasa bangga dan bersyukur kerana hubungan kita dapat kekal sehingga sekarang.

Alam perkahwinan ni memang banyak cabaran dan dugaan especially pada awal perkahwinan.
Okay tak perlu celoteh panjang la yer. Memandangkan kami sibuk dengan kerja masing2 of course la takder masa nak keluar celebrate bagai kan. 

So husband suruh singgah sekejap Foodtree, makan-makan dan spend masa berdua-duaan sebelum balik ngadap sorang budak kecik yang comel kat rumah tu.

Tapi since ada anak ni, pergi ke mana saja musti bawa anak. Tengah makan pun tetiba N feel guilty. Teringat kat anak yang tengah tunggu kepulangan N.

Ishh terceloteh pula.. Okay kita berbalik pada kisah makanan yang N nak cite ni. Malam tu N order Nasi Goreng Nanas. Dalam Nasi goreng ni ada udang yer. Harga dalam RM9.00 ke bawah. Tak ingat harganya. Rasanya sedap.. nyum nyum


Husband order nasi goreng kampung. Tak sempat nak tangkap gambar tapi rasanya memang sedap.




Ini pula durian crepe.. Rasa agak kurang sebab krim jer yang banyak dari isi durian.


Honey Green Tea ni N request. Asalnya Green Tea sahaja tapi N suh dia tambah Honey.


Dessert Ice Mango Sagu favourite husband tercinta. Memang selalu sangat order mende ni. Dalam tu ada ais yang dikisar halus + nata de coco + sagu + kordial. N rasa biasa-biasa jer sebab rasa kordial tu tak memenuhi selera N :D

Kalau nak pergi Food tree ni terletak dalam bangunan Only World Group, Glenmary Shah Alam. Sederet dengan bangunan Peogeot or Mazda. Ataupun masuk wesite derang ni OWG

Kat sana pun ada mainan untuk budak-budak, masuk entry ni yer untuk tengok.

Saturday, May 25, 2013

Birthday Gift untuk budak-budak

Pencil case for birthday gifts from Hinode RM5 shop

Last Saturday N attend birtday party budak yang mak mertua jaga. Ada dua beradik disambut sekali. Masa Mak bagitau hari sebelum tu N tak dengar. So pada hari kejadian kelam kabut lah N g carik hadiah. Takkan la nak pergi tangan kosong kan.

So, sebelum amik husband kat tempat kerja dia so N, anak dan adik ipar merangkap stroller bergerak anak pergi la ke Carrefour Aeon. Ingat nak beli set alat tulis yang N rasa memang sesuai untuk budak2. Harga RM5 jer setiap set. Dulu ada juga datang beli untuk anak buah, sebab tu la target bende yang sama jer.

Sekali masa dah sampai set tu dah takder. Rasanya masa N beli tu waktu derang nak buat clearance. Sebab tu la murah dan ramai yang beli. 

Bengang pula rasa bila tak dengar makmertua ada cakap pasal birthday party tu sebab kalau tau sehari awal boleh la N pergi beli hadiah derang kat Kaison Paradigm. Macam-macam ada dan semua pun comel-comel dengan harga yang sangat berpatutan.

Tapi bila dah last minute ni.. Aduhh.. penin dah N tak tau nak beli apa. Tengok barang2 lain memang nampak menarik tapi agak mahal pula memandangkan N pun tengah berbudget. 

So, tanpa buang masa N singgah la Hinode Shop yang ada kat sana. Memang besh dan macam2 boleh amik tapi yang tak beshnya ada barang yang lebih dari RM5.

Kata terkenal dengan satu barang RM5, ala-ala macam Daiso lah. Tapi bila tengok tag harga cecah sampai belas-belas. Huhu.. Last-last N amik dua oblong pouch or pencil case comel untuk birthday girl and boy.

Cute monkey brown pouch for handsome birthday boy and another cute bunny pink pouch for sweet birthday girl.

