Pages

Tuesday, March 18, 2014

Kenapa ada beberapa kawasan lain dapat air?

Sekarang ni N memang tertanya-tanya adakah air di kawasan Selangor mempunyai sumber air yang berbeza-beza. Bengkek je hati ni bila dapat tahu ada rakan sekerja yang tak mengalami masalah bekalan air. Kenapa mesti macam tu. 

Kalau nak catu biarlah adil. Nak catu satu kawasan, kawasan yang lain catulah sekali. Dahlah catuan air berjadual ni sampai hujung bulan. Huhh..

Dan yang paling N rasa panas bila jadual catuan tak betul. Sepatutnya kat tempat N start ada air hari ahad, isnin sehingga jam 9 pagi selasa. Tapi boleh pula mertua cakap semalam sebelum tengah hari air dah takder. E'eh.. Geramnya rasa. Dahlah rumah N takder tangki air... Jangan tanyalah kenapa sebab rumah sewa, tuan milik tak ambik peduli.

Nak jadikan cerita, memang tak mandilah malam tadi.. Nak mandi g kerja pagi tadi pun tak tenang sebab air simpanan dalam botol makin sikit. Kesian kat mertua sebab dia duk umah mesti nak guna air... huhuuhuu

3 comments:

  1. N from my experiences working with SYABAS... 2 kali keluar masuk..wakakaka... air datang dari sources yang sama dan empangan yang sama bagi satu2 kawasan...let say Kuala Selangor, datang dari Sungai Selangor Fasa 2... and so on so forth... what they do is, diaorang tutup injap yang mengalirkan air ke certain2 kawasan dan buka injap yang mengalirkan air ke certain2 kawasan...thats why ada kawasan yang dapat ada kawasan yang tidak... and normally they have scheduled for that...tapi kalau kawasan yang dapat air tu tak pernah kena catu, memang tak adil lah tu...

    ReplyDelete
  2. N tahu yang kawasan catu tu bergilir-gilir dapat air sebab tu ada zon 1 dan zon 2. tapi yang rasa geram kenapa tak catu je semua tempat.. biar semua rasa susah tu sama-sama

    ReplyDelete
  3. kesian pulak KA baca keluhan rasa ni !

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D