Pages

Friday, January 31, 2014

Roadshow Anugerah Juara Lagu 28

Jom layan Roadshow Anugerah Juara Lagu 28

Sumber gambar di Anugerah Juara Lagu Roadshow.

Anugerah Juara Lagu 28 Roadshow

Hafiz, Stacy dan Hazama @ Roadshow Anugerah Juara Lagu (AJL28)

Nampak mantap gambar bersama.. Kalau nyanyi bertiga mesti bertambah mantap. Tiga-tiga pun N suka.

Anugerah Juara Lagu 28 Roadshow

Najwa Latif @ Roadshow Anugerah Juara Lagu (AJL28)

Lagu bertanding Najwa Latif, Sleeq & Shamkamarul - Sahabat

Anugerah Juara Lagu 28 Roadshow

Jaclyn Victor @ Roadshow Anugerah Juara Lagu (AJL28)

Lagu bertanding Ikut Rentakku

Jaclyn Victor punya suara sentiasa mantap dan mengancam :D


Anugerah Juara Lagu 28 Roadshow

Hyper Act @ Roadshow Anugerah Juara Lagu (AJL28)

Lagu bertanding Hanya Aku

Anugerah Juara Lagu 28 Roadshow

Hazama @ Roadshow Anugerah Juara Lagu (AJL28)

Lagu bertanding Penglipur Lara

Anugerah Juara Lagu 28 Roadshow

Awi Rafael dan Altimet @ Roadshow Anugerah Juara Lagu (AJL28)

Lagu bertanding Kalau Aku Kaya

Anugerah Juara Lagu 28 Roadshow

Hafiz @ Roadshow Anugerah Juara Lagu (AJL28)

Lagu bertanding Bahagiamu Deritaku

Hafiz nampak lain tanpa rambut kembang dia. Masa turn dia nyanyi AJL 28 baru-baru ni serius tak cam muka dia. Lain sungguh.

Anugerah Juara Lagu 28 Roadshow

Stacy @ Roadshow Anugerah Juara Lagu (AJL28)

Lagu bertanding Bosan

Stacy nampak makin kurus kan berbanding dulu masa dia dalam Akademi Fantasia.

Taman Permainan Kanak-kanak

Peek-A-Boo.. Asyraf main hide and seek di sebalik kain batik maktok dia.. Geram je rasa tengok dia

Peek-a-boo semua

Petangnya N bawa Baby Asyraf pergi taman permainan kat padang belakang rumah.

Apa yang best kat taman permainan kanak-kanak?

Mestilah seronok kalau dapat main gelongsor, Asyraf sangat suka main gelongsor.

Mengekek-ngekek bila nak menggelongsor ke bawah.

Geli hati sangat dia masa tu.

Asyraf gembira naik gelongsor

Bawa sekali naik buaian, tapi dia tak berapa suka sebab dia lagi suka naik gelongsor kat taman permainan tu.

Asyraf di taman permainan kanak-kanak

Main gelongsor selang seli dengan main bola. Terkejar-kejar juga la N..

Asyraf suka sangat nak join main bola dengan orang-orang besar. Mungkin dia perasan dia dah besar kot.

Penat juga nak pujuk dan kejar dia. Kesian dia sebab dia masih kecil dan tak faham.

Asyraf loves playing ball

Tapi nasib baik ada sorang budak yang tengah main dengan anak buah or adik dia, sudi melayan asyraf.

Main sama-sama, budak-budak tu guling dan baring, asyraf pun buat juga macam diaorang. Geli hati tengok keletah dia.

Makin hari anak mama ni dah makin membesar dan tak mustahil satu hari nanti N akan rindukan zaman masa dia masih kecil.

Tempat riadah di sekitar Shah Alam:

Kempen turun harga 2014

Woww penurunan harga barang sebanyak 15 ke 70 peratus.

Barang apa la yang turun sampai 70 peratus ekk.. Bila baca paper, rasa excited sangat.

Gembira dengan penurunan harga barangan di pasaraya.

Bak kata mertua, dulu masa besarkan iwan (adik ipar) dia selalu beli cereal. Satu box besar baru RM4 ++. Tapi sekarang harga melambung-lambung. Tak sanggup nak beli dah.. huhu

Menurut kata Najib Razak 4,000 produk pilihan pengguna yang terbabit dalam kempen akan diturunkan harganya antara 15 ke 70 peratus.

