About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Wednesday, April 16, 2014

Bateri kereta kong kat Petrol station..

Minggu lepas N punya la gebang pasal kesibukan N sampaikan nak update blog pun tak sempatkan.. Haa bila dah minggu baru ni N terlupa langsung nak cerita kes sibuk tu. Sebenarnya hari jumaat lepas banyak betul perkara yang terjadi dan perkara yang kena buat. Agak kelam kabut dunia N hari tu. Nak jadikan cerita pagi jumaat lepas N isi minyak  kat Petronas tiba-tiba je enjin kereta tak mo nak start.

Mula-mula bunyi ehekk ehek... tapi tak hidup..pastu bila dah banyak kali cuba hilang terus. Yang keluar bunyi kechik.. Penat dah duk cuba N pun keluar masuk dalam petronas mart dan call husband. Tak berani pula nak call dalam kereta..Bahaya yer, jangan buat tau you all. Sebab pam minyak kiri kanan, macam-macam boleh jadi. Tak caya cuba cari kat youtube kes guna hp masa isi minyak. Ushh mengerikan

Ok berbalik cerita tadi. Pas call husband N cuba call sape-sape yang boleh ambil N. Tapi ada dua orang yang selalu datang awal tak pick up call. So terpaksa call sape2 yang terlintas kat kepala. Nasib baiklah ada.

Sementara tunggu cuba juga la hidupkan tapi hampehh..Sabar je la..haaa tu la padan muka sape suh tak tukar bateri walhal dah tau, member yang N tengah tunggu pun dah pesan, tapi tak sangka la begini cepat ianya terjadi. Bila member sampai cuba la jumper tapi tak berkesan. Kononnya nak lepas sampai kat Kolej la..haa berangan je la, bateri dah kering langsung. 

Last-last tolak tepi je keta. Nasib baik la kebetulan jumpa lagi sorang member laki. Gigih la kami tiga orang tolak buntut keta dan lagi sorang kemudi. Tak sangka penyertaan N menolak kereta memberi kesan. Bergerak keta tu. Gila kuat N..Tapi tak sekuat la tenaga laki kiri kanan N yang tolak sama-sama. hhehe..

Dah parking baik. Terus masuk keta member dan sampai je kolej terus masuk kelas. Nasib baik student semua steady je tunggu. haaa tak pernah la N masuk kelas lewat. First time ni.. Takper sekali sekala. Selalunya N yang penat tunggu student kali ni biar derang tunggu pula.

Habis kelas husband datang ambik kunci dan pergi ambil kereta. nasib baik mertua ada. Tukar la bateri sebab nak hiduokan enjin... Dah settle N ikut terus balik rumah sebab jumaat lepas N kerja half day. Petang nak pergi physiotherapy baby asy..

Sepanjang duk dalam kereta lega rasa hati sebab dah dapat gerakk...selamat.. Nanti N cerita pula pasal beli bateri kereta.. Dah panjang sangat entry.. Kena stop takat ni :D

2 comments:

  1. my battery kong last week... nasib masa tu iolss tak drive hubby yang pakai kereta...hik hik hik...

    ReplyDelete
  2. hehe..bernasib baik la..kalu tak haru biru....

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D