Pages

Wednesday, March 19, 2014

Jangan menaruh harapan yang tinggi bila dah ada air

Sebab kita tak tahu bila ianya akan berakhir..

Kelmarin pagi..
Mertua: Laa, Mak ingat baru nak mandi lepas masak ikan, tapi bila dah keluar ikan nak rendam tiba-tiba air takder, nak mandi pun tak sempat.

Petang semalam masa N balik kerja..Golek-golek lima minit..
N: Air dah ada ni, orang nak mandi terus la mak, kang kalau takder air tiba-tiba naya jer tak mandi lagi malam ni

Malam semalam..
Mertua: Laa, tadi air besar sekarang dah takder langsung, Mak tak mandi lagi
N: Hurm, naper mak tak mandi tadi.
Mertua: Mak ingat nak sapu mop rumah dulu, dah peluh-peluh baru mandi.

10 minit kemudian..
Mertua: Hah, air dah ada dah..
N: Mak, bagi orang kupas telur tu, baik mak mandi sekarang, kang air takder balik..

Cepat..cepat mertua amik tuala dan mandi.. Moral of the story.. Kalau dah ada air jangan tangguh-tangguh. Perkara pertama yang kene buat ialah mandi dan tadah air. N sempat masak air dua round ok sebab nak penuhkan botol air minum yang dah ringan tu dan basuh baju yang dah bertimbun. Syukur N bangun pagi air masih ada dan deras. Harap-harap ianya akan berlanjutan.

** Semalam N kecoh-kecoh pasal jadual catu air yang tak betul kan.. Setakat ni N tak tahu kesahihan jadual tersebut.. Tapi apa yang N alami kat kawasan rumah ialah paip bocor, sebab tu hari yang sepatutnya kitaorang dapat air, air terus takder..Dan semalam baru ada balik..Allah memang nak uji kita sekarang ni.

Oleh itu marilah kita berdoa ramai-ramai supaya Allah turunkan hujan yang lebat macam semalam dan berdoa juga keselamatan MH 370.

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D