10 Pasaraya yang terbabit dengan penurunan harga barang ialah:

Econsave : Aeon : Mydin : NSK : 99 Speedmart : Aeon Big : Segi Fresh Mart : Giant : KK Mart : Tesco

Memang semua tempat shopping N terlibat dengan kempen ni. Lepas ni bolehlah shopping dengan senyuman :D.

Thursday, January 30, 2014

Egg tart with a slice peach on cream twirl

Yummy.. Last Saturday ada registration. Dan part paling seronok ada makanan.

Breakfast on that day nasi lemak, pizza, cake, seri ayu dan air teh.

And for lunch ada tart telur, nasi putih, kari ikan tenggiri, kobis masak kunyit dan papadom. Ada rezeki lebih dapat bawa balik beberapa bungkus. 

Tart telur

Tapi balik rumah tak makan sebab mertua perangatkan kari ayam. Tapi yang dapat tu simpan dalam peti.

Dan kami makan keesokan hari, masih elok dan sedap :D

shopping baby

Balik je rumah petang tu keluar g Tesco, angkut sekali dengan budak hasanah. Kesian budak ni, kalau umi dia ada hal je mesti tinggalkan dia kat mertua.

BR1M dua hari je lagi..

Warga Malaysia semua selamat pagi :D

You all semua dah isi borang Bantuan Rakyat Satu Malaysia??

Pejam celik pejam celik dah sampai hujung bulan dah. Tarikh akhir untuk isi BR1M pun tinggal lagi dua hari.

Pada you all yang masih belum isi, jangan risau. Lepas baca entry ni bolehlah you all pergi sini Bantuan Rakyat Satu Malaysia dan isi.

Dengar cerita Bantuan Rakyat Satu Malaysia ni tidak akan dipanjangkan tarikhnya. So, memang sampai esok je okay..Jangan lepaskan peluang..

Jom kita imbas balik syarat-syarat BR1M.

Syarat Kelayakan permohonan BR1M:

i ) Warganegara Malaysia

ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.

iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah.

iv) Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Wednesday, January 29, 2014

Sakit kulit ekzema / eczema

budak-budak kecil

Asyraf bercanda ria dengan kak aina dia depan TV. Memberi tumpuan yang penuh, macam faham je.

sakit ekzema

Budak yang mertua jaga ni comel tapi asyik tergaru-garu je.

Mertua cakap masa mengandung umi dia asma teruk dan selalu amik ubat. So, kesan pengambilan ubat tu membuatkan budak ni dapat sakit kulit ekzema / eczema.

Apa itu ekzema ataupun eczema??

N google kejap dan jumpa banyak tempat yang cerita pasal sakit kukit ekzema / eczema ni. Penyakit ni sangat popular rupanya.

So, N pilih satu site je la. Menurut Kotak Vitamin ni ekzema / eczema adalah penyakit kulit yang biasa dialami oleh bayi dan boleh berterusan sehingga dewasa.

Punca sakit kulit ekzema / eczema pula disebabkan oleh banyak faktor iaitu sejarah penyakit ahli keluarga, pemakanan, bahan-bahan iritasi dan juga alahan.

Kesian N tengok dia, tergaru sini tergaru sana. Kaki, badan, leher dan paling kerap kepala.

Satu hari tu mertua kesian tengok dia asyik tergaru-garu, pastu mertua pun gosok badan dan kepala dia guna sabun buku Dettol.

Lepas tu boleh nampak la yang dia kurang garu-garu. Then mertua suruh umi dia beli dettol cecair. Sekali je, lepas tu beli baby bath yang lain. Aduh, mana la larat mertua nak gosok guna sabun buku Dettol tu.

 So, sekarang bila guna baby bath dia kembali menggaru. ish ish.. Lepas tu umi dia beli satu baby bath yang memang khas untuk gatal-gatal. Alhamdulillah, kurang dah garu.

Asyraf nangis ngada-ngada

So, kepada mommy2 dan daddy2 kat luar sana tolonglah allert dengan apa-apa perkara yang diberitahu oleh pengasuh anak you all. Kalau mereka berbunyi maksudnya ianya penting untuk anak you all :D

Nak edit gambar bersama N. Jom jenguk-jenguk Photoscape

Tuesday, January 28, 2014

Request Free Sample Susu Enfragrow

Nak free sample susu enfagrow??