Berapa banyak yang N habiskan untuk kedua-dua hadiah ni:

Monkey pouch = RM5
Bunny pouch = RM5
Couple key chain = RM5
Wrapper = RM1.20
Total = RM16.20

N beli couple key chain untuk letak kat zip pouch tu. Wrapper pula beli sekeping dan potong dua. Pouch tu pun kecik jaa. Lebihan wrapper buat birthday card tempek kat pouch yang dah dibalut.

Friday, May 24, 2013

Bento at Restaurant Kelab Shah Alam Selangor

Dah bosan tak tau nak makan kat mana. Apa kata cuba makan di restaurant kelab shah alam selangor seksyen 13. Macam-macam ada termasuklah buffet, set dan juga ala carte.

Baby sibuk baca menu


Sibuk budak kecik ni nak tengok menu. Macam paham jer dia baca..

macam kat rumah sendiri jer

Penat mentelaah menu sampai pengsan. Haaa seronok la dia boleh bantai landing atas sofa. Memang saja nak duk kat sofa untuk kawal budak kecik ni.

restaurant kelab shah alam selangor

Okay, masa pergi tu N order Bento Chinese Set. Harga RM 15.00 termasuk air syrup :D

makan di restaurant kelab shah alam selangor

Dalam set tu ada:

nasi putih + fillet ikan masam manis + shitakee goreng + ayam goreng + brocolli + tembikai + air syrup

Rasa memang terbaik dan sedap. Memang berbaloi dengan harga yang dibayar. Kalau datang lagi nak try set malay pula. Tapi untuk set bento lunch hanya offered pada hari isnin, rabu dan jumaat kalau tak silap

Siapa nak cuba bolehlah kunjung ke restaurant kelab shah alam selangor. Restaurant tu ada kat atas bukit sebelah Tesco Besar Shah Alam, Seksyen 13.

For more information masuk la site ni http://www.kelabshahalam.com/

Thursday, May 23, 2013

Breakfast Nasi Berlauk Lori Kelana Jaya

Khas untuk tantapan umum di awal pagi :D


See.. sedapkan

Ini ialah nasi berlauk yang dijual dari lori. Dalam set hidangan nasi berlauk ni ada:

ayam + nasi putih + sambal hijau + timun + kuah

N baru lepas makan nasi ni. Dah kenyang tapi bila tengok gambar kecur liur especially bila tengok sambal cili hijau tu.. Ushh ngancam.

Itu baru sambal belum lagi bab kuah, bila dah sebati dengan nasi memang layan habis. Pastu ditambah pula dengan seketul ayam yang boleh dipilih mengikut selera. Selalunya N amik bahagian dada. Besar sikit dan harga pun sama jer tak kira besar or kecik.

Dan tak lupa juga ianya diserikan dengan hirisan timun.. Dah agak lama N tak makan nasi ni, lebih kurang sebulan juga la. Selalunya kalau N makan nasi ni sure N akan makan lunch lewat sebab portion untuk nasi berlauk ni sangat banyak. 

Memang tak kedekut makcik and pakcik yang jual ni. Mungkin inilah rahsia kejayaan bisness derang. Setiap kali N pergi beli musti kena beratur, orang datang silih berganti. Tak pernah kosong pun.

N memang suka beli dan makan nasi makcik ni sebab harganya berpatutan dan sedap. Nak tau berapa?? 

RM 4.00 jer

So, sesaper yang kecur liur bolehlah bagun pagi dan beli. Makcik ni jual dari lori depan flat dan berhadapan dataran glomac kelana jaya, PJ.

Daa selamat menjamu mata..

Monday, May 20, 2013

Berjimat dengan KFC

Siapa kata makan fast food boleh bazirkan duit? Haa Bagi N, kalau teringin nak makan fast food kenalah belanja berpada-pada dan jangan ikutkan sangat nafsu makan yang mentekedarah tu..

