Pages

Thursday, April 17, 2014

Utusan untuk orang kampung?? Pakcik ni biar betul

Baru-baru ni N ada cerita pasal bateri kereta kong kat Petronas kan. Dalam tengah kelam kabut fikir pasal kereta dan kelas sempat lagi N dengar perbualan sorang pakcik dengan abang cashier kat dalam mart Petronas sana.

Cashier : Nak surat khabar apa bang, Utusan?? (Abang ni bagi cadangan secara rambang)

Pakcik : Eh, saya ni orang bandar. Orang bandar baca Metro. Utusan tu orang kampung je yang baca..

Hmmm.. wow terkesima kejap N kat situ sambil pandang abang cashier. Dari raut wajah, abang cashier tu relax je. Mungkin dah terbiasa dengan pelbagai ragam pelanggan. Abang cashier tu agak peramah. Tapi lepas dengar pakcik tu cakap macam tu, abang cashier tu terus senyap. Mesti rasa tak kuasa nak layan...haha

Tapi tak sangka la N yang orang bandar baca metro dan org kampung pula baca utusan.. Apakah kandungan di setiap surat khabar hanya ditujukan pada orang-orang tertentu... Ishh pelik pelik la pakcik ni. Kang kalau N cakap pakcik ni ngarut macam bunyi kurang ajar pula kan... dunia dunia.. macam macam ada

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D