Haa kene la sign up dulu yer. N dah isi minggu lepas kat website derang.

Details yang derang nak pun yang basic.

Dah isi details request sample susu enfagrow, then boleh pilih jenis susu yang you all nak.

Sign up for free milk sample

Lepas tu submit dan tunggu je la sample susu enfagrow tu sampai kat umah :D

Pernohonan berjaya

Senangkan, tak sampai pun 10 minit dah siap.

Dapatkan Free Sample susu Enfagrow di Mead Johnson Malaysia

Entry lain yang berkaitan:
Free sample susu Nestle Nan

Monday, January 27, 2014

Anugerah Juara Lagu 28 GAME ON

Anugerah Juara Lagu 28 yang membawa tema GAME ON  kali ni memang menyengat seperti Anugerah Juara Lagu sebelum ni.

Manakan tidak sneak peak untuk Anugerah Juara Lagu 28 GAME ON (AJL 28) dah pun keluar seawal seminggu sebelum event berlangsung.

Makin dekat tarikh makin banyak sneak peak keluar dalam TV dan membuatkan orang ramai tak keruan nak dapatkan tiket mahupun bersedia di depan TV.

Berdasarkan berita siaran langsung wawancara TV3, jam 8.20 malam tadi, tempat duduk di dalam Stadium Putra, Bukit Jalil dah pun dipenuhi oleh orang ramai dan juga artis-artis.

Majlis Anugerah Juara Lagu 28 GAME ON (AJL 28),diacarakan oleh Scha Al Yahya dan AG HotFm. Persembahan pembukaan oleh Shila Amzah dan Mus May, diikuti oleh DJ Fuzz.

Semua artis yang berentap malam tadi, antaranya ialah:

Hazama - Penglipur Lara
Black - Takkan Terpisah
Hafiz - Bahagiamu Deritaku
Salam Music - Aku Pelat
Noh Salleh & Aizat - In Love With You
Stacy - Bosan
Awi Rafael & Altimet - Kalau Aku Kaya
Hyper Act - Hanya Aku
Azlan & The Typewriter - Tanda Tanya
Najwa Latif, Sleeq & Shamkamarul - Sahabat
Jaclyn Victor - Ikut Rentakku
Alyah - Kau Yang Terindah

AJL 28 GAME ON
Gambar dari Anugerah Juara Lagu

Keputusan Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28), GAME ON:

Juara AJL 28
Hafiz - Bahagiamu Deritaku

Naib Juara AJL 28
Hyper Act - Hanya Aku

Tempat ketiga AJL 28
Awi Rafael & Altimet - Kalau Aku Kaya

Vokal Terbaik AJL 28
Jaclyn Victor - Ikut Rentakku

Persembahan Terbaik AJL 28
Hafiz - Bahagiamu Deritaku

 Tahniah kepada semua pemenang dan semua yang bertanding. Persembahan memang hebat-hebat belaka. Di samping melontarkan suara, semua yang berentap di pentas AJL 28 menggunakan kreativiti masing-masing untuk memikat hati pengundi yang juga merupakan penentu kemenangan mereka.

Sesiapa yang terlepas Anugerah Juara Lagu 28 GAME ON, (AJL 28) jangan risau sebab you all boleh tengok kat sini Anugerah Juara Lagu dan Tonton Music yang mana bukan saja video, gambar-gambar  AJL 28 semua pun ada.

Sunday, January 26, 2014

Free Sample Susu Nestle Nan

Sebulan yang lepas N masuk website nestle.

Sebenarnya sebelum masuk website tu banyak lagi website produk lampin dan susu yang N masuk.

Konon nak request sample.

Dalam banyak-banyak website, website yang N dapat request dari Drypers, Huggies (tak silap N) dan Susu Nan, Nestle.

Drypers dah dapat 3 minggu sudah, Nan baru dapat semalam. Huggies pula tak sampai-sampai lagi.

Free sample susu

Sample ni sampai kene pada waktunya. Susu Baby Asy pun dah nak habis so bolehlah dia cuba sample Susu Nan ni. Satu kotak kecik 150gm. Banyak juga tu.

