Pages

Sunday, August 31, 2014

Selamat Hari Merdeka yang ke 57

Haii you all.. Di kesempatan ni N nak ucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia..


N sangat berbangga jadi anak Malaysia. Malaysia sangatlah aman dan damai.. Bersyukur sangat kerana N dilahirkan di Malaysia yang berbilang bangsa, kaum dan agama. Semuanya dapat hidup dengan harmoni dan menerapkan sikap hormat menghormati antara satu sama lain :D

N sayang Malaysia dan you all pun patut sayang Malaysia juga kerana:

Malaysia Merdeka daripada cengkaman kuku besi penjajah-penjajah terdahulu..

Malaysia Merdeka daripada peperangan yang mana masih berlaku sekarang di Negara lain hingga menggadaikan banyak nyawa dan memusnahkan keseluruhan bandar, negeri atau negara.. Tetapi Malaysia tak lupa pada mereka yang mengalami bencana tersebut dengan menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat. Baik sungguh Malaysia, N sangat bangga.

Malaysia masih selamat daripada bencana alam seperti ombak yang melampau hingga meragut beribu-ribu nyawa dan memusnahkan pembangunan.  Tetapi Malaysia tak lupa pada mereka yang mengalami bencana tersebut dengan menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat. Baik sungguh Malaysia, N sangat bangga.

Malaysia masih selamat daripada bencana alam seperti letusan dan limpahan gunung berapi yang memusnahkan harta benda.

Malaysia masih selamat dari bencana alam seperti puting beliung yang melampau hingga menerbangkan semua yang ada disekelilingnya termasuklah manusia, kenderaan dan juga perumahan.

Malaysia masih dapat bertahan sehingga sekarang walaupun telah menerima banyak dugaan oleh anasir-anasir luar yang sama sekali tidak senang dengan MalaysiaMalaysia kini sangat popular di mata dunia. Ada yang pandang serong dan melontarkan pelbagai fitnah semata-mata nak jatuhkan Malaysia. Tetapi dalam masa yang sama masih ada juga yang menghulurkan bantuan kerana yakin dengan Malaysia.. Kalau orang luar boleh yakin dengan Malaysia, kita sebagai rakyat yang mendiami Bumi Malaysia apatah lagi, ayuh bangkit dengan yakin dan berbanggalah kerana jadi anak Malaysia.

Malaysia, Malaysia, Malaysia..

Malaysia boleh!!!!!!

N sangat bersyukur dan sentiasa berdoa supaya Malaysia akan kekal kesejahteraan hingga akhir zaman. :D

Saturday, August 30, 2014

ZIKIR Laa Haula Wa Laa Quwwata Illaa Billaah

Beberapa hari yang lalu N terbaca satu entry yang memaparkan zikir di bawah. N sangat berbesar hati nak share dengan semua orang.

Zikir Laa Haula Wa Laa Quwwata Illaa Billaah

Laa Haula Wa Laa Quwwata Illaa Billaah
Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah

Maksud zikir ni sangat mendalam tetapi boleh difahami semua orang. Zikir ini mengingatkan kita bahawa besarnya kuasa Allah kerana segala perkara ditentukan oleh Allah. Hanya Allah sahaja yang boleh menolong umat manusia.

Ada beberapa tafsiran zikir di atas daripada beberapa ulama. Klik sumber di bawah gambar untuk baca.

Friday, August 29, 2014

SEGMEN: Kapas Putih September Bloglist

Pejam celik pejam celik cepat je masa berlalu.. Dah nak masuk Bulan September. Jadi sekarang ni N nak buat bloglist baru untuk bulan september.. Sesiapa yang sudi untuk menyertai bloglist N bulan september.. Meh la sertai ramai-ramai :D

SEGMEN: Kapas Putih September Bloglist
Photo edit using Fotor

Syarat senang wajib ikut:

Follow blog kapas-putih.blogspot.com
Buat entry dan letak banner kat atas dan backlink segmen
Tinggalkan URL segmen kat kotak komen

Segmen ni berakhir pada 7.59 am, 2 September 2014.

Berapa banyak penyertaan?? Takder had. Sesiapa sahaja boleh join..

---------------------------------------------

Update:

Thursday, August 28, 2014

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Percutian yang indah!!

Sebenarnya percutian ke Pulau Perhentian ni dah lama berlalu, cumanya N baru ada masa nak edit dan post dalam blog. Al maklumlah dulu tak aktif berblog. Masa ni N kerja dengan kawan abang ipar, company printing. Lebih kurang sekutulah dengan company abang ipar N kat Seksyen 7 Shah Alam.

Kami semua bertolak dan convoy dari Shah Alam.