Okay, N ada beberapa tips berjimat dengan fast food KFC:

Tip 1:
Seelok-eloknya kalau nak beli fast food belilah masa promo meal, contohnya Lunch express meal. Harganya jauh lebih murah dari harga asal. Serius N tak tipu, kalau tak caya cuba pergi bandingkan harga.

Tip 2:
Beli jangan ikut nafsu. Eloklah kita amalkan berhenti makan sebelum kenyang.

Tip 3:
Kalau nak beli juga ikut nafsu, apa kata beli dahulu satu set. Kalau rasa tak kenyang juga walaupun dah minum habis air barulah beli satu set yang lain. N ni kuat juga makan dan kadang-kadang rasa tak cukup tapi bila dah habis minum air surenya N akan kenyang mengular.. Ngeh ngeh

Tip 4:
Belilah set yang paling murah. N selalu beli yang kedua murah iaitu Colonel Burger set. Nampak kecik tapi boleh kenyang tau. Takpun kalau nak set lain boleh jer tapi kene berpada-pada. Janganlah kerap sangat, sebab kita kena makan tengok duit yang ada dalam poket bukan ikut selera :P

Tip 6:
Okay, last sekali tip untuk selera dinosour. Sebelum makan minum air banyak2 dan selepas makan pun sama. Memang boleh kenyang sebab dah kembung air. Takpun sebelum beli KFC makan makanan sampingan yang lain contohnya maggi :D.. Silap hari bulan dah makan maggi terus jer rasa kenyang. Pastu tak payah beli KFC dah dan boleh jimat terus.. hehe

Okay, ni ada beberapa snap Colonel Burger set yang N beli. N jalankan Food photography sikit supaya ianya lagi nampak menyelerakan..


Colonel Burger Set RM 6.30 include tax and government charge.. Set include Colonel Burger + Soft drink + Cheesy Wedges.

See murah kan. Kalau beli nasi campur pun dalam RM5 ++ tak termasuk air bagai.


COLONEL BURGER


CHEESY WEDGES


Sunday, May 12, 2013

Moh jalan-jalan di Tasik Shah Alam


Cuti-cuti Malaysia (cuti sempena hari mengundi) haruslah keluar bawa si kecik jalan-jalan. Suka la dia. Balik dari KL terus singgah Tasik Shah Alam.




Kat tasik shah alam ni ada kura-kura.. ehh tuntung.. aa agaknya lah. mama bawa bekal roti keras kat derang. Bila campak jer roti bukan tuntung jer yang datang, siap ikan-ikan kecik pun ada. Kalau dulu-dulu selalu juga datang bawa roti campak kat ikan-ikan. Seronoknya je tengok depa ni makan.

Asy pun suka :D


Ada pernah sekali tu masa N pergi, ada orang tengah buat wedding shooting. Kat tengah-tengah tu diaorang duduk. Musti cantik gambar tu sebab background dah sedia cantik.


Kolam ni ada air pancut, tapi masa N pergi takder pula derang pasang air pancut.


Dah bagi makan ikan dan tuntung terus pergi padang belakang bluewave. Papa cakap nak main kereta ngan Aqil. Tapi last-last tak pun sebab antena problem.. huhu


Okay last picture taken on the stage :D. Muka Asy macam letih padahal Mama yang macam tercungap-cungap duk kendong dia. Rasa macam tak cukup oksigen nak nafas.. fuhhh

Saturday, May 11, 2013

Marigold Low Fat Yogurt Mixed Fruits with calcium


With calcium tu yang penting. Memandangkan gigi ni banyak dah rapuh, ngeeee. So terpaksa cari inisiatif untuk tambahkan kandungan calcium dalam tulang temulang dan gigi N.

Masa amik yogurt ni memang rasa berbelah bagi sebab tak tahu yogurt mana yang manis. Asal amik jer mesti masam. Memang tak bernasib baik. Tapi masa rasa marigold ni memang urmmm

YUMMY..