Lepas ni nak cuba search free sample untuk produk dan brand yang lain. Nanti N update ye kalau dapat :D

Nak Free Sample susu:

Saturday, January 25, 2014

Nasi Ayam Penyet

Tengah hari semalam ada mini karnival kat kolej.

N la orang yang paling excited kalau ada karnival ni.

Cakk

Bagaikan pesta makanan. Rambang mata, semua pun nampak sedap

Tapi kene jimat cermat. N beli Nasi Ayam Penyet je.

Masa budak tu bungkus Nasi Ayam Penyet untuk N, nampak macam tak menarik. Tapi bila makan, sambal dia memang mengancam.

Memang kene sangat la dengan tekak N.

Kuih Batik

Sangat puas hati la bila makan Nasi Ayam Penyet ni. Harga RM5.50 sekali pakej ngan air.

Kuih batik tu officemate yang beli, pun sedap.

-------------------------------------------

Tempat makanan yang menarik:

Friday, January 24, 2014

Mom and baby expo 2014

Ini adalah mom and baby expo kedua dalam tahun 2014 setahu N.

Yang pertama hari tu pada 11 dan 12 January di PWTC mom and baby expo 2014.

Itupun kebetulan dengan hari persediaan konvo kolej :D

Kalau nak pergi semata-mata sebab mom and baby expo memang tak la kan.

Jarak pun jauh dari rumah.

Okay, mom and baby expo 2014 kali ni kat Mid Valley Exhibition Centre.

Mom and Baby Expo 2014

Event dan tempat:
7th Maternity and Children Expo 2014
Mid Valley Exhibition Centre

Tarikh dan masa:
24 Jan 2014 - 26 Jan 2014
10am-9pm

Hari ni first day mom and baby expo 2014 kat Mid Valley ni.. Datang awal-awal sebab selalunya orang terawal akan dapat goodie bag :D

Alangkah seronoknya kalau dapat pergi.. huhu.. U all yang boleh pergi jangan lepas peluang yaa..Rugi tak pergi, especially mother to be :D

Highlight:
Masuk Percuma
10 000 goodie bags
300 booths
500 brands
Baby, Pa and Ma contest

Sumber:

Paradigm Mall KJ

N at Beary Land Paradigm Kelana Jaya.

Saja jalan-jalan cuci mata. Singgah masuk Brands outlet pastu Kaison memang tak akan miss kalau datang sini, then baru turun pergi beary land.

Kisah pokok sakura

Sebelum ni Beary Christmas.

Tapi diaorang tak kemas lagi sebab nak sambung untuk Chinese New Year.

Patung beruang

Ada satu hari tu N tengok dalam TV derang guna set Beary ni untuk rancangan wawancara.

three storey beary land

Beary land paradigm mall kj ni ada tiga tingkat okay

Pondok sakura dan bear

Beary land chinese new year punya version.. Ada pokok sakura yang cun

Choo choo train

Kereta api beary land paradigm mall KJ

Bear on stage

Be-bear atas pentas

Bear ride a bike

Be-bear naik bike, kalau bawa Baby Asy mesti dia suka tengok Be-bear besar-besar ni

Booth beary land

Kat ruang legar Beary Land ada booth jual-jual

Chinese new year sakura tree

Beary Land Chinese New Year at Paradigm Mall KJ

Bear kaya ada emas

Jongkong emas chinese new year

Pulau patung beruang

Hot air balloon Beary Land Paradigm Mall KJ

Pemandangan atas

Pemandangan dari atas beary land :D

Day 21 scrappy

Scrappy N di beary land 

Cantik untuk fotografi especially background pokok sakura. Best macam dekat Sunway, Fairytales Christmas hari tu.

Thursday, January 23, 2014

Jemari Restaurant

Pagi-pagi lagi dah ada cake kat office :D

blue cake

Cantik kek ni warna biru. Officemate dapat dari pihak pengantin adik ipar dia :D

Then tengah hari keluar makan kat Jemari Restaurant Kelana Jaya, Dataran Glomac.

Empat orang pergi so ada empat dish, semuanya sedap.