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Sebelum kami naik jeti singgah dulu breakfast kat Terengganu. Gerai ni kat tepi jalan je. Makanan not bad la.. Kalau dah lapar, bedal saja..

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Kami dah sampai jeti.. yeee!! I am very excited masa ni, sebab selama N belajar kat Dungun 3 tahun tak pernah pun jejak kaki kat Pulau ni walaupun kami satu kelas poyo-poyo cadang nak pergi.. huhu :P.. Masa ni masih single, kurus kerempeng kan, perut pun slim gitu.. tak macam sekarang ni... hohohooo Gambar ni sekarang akan dijadikan pembakar semangat untuk kurus semula.. Nadia bolehhh!! Usaha usaha

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Sementara tunggu boat, kami kena isi nama dalam buku pelawat. Setiap orang yang akan pergi ke Pulau wajib isi nama. Bagus sistem ni, baik untuk keselamatan..

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Kami ni terdiri daripada dua company. Kat atas ni company Total Design. Bos yang pakai baju kuning cap merah. Of course angkut anak bini. Pekerjanya kami tiga orang yang comel-comel especially yang gigirl baju kuning tu. N ni kerani je pun kat situ, buat filing and jumpa client ambil info :P.. Yang lagi dua jejaka tu designer.. Baju belang tu Bal dan yang sebelah N tu Ann.. 

Sepanjang bekerja N paling suka segala jenis design yang dibuat Ann.. Ann jugalah yang buat kad kawin N. Kecekapan dia menggunakan Photo Shop, Ilustrator dan seumpanya memang sangat menakjubkan. N boleh duduk berjam-jam sebelah dia dan tengok dia design. Segala coding dia mahir, cepat je tangan dia type... Bila tengok dia design macam kena pukau rasanya.. Tak pernah lah jumpa orang lain yang hebat macam dia bila cakap pasal photoshop and ilustrator ni..

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Kami dalam boat.. Best masa ni. Duduk pun relak je dengan harapan goyangan tak kuat sebab N ni cepat mabuk kalau goyang berlebihan.. huhu.. Tetiba je teringat masa nak praktikal kat Langkawi dulu, naik ferry. Terumbang ambing dengan goyangan yang agak kuat dan tak nampak langsung darat.. Kiri kanak depan belakang semua laut.. Seram.. Lagi dengan goyangan, terasa macam ada something kat dalam perut nak terkeluar. Muka dah sedikit pucat dan nak pitam. Tapi nasib baik dapat bertahan sampai sana walaupun agak lama duk dalam ferry tu.. huhu

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Jejaka-jejaka dan Bapa orang. Bapa orang tulah abang ipar N. Dialah yang buat kotak doorgift masa wedding N dulu..

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Dah nak sampai.. Ambil masa yang sekejap, cantik sungguh pemandangan. Terpaku N kejap di atas boat sambil mulut ternganga dan percikan air laut berlumba-lumba masuk dalam mulut.. ececehh...

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Kelihatan boat yang membawa pelancong.. Nak ke mana la mereka ni, seronok tengok..

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Kami dah sampai.. Lepak kejap atas buai bawah pokok.. Happy!!

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Dan ada juga yang sangat menghayati pemandangan.. Dah macam tugu dah kat situ, yoyo je lebih ni.. Ops lupa pula nak bagitau kebanyakan pekerja-pekerja abang ipar semua designer termasuklah rakan sekerja N dua ketul handsome tu. Dan seperkara yang you all kena tahu pasal designer.. Psttt Mereka ni serius gila-gila.. Dan gejala gila-gila ni bermula sejak mereka belajar lagi.. Budak-budak AD you know what I mean yaaa.. hikhik...

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

When men on the beach, sexy ahh!! Auuu... Haa kalau cakap je pasal pantai mesti dah terbayang-bayang perempuan-perempuan hot berbikini bagai.. Teringat pula kes kat Penang baru-baru ni yang buat aktiviti ala-ala pantai kat oversea tu, nude beach... huhu

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

We all on the beach... Layan angin pantai memang best sambil main pasir dan duduk dalam pasir

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Menghayati pemandangan indah pantai yang jernih.. Yurp kat sangat airnya memang jernih, siap boleh tengok ikan menari-nari.. :P

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Last posing sebelum nak balik.... Macho??? Satu dan dua dari kiri gambar adalah designer company N.

