Sebelum ni N tak amik pusing pun nak tengok jadual catuan air sebab hari tu N terbaca senarai tempat dan tempat N tak tersenarai. Tapi tetiba je kebelakangan ni, rumah N mengalami gangguan bekalan air. So pagi ni bila cek kat syabas rupa-rupanya ada tersenarai daa :D.. Jadi ini maklumat senarai tempat yang mengalami catuan air yang diambil dari Syabas:
CARA TENGOK JADUAL DENGAN MUDAH
Banyak sangat jadual kan. Jangan risau, ikut step kat bawah ni:
1. Ada enam jadual di bawah dan setiap jadual mewakili satu daerah kecuali jadual ke-enam. Setiap jadual juga dibahagikan kepada dua zon.
2. Cari jadual daerah you all kat bawah dan pastikan nama tempat tinggal you all berada samada di zon 1 ataupun zon 2.
3. Kemudian rujuk gambar di atas untuk mengetahui hari catuan air ke tempat tinggal you all berdasarkan zon tempat tinggal.
TEMPOH PERLAKSANAAN PELAN CATUAN BEKALAN AIR
Bermula pada 10 Mac 2014 (Isnin) hingga 31 Mac 2014 (Isnin). Tempoh ini
tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa oleh SPAN.
JADUAL CATUAN BEKALAN AIR
Jadual catuan berdasarkan konsep pembekalan air: setiap zon bergilir-gilir dua (2) hari dapat air dan dua (2) hari tiada air.
Untuk zon yang dijadualkan ada air, pengguna dijangka mendapat bekalan air pada jam 4 petang pada hari pertama zon tersebut dijadualkan ada air. Bekalan air
dijangka berterusan selama kira-kira 41 jam sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi 2 hari selepas itu.
Untuk zon yang yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9:00 pagi pada hari pertama zon tersebut dijadualkan
tiada air. Tempoh tiada air dijangka selama kira-kira 55 jam sehingga dibuka semula pada jam 4 petang 2 hari selepas itu.
Oleh kerana perbezaan jarak di antara kolam air dengan setiap premis pengguna; dan perbezaan paras ketinggian kawasan pengguna dengan kolam air, masa
sebenar pengguna mendapat bekalan air dijangka berbeza beberapa jam dari masa yang dijadualkan.
Jom semak catuan air untuk penyimpanan air di kala bekalan air terputus :D
No comments:
Post a Comment
Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D