Haa.. at last dapat juga yang manis. Rasa memang puas hati sebab tak masam sangat dan dalam yogurt ni ada ketulan buah. Ada buah betik, nanas, rambutan dan juga kelapa laut.. Nyum nyum


Warna yogurt ni natural cream.. Macam kena beli lagi ni :D, tapi macam nak try air Marygold Chocolate sebab semalam dah terliur-liur depan open chiller kat Giant tu..

Siap leleh-leleh air liur, nasib baik ada sorang makcik tolong lapkan.. Urmm...okay okay, seriusly N tipu yang ni :D. Kritikal sangat kalau dah tahap macam tu.. ngenggg

Friday, May 10, 2013

Lunch at Buna Restaurant, KJ

Buna Restaurant

Buna restaurant ni adalah restaurant ala-ala Thai. Terletak kat dalam Kelana Mall, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor. N lunch bersama ngan dua orang oficemate, Amy dan Adik. Sebelum sampai lagi masing-masing dah pikir nak makan apa.


cik amy sorang ni order ayam masak selasih + nasi putih + air suam = RM 10.++


adik comel pula order mihun ladna + air suam = RM 10 or less (tak dengar masa cashier sebut harga)


N order tomyam ayam merah + nasi putih + air suam = RM 9.85

Sebenarnya Tomyam merah ni memang favourite N dan Amy. Salah seorang dari kami mesti order tomyam. Yang paling besh semua order lain-lain, so dapat la rasa semua makanan cumanya ladna tadi macam lupa lak nak rasa.. rugi-rugi.. tsk tsk

Price kat sini memang harga standard. Tinggi sikit la dari restaurant biasa yang lain. Portionnya memang sesuai dengan harga yang dibayar. Setakat ni N order tomyam sedap tapi nasi goreng dia ada yang okay dan ada yang tak berapa nak ikut selera N.. 

Ambience and atmosphere okay. Cantik, bersih dan sedap mata memandang :D Tak rugi kalau nak cuba makan kat sana.. Ayuhh

Nasi Putih Sambal Telur



Macam seronok jer bawa bekal g tempat kerja cam orang lain..



Nasi putih plus sambal telur. Ni adalah lebihan makanan malam tadi. Nasi semua N amik, sambal pun sama. Memang ngam-ngam jer portion untuk sorang makan. Bahagia betul sebab ni bukan N yang masak. Makmertua yang masak dan dah jadi lauk faberet N


Nasi banyak tapi lauk sikit, takperlah sebab cili yang mak guna memang pedas. Semalam makan pun duk soksek soksek



Sebenarnya portion yang N bedal ni banyak. So makan separuh jer dan N full.. Maybe leh sambung lunch jap lagi la




Dan N berterima kasih kepada oficemate, Marisham Marjan untuk bekas nasi ni. Haritu bawa balik dan terus buat hak sendiri, ngeng ngeng..

Tuesday, May 7, 2013

Student commercial class

Hari ni N lunch dekat student commercial class. Masuk restaurant dalam pukul 12 lebih. Lunch kali ni memang tak dijangka sebab tetiba adik ipar ajak teman. Suppose dia pergi dengan kawan dia tapi last minute kawan dia terpaksa cancel dan N jadi pengganti. Dah lama sangat tak makan dekat commercial class student.

Memang susah sangatlah sekarang ni nak attend makan-makan macam ni sebab makan masa and makan duit.. hehe.. Tak leh bazir duit, takut nanti hujung bulan lari budget pula.. ngengee.. Kalau dulu murah tapi sekarang ni rege dia dah naik pula.

Dan yang paling besh ianya FREE of charge. Semuanya telah dibayar oleh member adik ipar ni.. ngehehe *sparkling eyes.