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Sempat lagi main buaian sementara tunggu boat berangkat pulang.. Ada la sorang designer kat atas ni yang pakai topi ala-ala koboi tu kan.. Asal nak edit je, muka dia paling banyak dalam gambar.. Itu designer company N dan N gelar dia sebagai Faizal Tahir sebab muka dia macam Faizal Tahir... :P

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Anyway, pada you all yang tercari-cari maklumat pasal tempat ni, tak banyak yang N bagi dalam entry. Gambar makan or bilik memang takder sebab masa tu N tak bawa kamera. Ni pun ambik dari orang lain punya kamera. Pakej berapa pun tak tahu sebab bukan N yang bayar :P.. Minta maaf la ye

Tapi kalau nak tahu info boleh tengok website depa www.florabayresort.com 

Nak cepat boleh call no kat atas.. 09-6911 666, tak tahu lah no ni masih boleh guna ataupun tak.. Cubalah kalau nak tahu ye.. N masuk website depa, macam dah banyak renovation. Sampai tak cam dah rupanya

Flora Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

Okay last but not least.. Yang pergi semua 16 orang, budak kecik budak besar, bapa mak bujang semua dah termasuk sekali.. Well, N looking forward to go there again. Kali ni nak bawa Baby Asy.. Baby Asy tak pernah jumpa laut lagi, kesian dia.. huhu

Iklan Nuffnang Meriah menari di blog....

Aloloooo... Juling mataku tengok iklan Nuffnang yang tengah ligat menari-nari kat dalam blog.. Alangkah indahnya kalau semua iklan ni masuk dalam CPUV kapas putih... Hohoooo

Iklan Nuffnang Meriah menari di blog....

Ada iklan Nuffnang dari ZALORA MALAYSIA... hoho.. best Zalora ada SALE.. Jom klik klik


Iklan Nuffnang Meriah menari di blog....

Then regus.com.my. Siapa-siapa nak sewa office kat KL.. mari mari..

Iklan Nuffnang Meriah menari di blog....

Iklan Nuffnang Western International University.. Wanna learn more, rajin-rajin la klik iklan Nuffnang N okay :D

Iklan Nuffnang Meriah menari di blog....

Ingin tahu kisah perjalanan Heliza Helmi bersama Sunsilk?? Tonton video dalam iklan Nuffnang sekiranya keluar kat blog kapas putih yaa :D

Sunsilk: Lively Clean and Fresh

Iklan Nuffnang Meriah menari di blog....

Iklan Nuffnang Taylor's University. Siapa nak belajar kat sini, jangan tunggu lama-lama.. Cer pergi explore sikit


Iklan Nuffnang my.bestbuy-world.com. Macam-macam ada. Barangan kosmetik penjagaan muka untuk wanita dan juga minyak wangi..

Update SEGMEN: Kami sayang Malaysia by kapas putih



Okay, this is the list of contestant:


Tahniah kepada semua peserta!!! Hoorayy...

Terima kasih you all sebab sudi join segmen ni. Collage you all akan keluar sebelum Hari Merdeka supaya you all dapat merdeka sakan dengan collage masing-masing :D



Jadi jangan lupa untuk jenguk blog kapas putih untuk dapatkan update segmen ni setiap hari :D.. Dan sekiranya collage you all belum terkeluar lagi, rajin-rajinlah you all blogwalk ke blog peserta yang join segmen ni dengan niat merapatkan lagi silaturrahim kekdahnya :D

First collage akan keluar jam 2.00 pm kejap lagi.. Wait and chill!!

Tuesday, August 26, 2014

Segmen Blogwalking Pink Ladies 2# : 48 Hour Marathon

Segmen Blogwalking Pink Ladies 2# : 48 Hour Marathon

Nak join klik banner yer :D

Pendapat mengapa wanita sering dikaitkan dengan warna pink?

Pada pendapat N, wanita sering dikaitkan dengan warna pink kerana warna pink merupakan warna yang lembut iaitu selembut seorang wanita yang sentiasa jaga adab dan sopan santun. Tapi tak semua wanita gemar warna pink kerana warna yang lembut tersebut tak sesuai dengan jiwa mereka.

Bagi N, terus teranglah N memang gemarwarna pink kerana warna pink merupakan salah satu warna pastel yang sangat lembut. Boleh kata warna-warna pastel ni adalah gabungan antara warna asas dan warna putih. Seperti warna pink yang asalnya merupakan warna merah yang garang dicampur dengan sedikit putih yang melembutkan warna merah tersebut.

Tetapi warna pink tak semestinya dianggap lembut kerana selain warna pink pastel terdapat juga warna shocking pink. Shocking pink ni lebih terang dan boleh nampak dari jauh gitu. Warna shocking pink ni lebih funky berbanding pastel pink. Sesuai untuk sisi jiwa lasak seorang wanita tersebut. Tetapi macam mana pun keadaan warna pink tersebut ianya tetap sering dikaitkan dengan wanita.