Makan-makan

Apa yang kami makan kat jemari restaurant :

Mihun : Kuew teow kungfu : Nasi goreng kerabu : Nasi goreng kampung

Balik kerja, lepak-lepak sembang ngan jiran tetangga :D

anak-anak mama

Ni lah budak yang mertua jaga. Comel betul dia ni.

budak-budak kecik main pagar

hasanah budak comel

Dalam tiga hari ni, budak hasanah ni asyik panggil N, MAMA..

Agaknya teringin kot nak panggil sebab ngan mak dia, dia panggil umi.

N pun layankan aje, tak kisah pun :D

-------------------------------------

Tempat makan lain yang menarik di Kelana Jaya:

Kerusi warna oren

Dua tahun yang lepas kalau tak silap N, mama hantar kerusi ke kedai perabot untuk tukar kulit.

Warna asal kerusi tu kuning. Tapi bila nak pasang kulit baru, mama request kulit warna oren dan merah.

So kat ruang tamu mama ada kerusi warna oren dan kerusi warna merah. Walaupun tak nampak cozy tapi sentiasa rasa ceria :D


Kerusi warna oren mama tu serius terang benderang. Kalau dari jauh memang nampak sangat.

Kerusi warna merah pula nampak cun sebab match dengan wallpaper dinding rumah.


Dan perkara yang N suka pasal kerusi warna oren dan merah mama ni, bila nak tangkap gambar nampak cantik dan menyerlah :D

Macam baby asy kat atas. Nampak menyerlah dan comel di atas kerusi warna oren tu

-------------------------------------------

Nak edit gambar macam N, klik Tutorial Photoscape ni.

Wednesday, January 22, 2014

Kereta mainan vroom

Hujung minggu yang terisi dengan keletah si kecik

Makin besar baby Asy ni makin lasak.

Memang tak reti nak duduk diam

Nyum nyum

Petangnya ke rumah kakak hantar barang dan anak buah sibuk suruh Tokpa dia baiki basikal

Baby Asy main kereta mainan

Vroom vroom

Seronok betul dia main kereta mainan ni. Kat rumah kereta mainan ada sampai tiga tapi N tak pernah bagi dia main kat luar.

Ni baru first time main kereta mainan kat luar, tupun kereta mainan Aqil zaman dia kecik dulu

Memang ke hulu ke hilir naik kereta mainan tu sampai tak larat nak kejar, siap jatuh lagi atas jalan tar tu. Huhu

baiki kereta

Bila keadaan tak terkawal dua-dua baby N masukkan dalam perkarangan rumah dan tutup gate.

Ngamuk siap guling-guling especially baby asy, baby girl amani jerit-jerit nak keluar sebab tengok abang-abang dia syok main kat luar.

Kene kurung

Terpaksa redha main kereta mainan dalam gate je

Kepenatan

Bila dah malam semua budak-budak dan baby-baby kepenatan. Tidur pun awal.. 

Kuih cara berlauk

Last week sebelum N balik rumah mama, sempat N merasa kuih cara mertua buat untuk tempahan.

Setahu N kuih cara ni ada dua jenis.

Kuih cara manis ataupun bergula dan juga kuih cara berlauk.

Apa bezanya??

Kuih cara manis atau bergula ni isinya ada air gula. 

Tapi kalau kuih cara berlauk pula ada lauk di permukaan kuih tersebut.

Kuih muih Malaysia

Sebelum ni mertua buat lauk ayam dan daging (seminggu lalu) tapi kali ni daging je.

Bahan lain untuk cantikkan kuih cara berlauk of course la kene letak daun sup dan juga hirisin cili

Acuan yang mertua guna untuk kuih cara berlauk ni ada dua..

cara berlauk

Kuih cara berlauk bentuk bujur

cara berlauk

Kuih cara berlauk bentuk bunga

Tempahan kuih cara berlauk

Satu bekas kuning ni boleh muat hampir 200 biji kuih cara berlauk

Mula mertua buat untuk sedekah kat sedara, pastu tetiba ada orang tempah..

Rezeki..

Alang-alang tu N nak promote jugalah.. Siapa yang berminat nak buat tempahan kuih cara berlauk ni bolehlah email N di nadiamus85@gmail.com

RM 0.30 sebiji. Minimum 200 biji. Tempahan area Shah alam.