Oleh kerana N tak baca menu this is the menu of the day N punya version kay:

Menu of the day

Appertizer
Mixture of meat serve in popia skin and selected chef sauce

Soup
Pumpkin Soup

Main Course
Stuffed roasted chicken serve with a lemon sauce and accompanied with potato au gratin on a bed of dice salsa.
or
Steamed fish serve on a bed of rice and accompanied with broccoli

Dessert
Sweet carrot cake with drops of pure white cream

Drinks
Coffee or tea

Dah habis makan soup baru N release yang N lupa nak tangkap gambar.. Tee.. hehe

So, this is the only three course that i manage to capture..

Main Course Chicken

Main Course Fish

Dessert carrot cake

Dah habis makan Chef of the day datang (ada dua orang kay) tanya pasal food yang derang masak..

Secara jujurnya N cakap appetizer Okay, sup cair and kurang masin, main course ayam kurang masak and last dessert is too sweet :D.. Actually kalau ikut hati nak cakap jer yang semua okay tapi memandangkan derang masih belajar so they need to know the truth so that they can learn more and improve their cooking in future.

N ni kira baik la juga, kalau in real world mungkin derang akan kena lebih teruk. Anyway, N pun tak perlu complaint banyak coz its FREE.. Yehaa.. 

Monday, May 6, 2013

Brunch at Food Tree Restaurant, OWG

Semalam Mr Husband bawa N dan Asy pergi brunch kat tempat kerja dia. Kalau tak silap nama restaurant tu Food Tree terletak dalam bangunan Only World Group, Glenmary Shah Alam. Lenmark tempat ni sebelum sampai daripada Glenmary adalah Mazda, tapi kalau berlawanan arah dari Hicom adalah bangunan besar warna biru tepi jalan, tak taulah apa nama bangunan tu.

Sekarang ni tengah ada promotion DIM SUM kat restaurant tu. Harga untuk 2 pax lebih kurang RM 36 ++/ person. Husband cakap bley beli kat groupon, RM 30/ person.

Sebelum pergi husband ada tanya nak makan dim sum tak, tapi N cakap tak payah lah sebab macam mahal jer rm30 tu. Lain kalilah sebab promotion tu sampai hujung tahun. So, bila dah sampai N order Special Food Tree Fried Rice. Nasi goreng tu tak sempat nak tangkap gambar sebab sibuk dengan budak kecik Asy.

Menu lain macam Western pun ada juga tapi dah dua minggu ni asik nak makan nasi jer.. memang tekak melayu sungguh minggu ni.. Ngeh ngeh

Sebelum nasi goreng sampai suap dulu pau ayam kat Asy, suka dia makan dan telan ngan isi ayam sekali sebab tak pedas. Pau tak berapa lembut sangat tapi isi dia marvelous sedap. RM4.95 untuk 2 biji kalau tak silap ar. Mintak maap la yer, Dah tua2 ni ingatan memang kureng.. hehe

Nasi gorang puas hati ar, ada hirisan salad, potongan ayam dan juga banyak isi udang kat dalam nasi goreng tu. Ayah order Dessert Sagu Mango, pun sedap juga. Memang layan habis.. 

Pas makan, N bawa Asy pergi main kat temat lepak budak2. Ada kerusi meja untuk parents perhatikan anak derang main dan juga buaian kecik.


Kat situ ada kuda-kuda. Kat atas ni Blacky Horse.. Asy suka siap pegang janggut kuda tu.. hehe


Ni pula Browny Horse, Asy tak berkenan dan terus melekap kat N.


Tak lupa juga dengan cermin tipu double terbalik.


Cermin tipu double


Cermin tipu kaki pendek.


Asy, Ayah dan juga Elephant,


Dragon go round, ini display jer kay, tak leh berfunsgi tau


Blacky and browny horse


Bahagia dapat tunggang kuda:D




Okay, dah siap main semua, terus balik tapi sempat tangkap gambar dengan robot :D

Nak tengok website OWG klik sini yer