Semestinya wanita dan warna pink tidak dapat dipisahkan bagi penggemarwarna pink. Ada sesetengah penggemar warna pink yang sangat tegar suka segala benda yang berwarna tersebut. Kalau nak keluar tu siap dari tudung, baju, handbag, seluar, kasut, purse dan baju anak pun nak pakaikan warna pink juga.

Kalau anak lelaki sekali pun, memang tak mustahil akan terselit sehelai baju warna pink dalam simpanan. warna pink atau warna pastel ni warna yang sangat lembut, boleh kata sedap mata setiap kali memandang.

Tetapi jangan salah faham, penggemar warna pink tak semestinya kelihatan seorang yang lemah lembut dan ayu. Ada juga yang kelihatannya lasak tetapi gemar warna-warna lembut seperti warna pink.

Warna pink dan lelaki. Selalunya seorang lelaki tak ambil pusing pasal warna tapi mereka jarang nak kenakan warna pink. Lelaki yang gagah perkasa jarang nak mengenakan warna pink yang nampak lembut dan juga ayu itu. Tetapi lelaki yang memakai warna pink tak semestinya lembut ya.. Kadang-kadang lelaki yang sensitif dengan wanita akan mengenakan warna pink kerana warna pink sering digemari oleh sang wanita. Wanita mudah jatuh cinta pada warna pink dan mungkin pemiliknya.. Ehem ehemm.. Terkeluar pula tips untuk teruna di luar sana. Tetapi ada juga lelaki yang pakai warna pink sebab mengikut arahan daripada orang yang disayangi yang merupakan penggemar warna pink yang tegar :P.. 

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall Park


Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall Park

Selepas melewati batu-batu berwarna yang comel ni...

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Barulah kami dapat sampai kat Gravity Art Wall Park. Garvity?? Betulkan kalau ini bukan lukisan gravity yaa..

Bulatan ni besar, kat tengah-tengah tu bolehlah budak-budak kecik main bola waktu petang :D. Tapi masa ni kami datang jam 11, dah nak masuk tengah hari, takder la kami main kat tengah-tengah bulatan tu sebab panas..

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Tak sampai hati nak duduk sebab cantik sangat seat ni sebenarnya panas macam mana nak duduk

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Dari jauh.. Seat ni ada banyak mengelilingi bulatan

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Ada lubang kat dinding gravity ni. Tokma and cucus. Baby asy mana??? Dari entry yang pertama kat robot lagi tak nampak baby asy kan.. Hhuhuuu.. Sebenarnya baby asy ikut mertua g Ipoh sebab ada kenduri, makanya N solo sejak hari Jumaat lepas dan semalam derang baru balik semula ke Shah Alam.

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

N with peace sign.. Peace no war okay.. Peace Malaysia.. I love Malaysia.

You all sayang Malaysia?? Bersemangat nak sambut merdeka? Nak tepek muka kat bendera Malaysia. Jom sertai SEGMEN: Kami sayang MALAYSIA by kapas putih

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Kalau yang sana ada lubang, yang lagi sebelah dinding pula ada tiang-tiang.. Sangat bangga N berdiri kat situ :D

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Dan sebelah tiang tu ada hasil nukilan A. Samad Said. Nanti N update apa yang tertulis. Gambar edit ni tak nampak sangat. 

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Di sebalik dinding ada lukisan juga. Ingatkan kosong je. Cantik-cantik, suka N

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Di bahagian tengah bersama seat, sangat serasi..

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Nice piece..

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Tempat pejalan kaki mahupun berbasikal.. Tak tahulah ada apa kat dalam sana, tempat parking kot takpun ada perumahan.

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Pembahagi jalan kecik yang cantik dengan lukisan gravity.

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Kendian kami patah balik ke Robots and Rocks Art Park sebab Papa dah tunggu kat situ. Tapi sempat lepak singgah kat Statement Stone ni. Taman Idaman, Alam Impian. Dalam entry Robots Park ada yang tanya kat mana, N tak pasti la Alam Impian ni termasuk ke tak dalam Shah Alam..

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Baby Amani dan Luqman.. Anak buah N

Alam Impian Part 2 - Gravity Art Wall

Dah habis puas bergambar kat sini kami gerak balik. N nak ingatkan ye you all, kat sini ada kemuncup, dah nama pun kat padang ye tak. Dan juga ada pokok semalu terutamatnya kat Robots Park, hati-hati.. Pastikan anak-anak anda tak menghampiri pokok tu yaa.. Sakit sudah kaki N terpijak

Alam Impian Part 2

Tasik ni kat sebelah Robots Park. Sure lepas ni N akan datang waktu petang untuk santai-santai sambil bawa bekal untuk berkelah. Masa kami pergi tu kami bawa air je satu botol, tapi memang berbaloi la sebab cuaca panas yang amat dan perjalanan bergambar sakan memang cepat menghauskan kami.